Jejak Seni SARAWAKfm

Directions

Jejak Seni SARAWAKfm HIBURAN SENI, WARISAN,BUDAYA

20/09/2026

harus datang Jumaat tok Nong ...
6 orang peserta Bintang Kecil Jumaat tok bergasak celen tanding Bintang Kecil ..sapa yang Juara Bintang Kecil 2026 Kali tok ooo .. bah sama2 kita saksikan Jumaat tok keh....

Seksyen TV RTM Kuching

19/09/2026

🎨✨ Jejak Seni SARAWAKfm ✨🎨

🌸 TAJUK: SULAM CABUT
🎤 ARTIS: LILY SURYANI
📅 TARIKH: 19 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
⏰ MASA: 11:15 PAGI

Jom kenali dan hayati keindahan Seni Sulam Cabut, satu khazanah seni yang penuh dengan kreativiti, ketelitian dan warisan budaya. 🧵✨

Temui Lily Suryani dalam Jejak Seni untuk menyelami kisah, teknik dan keunikan di sebalik seni sulaman yang terus dipelihara dan diwariskan.

Bersama Dj Reeynaz Merpati

📻 Jangan lupa dengarkan JEJAK SENI!
19 September 2026 | Sabtu | 11:15 pagi

05/09/2026
🎬 Jejak Seni SARAWAKfm Hiburan, Seni, Budaya & Warisan 🎬Siapa yang tak kenal dengan Jalot Jeman Lejend figura seni yang ...
04/09/2026

🎬 Jejak Seni SARAWAKfm
Hiburan, Seni, Budaya & Warisan 🎬

Siapa yang tak kenal dengan Jalot Jeman Lejend figura seni yang cukup sinonim dengan dunia filem, teater, lakonan dan penulisan skrip!

Minggu ini dalam Jejak Seni, kita akan menyelami perjalanan seni beliau, pengalaman di sebalik tabir, dunia pengarahan serta kisah-kisah menarik sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni.

🎙️ Bersama DJ Reeynaz Merpati
📻 SARAWAKfm 88.9 MHz
📅 Sabtu, 5 September 2026
⏰ 11:15 pagi

Jangan lupa pasang radio dan bersama-sama kita Jejak Seni mengangkat kisah, karya dan insan yang mewarnai dunia seni Sarawak. ❤️

Sahati Sejiwa. 🌺

🎙️ DARI LAWAS, SARAWAK… KE PENTAS KEBANGSAAN! 🇲🇾🏆Alhamdulillah, usai sudah temubual bersama Encik Khalid Husaini dalam s...
29/08/2026

🎙️ DARI LAWAS, SARAWAK… KE PENTAS KEBANGSAAN! 🇲🇾🏆

Alhamdulillah, usai sudah temubual bersama Encik Khalid Husaini dalam segmen Jejak Seni bersama DJ Reeynaz Merpati di SARAWAKfm

Di sebalik gelaran Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-40, 2026, tersimpan sebuah perjalanan yang panjang.

Leed Seine

Bukan terus menang.

Bukan terus hebat.

Tetapi bermula dengan belajar, mencuba, jatuh, bangkit dan terus berlatih.

Daripada seorang pegawai pengiring yang menyaksikan pertandingan pada tahun 2015, Encik Khalid akhirnya memberanikan diri menyertai dunia deklamasi pada tahun 2016.

Tahun demi tahun, pengalaman dikutip.

Ada tempat ketiga.
Ada naib johan.
Ada ketika tidak mendapat kedudukan.

Namun beliau tidak pernah berhenti belajar.

Dan akhirnya…

🏆 JUARA KEBANGSAAN 2026.

Dengan puisi “Siulan Bayu Damai di Lembah Sejahtera” karya Akmal Aizat Abdul Aziz, Encik Khalid membuktikan bahawa puisi bukan sekadar kata-kata.

Puisi adalah suara.
Puisi adalah rasa.
Puisi adalah perjuangan.

Menurut beliau, dalam deklamasi, suara boleh dilatih. Nada boleh dirancang. Gaya boleh dipelajari.

Tetapi penghayatan yang jujur dan ikhlas adalah sesuatu yang paling sukar untuk dicipta.

Dan mungkin itulah yang menjadikan persembahannya begitu bermakna. ❤️

Lebih indah, kejayaan ini turut didukung oleh keluarga, rakan-rakan, para pelajar dan sahabat seperjuangan.

Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan.

Kerana dalam dunia seni, kejayaan seorang bukan hanya milik dirinya.

Ia milik semua yang pernah percaya, menyokong dan berjalan bersamanya.

Kini, selepas bergelar juara, Encik Khalid memilih untuk melihat ke hadapan bukan sekadar mengejar pentas, tetapi mahu mendidik dan melahirkan pelapis baharu seni deklamasi puisi di Sarawak.

Kepada anak-anak muda Sarawak, pesannya jelas:

Belajarlah daripada guru yang betul.
Jangan takut mencuba.
Jangan mudah berputus asa.
Dan terus cintai seni puisi.

Kerana siapa tahu…

daripada sebuah bait puisi hari ini, mungkin lahir seorang juara pada masa akan datang. 🇲🇾💜

Tahniah Encik Khalid Husaini.
Terima kasih kerana membawa nama Sarawak ke pentas kebangsaan dengan penuh kebanggaan. 👏🏆 Leed Seine

🎙️ Jejak Seni SARAWAKfm
Hiburan • Seni • Budaya • Warisan
📻 Setiap Sabtu | 11:15 pagi
📻 SARAWAKfm | Sahati Sejiwa

Bersama DJ Reeynaz Merpati 💜

Berita RTM Sarawak Berita RTM Radio RTM Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia BERNAMA Suara Sarawak Utusan Borneo Online Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak

Jejak Seni SARAWAKfm   | KHAS UNTUK ANDA! Dari Sarawak melangkah ke pentas kebangsaan! 🇲🇾🏆Jom ikuti kisah inspirasi Khal...
28/08/2026

Jejak Seni SARAWAKfm | KHAS UNTUK ANDA!

Dari Sarawak melangkah ke pentas kebangsaan! 🇲🇾🏆
Jom ikuti kisah inspirasi Khalid Hussaini, sang juara yang mengangkat seni deklamasi puisi dengan penuh penghayatan, semangat dan perjuangan. 📜 Leed Seine

🎙️ Jejak Seni – Hiburan Seni, Budaya & Warisan
📅 Sabtu, 29 Ogos 2026
⏰ 11:10 pagi
📻 SARAWAKfm – Sahati Sejiwa
🎧 Bersama DJ Reeynaz Merpati

Saksikan perjalanan seorang anak Sarawak dari pentas tempatan menuju pentas kebangsaan kisah perjuangan, penghayatan dan kejayaan seorang SANG JUARA! 💜✨

📲 Jangan lupa dengarkan & kongsikan!

24/08/2026

Steady My Sufri Channel MSC
Mantap....all the best

Address

Bangunan Penyiaran Sarawak
Kuching
93400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Seni SARAWAKfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category