17/02/2024
SIARAN MEDIA 17 FEBRUARI 2024
PENYALAHGUNAAN NAMA PETUBUHAN UKHUWAH KOMUNITI TELOK BAKONG OLEH PIHAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB
PERTUBUHAN UKHUWAH KOMUNITI TELOK BAKONG adalah satu persatuan berdaftar dan masih aktif, tidak seperti kedengaran Dari pihak tertentu yg menyatakan PERTUBUHAN UKHUWAH KOMUNITI TELOK BAKONG telah terbatal pendaftarannya dan di dalam masa sama pihak tersebut dalam diam menggunakan nama Pertubuhan Ukhuwah Komuniti Telok Bakong untuk kepentingan peribadi tanpa pengetahuan pengerusi persatuan.
Pihak UKHUWAH KOMUNITI TELOK BAKONG telah mendapat panggilan dari agensi kerajaan di mana beliau mengatakan ada pihak menggunakan nama Ukhuwah Komuniti Telok Bakong untuk kepentingan peribadi . Pihak Ukhuwah Komuniti Telok Bakong mendapati satu keratan akhbar bertarikh 31 Januari 2024 menyatakan Ukhuwah Komuniti Telok Bakong akan mengadakan beberapa acara di Padang Koba pada bulan April dan Mei 2024.
Pihak Ukhuwah Komuniti Telok Bakong tidak pernah membuat apa-apa rancangan dan perbincangan pun tidak pernah dilakukan setakat ini . Di harap jika ada pihak lain yang menggunakan nama Ukhuwah Komuniti Telok Bakong sekiranya ingin membuat apa-apa acara di padang koba adalah palsu.Jadi dengan nasihat Dari agensi kerajaan yg menghubungi pihak Ukhuwah supaya membuat satu laporan polis dimana ada pihak telah menggunakan nama Ukhuwah Komuniti Telok Bakong untuk kepentingan peribadi.
Pihak Ukhuwah Komuniti Telok Bakong telah mendapat perkhabaran pada 18 February 2024 akan di adakan pertandingan layang-layang di padang koba. Pertandingan tersebut adalah anjuran dari SPTB dan setakat ini tiada permohonan guna pakai tapak Dari pihak SPTB kepada J.P.S Perak Tengah.Pertandingan layang-layang ini adalah pertandingan yang boleh di kategori kan pertandingan Haram dimana SPTB adalah persatuan yang tidak didaftarkan di mana2 agensi kerajaan dan syarat untuk menjadi peserta adalah di kenakan yuran RM10 dengan cara bank in ke akaun peribadi individu.
Ini adalah salah di sisi undang-undang sekiranya menjayakan pertandingan tiada permohonan
penggunaan tapak, persatuan tidak berdaftar, kutipan wang secara tidak sah ke akaun peribadi dan tiada permohonan untuk menganjurkan pertandingan daripada pihak Majlis Daerah Perak Tengah.
Pihak Ukhuwah Komuniti Telok Bakong tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak penganjur
pertandingan ada unsur-unsur peribadi. Harap maklum.
UKHUWAH KOMUNITI TELOK BAKONG
17 FEBRUARI 2024