Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd Maklumat lanjut, sila hubungi Tel: 09-9765280. Email: [email protected]. Peneraju Industri Bioteknologi Negeri Kelantan.

12/08/2026

KBCSB berbesar hati menerima kunjung hormat istimewa. Terima kasih YM Dato' Paduka sudi luangkan masa untuk lawatan di Makmal Inovasi Kelulut Darul Naim(MIKDAM).

11/08/2026
🌱 RUMPUT BERKUALITI, TERNAKAN LEBIH SIHAT! πŸ„πŸTahukah anda? Rumput segar boleh diproses melalui fermentasi anaerobik untu...
11/08/2026

🌱 RUMPUT BERKUALITI, TERNAKAN LEBIH SIHAT! πŸ„πŸ

Tahukah anda? Rumput segar boleh diproses melalui fermentasi anaerobik untuk menghasilkan fodder yang tahan lebih lama, kekal bernutrisi dan sesuai untuk ternakan. 🌿

πŸ’š Nutrisi terkekal
πŸ’š Tahan lebih lama
πŸ’š Beraroma wangi
πŸ’š Mudah dicerna
πŸ’š Membantu meningkatkan selera makan ternakan

πŸ“¦ Fodder Jeram Pasu
πŸ’° RM20 / 1 baller
πŸ“ž 011-4029 1663 β€” Untuk tempahan & pertanyaan
wasap.my/+601140291663

🌾 Dari ladang terus ke penternak!

11/08/2026

🌱 MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BANTUAN BAJA ORGANIK & BAJA PADI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 🌾

Alhamdulillah, selesai berlangsungnya Majlis Perasmian Program Bantuan Baja Organik & Baja Padi Peringkat Negeri Kelantan pada hari ini.

Program ini merupakan satu inisiatif penting dalam menyokong para petani serta memperkukuh sektor agro negeri melalui penyediaan input pertanian yang berkualiti dan lebih mampan.

🀝 Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama rakan strategik, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dalam pembekalan baja padi bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan para petani di Kelantan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi kemajuan sektor pertanian dan kesejahteraan petani Kelantan. 🌱🌾

Bersama memperkasa pertanian Kelantan, menuju agro yang lebih produktif dan mampan.

06/08/2026

🌾 Hujung minggu ni, jom ke Road to MAHA 2026! 🌿

Pelbagai aktiviti menarik, pameran pertanian, jualan produk agro dan promosi istimewa menanti anda!

Jangan lepaskan peluang singgah ke PAVILLION KELANTAN untuk mendapatkan produk pertanian berkualiti serta pelbagai info pertanian yang menarik.

πŸ“ Mydin Tunjong
πŸ“… 6–8 Ogos 2026

04/08/2026

Bismillah walhamdulillah

Progress tanaman halia by KBC di Kelantan Bio Valley Pasir Puteh.

Fokus halia muda utk pasaran

Plot 1 ready to RM..

Plot 2 done planting untuk bekalan kosisten dan berterusan.

Moga dpt memberi manfaat dlm keterjaminan makanan.

InshaAllah

02/08/2026

Sabtu, 1 Ogos 2026. KBC di Bachok !!
Alhamdulillah, Program Karnival Bachok Biz & Food Fest Bachok 2026 telah melabuhkan tirainya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa singgah di booth kami. Kehadiran, sokongan dan kemesraan anda amat kami hargai.
Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Dibuka Iklan Tawaran Sebutharga/tender bagi individu/ syarikat yang berkelayakan dan ...
30/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Dibuka Iklan Tawaran Sebutharga/tender bagi individu/ syarikat yang berkelayakan dan berminat.

Terima Kasih.

Program Kesihatan Kelompok Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pasir Puteh πŸ„πŸKelantan Biotech Corporation Sdn. ...
29/07/2026

Program Kesihatan Kelompok Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pasir Puteh πŸ„πŸ

Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. telah melaksanakan Program Kesihatan Kelompok dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pasir Puteh bagi memastikan tahap kesihatan ternakan sentiasa berada pada tahap optimum.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
βœ… Suntikan vaksin Foot-and-Mouth Disease (FMD) dan Lumpy Skin Disease (L*D) kepada lembu Naimbif.
βœ… Pemberian ubat cacing secara oral kepada lembu.
βœ… Pengambilan sampel darah untuk tujuan saringan kesihatan sebanyak 10% dari jumlah populasi kambing.
βœ… Pemberian ubat cacing, anti-stres dan vitamin untuk kegunaan BioART.
βœ… Sesi perbincangan bersama pegawai JPV mengenai amalan pengurusan kesihatan ternakan, langkah-langkah pencegahan penyakit serta kaedah mengekalkan kesihatan ternakan agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan produktif.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. dalam memperkukuh amalan pengurusan kesihatan ternakan yang sistematik, sekali gus meningkatkan produktiviti serta menjamin kesejahteraan haiwan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pasir Puteh atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan demi memperkukuh industri penternakan yang lebih mampan dan berdaya saing.

BENGKEL PENTERNAKAN KAMBING TENUSU 2026Alhamdulillah, Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) telah berjaya menga...
29/07/2026

BENGKEL PENTERNAKAN KAMBING TENUSU 2026

Alhamdulillah, Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penternakan Kambing Tenusu 2026 pada 20 Julai 2026 bertempat di Pusat Pengumpulan Susu Kambing (GMCC), Ketereh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh:
Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan & Komoditi Negeri Kelantan

Bengkel ini bertujuan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran para penternak serta usahawan dalam industri kambing tenusu melalui perkongsian ilmu berkaitan pengurusan ternakan, pemakanan, penjagaan kesihatan, kebersihan kandang dan pengurusan pengeluaran susu kambing yang berkualiti.

Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai penternak yang berdaya saing, berpengetahuan dan mengamalkan penternakan yang mampan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh industri kambing tenusu serta meningkatkan pengeluaran susu kambing tempatan di Negeri Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Ustaz Tuan Mohd Saripudin Bin Haji Tuan Ismail atas kesudian merasmikan program ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada para penceramah, peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penganjuran bengkel ini.

Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang memberi manfaat kepada komuniti penternak dan menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negeri.

Address

Lot 2485 (A) & Lot 2485 (B) Kampung Bukit Belah Jalan Kota Bharu/Machang Labok
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:00
Tuesday 08:15 - 17:00
Wednesday 08:15 - 17:00
Thursday 08:15 - 15:30
Sunday 08:15 - 17:00

Telephone

099765280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share