Karya Terindah Performing Arts

Karya Terindah Performing Arts For any enquiry, more info or a free quote now on cultural dance performance entertainment for your event, please contact us at +60148937374.

17/09/2026

SEGULAI SEJALAI | HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

A spectacular opening act celebrating the spirit of unity and the rich cultural heritage of Sarawak .

Featuring the talented artists of Majlis Seni Sarawak (MSS), Karya Terindah Performing Arts (KTPA) & The Dance Academy Kuching 田美麗舞蹈學院 (TDAK), alongside world-class young dancer Dion Das Louis and Little Miss Global Borneo 2024, Ell Qaseh.

One stage. One rhythm. One Malaysia. 🇲🇾🔥

14/09/2026

🔥

22/08/2026

Satu penghormatan buat Karya Terindah Performing Arts Sarawak (KTPA) berpeluang mempersembahkan Tarian Zapin Sebat di hadapan KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Makan Malam Gala Rasmi di Sheraton Hotel pada 20 Ogos 2026.

Satu pengalaman yang penuh makna dan kebanggaan buat kami. ❤️✨

KTPA — Dari Warisan ke Masa Hadapan.




21/08/2026

A Night Of Honour & Pride .

Kami amat berbesar hati diberi kesempatan untuk membuat persembahan Tarian Mengarang dari suku kaum Melanau di hadapan KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang, yang berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam Gala Rasmi, bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

📍 Sheraton Hotel, Sarawak
📅 20 Ogos 2026

Satu penghormatan besar buat kami untuk membawa dan mempersembahkan keindahan seni persembahan Sarawak dalam majlis yang begitu istimewa.

Sebuah pengalaman yang penuh makna dan kenangan yang akan sentiasa kami hargai. ❤️✨

Karya Terindah Performing Arts Sarawak (KTPA)
Dari Warisan ke Masa Hadapan.

Credit video : live UKAS




11/08/2026
🤍
11/08/2026

🤍

10/08/2026

Bakat buat kita menonjol.
Disiplin, attitude & profesionalisme buat kita terus dipanggil.


🤍
05/08/2026

🤍

Ada satu perkara yang buat kita senyap sekejap.

Bukan lagu.

Bukan konsert.

Bukan juga kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tetapi kerana satu ayat.

“Tak lengkap kalau tiada Kak Ani.”

Itu sahaja.

Pendek.

Tetapi berat.

Sebab ayat itu datang daripada seseorang yang tidak perlu pun berkongsi pentas.

Kalau Siti buat konsert seorang diri, orang tetap beli tiket.

Tetapi beliau masih memilih untuk menoleh ke belakang.

Mencari orang yang pernah berjalan bersamanya.

Teringat satu perkara.

Bila kita berjaya, sebenarnya ada dua pilihan.

Yang pertama.

Terus berjalan seorang diri sehingga orang lupa siapa yang pernah membuka jalan.

Yang kedua.

Pandang semula ke belakang.

Pimpin mereka naik bersama.

Mungkin sebab itu ramai sayang Siti.

Bukan hanya kerana suara.

Tetapi kerana adab.

Dia tidak bercakap tentang dirinya.

Dia bercakap tentang jasa orang lain.

“Tak lengkap kalau tiada Kak Ani.”

Ayat itu sebenarnya bukan tentang Noraniza Idris sahaja.

Ayat itu mengajar kita…

Jangan sesekali lupa orang yang pernah membina jalan sebelum kita.

Di hospital.

Di pejabat.

Di sekolah.

Dalam keluarga.

Kalau hari ini kita berada di hadapan,

Pasti suatu ketika dahulu ada seseorang yang mengajar kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Seorang senior.

Seorang guru.

Seorang rakan.

Seorang ibu.

Seorang ayah.

Kadang-kadang penghargaan paling besar bukan trofi.

Bukan anugerah.

Cukup apabila nama kita masih disebut dengan penuh hormat, walaupun orang yang menyebut itu sudah jauh lebih berjaya.

Itulah yang membuat ramai orang tersentuh.

Bukan kerana mereka bakal menyanyikan “Hati Kama.”

Tetapi kerana kita sedang melihat satu perkara yang semakin mahal nilainya hari ini.

Menghargai orang sebelum kita.

Dan itu,

lebih indah daripada mana-mana lagu.

Address

Karya Terindah Performing Arts
Kuching
93050

Telephone

+60148937374

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karya Terindah Performing Arts posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share