03/06/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta Unduk Ngadau Kaamatan Lahad Datu 2026 atas penampilan yang begitu anggun dan memukau dalam memperagakan busana kontemporari. Setiap langkah yang ditampilkan bukan sahaja menyerlahkan keindahan dan keyakinan diri, malah turut mencerminkan penghargaan terhadap warisan budaya yang terus dipelihara dan diperkasakan.
Penghargaan dan tahniah juga ditujukan kepada semua pereka busana yang telah mencurahkan idea, kreativiti, masa, dan tenaga dalam menghasilkan rekaan yang indah serta berkualiti. Hasil sentuhan dan dedikasi anda telah berjaya menampilkan keunikan setiap peserta, sekali gus memeriahkan dan menaikkan lagi martabat pertandingan pada tahun ini.
Official Photographer UNK LD 2026 : Double J Photography @ Jaymar P. Amarille