29/07/2026
Thanks for the introductions
CAT City BIKE WEEK
🔥🚀⚡
🔥 TEMUI IKON CUSTOM ART MALAYSIA DI CAT CITY INTERNATIONAL BIKE WEEK 2026! 🔥
Salah seorang figura yang bakal memeriahkan Cat City International Bike Week 2026 ialah Mohamed Shukur Bin Mohamed, pengasas Rocketeer Custom Art.
Sejak mula berkecimpung dalam dunia painting, airbrushing, art & custom pada tahun 2014, beliau telah mencipta nama di peringkat tempatan dan antarabangsa menerusi pelbagai hasil karya yang memenangi anugerah di Art of Speed Malaysia.
Kini, anda berpeluang bertemu sendiri dengan insan di sebalik karya-karya custom yang luar biasa ini. Datanglah ke tapak Cat City International Bike Week 2026, beramah mesra, berkongsi pengalaman, dan dapatkan inspirasi daripada antara nama yang semakin dikenali dalam dunia seni motosikal Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu salah seorang ikon custom art tempatan yang turut memberi sokongan kepada Cat City International Bike Week 2026! 🤘🏍️🔥