Caw Bandar Kulai

Caw Bandar Kulai UMNO Caw. Bandar Kulai

19/06/2026
17/06/2026
Terima Kasih Kerajaan Johor
16/06/2026

Terima Kasih Kerajaan Johor

13/06/2026

Orang Johor

Kurang ajarnya tetap santun,
Lembutnya cukup jantan,
Dajalnya masih selamba,
Nakalnya bersulam jenaka,
Menikam dengan pantun,
Manyanggah dengan senyuman,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

* Petikan Sajak Sasterawan Negara Allahyarham Dato Usman Awang.

~ Respect Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi walaupun di serang bertali arus dengan satu kenyataan beliau tidak mahu bersama DAP, kekal tenang. Segalanya di jawab dengan fakta.

13/06/2026
12/06/2026

Syukur Alhamdulillah. Barisan Nasional Johor mengambil maklum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berhubung tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-16.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada SPR atas persiapan dan pelaksanaan proses demokrasi ini, selaras dengan peruntukan undang-undang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Semoga tempoh kempen yang ditetapkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk membentangkan tawaran, rekod pencapaian dan hala tuju masing-masing secara matang, berhemah dan tertib.

Saya menyeru seluruh jentera BN Johor agar berkempen dengan penuh tertib dan beradab.

Kepada rakyat Bangsa Johor yang saya kasihi, saya berharap tempoh ini menjadi ruang untuk membuat penilaian yang adil dan rasional. Nilailah berdasarkan rekod, kestabilan, pencapaian dan kemampuan untuk terus membawa Johor ke hadapan.

Johor telah berada di landasan yang baik. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, kita akan terus mempertahankan kestabilan dan meneruskan kemajuan demi masa depan negeri serta Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Selamat Menunaikan Tanggungjawab Bangsa Johor.. Jangan Salah Pilih.. KITA Undi BN untuk Kestabilan Negeri Johor.
12/06/2026

Selamat Menunaikan Tanggungjawab Bangsa Johor.. Jangan Salah Pilih.. KITA Undi BN untuk Kestabilan Negeri Johor.

Address

Kg Melayu
Kulai
81000

Telephone

+601110270102

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Caw Bandar Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Caw Bandar Kulai:

Share