Seni Silat Sarawak

Seni Silat Sarawak INFO BERKAITAN SENI SILAT DAN SENI BELA DIRI LAIN YANG ADA DI PELOSOK SARAWAK(R)

π’πžπ§π’ 𝐒𝐒π₯𝐚𝐭 π’πšπ«πšπ°πšπ€ (𝐒𝐒𝐒) π‘Žπ‘‘π‘Žπ‘™π‘Žβ„Ž π‘ π‘–π‘”π‘’π‘˜ π‘π‘Žπ‘”π‘’ π‘˜β„Žπ‘Žπ‘  π‘’π‘›π‘‘π‘’π‘˜ π‘šπ‘’π‘šπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘Žπ‘π‘Žπ‘‘π‘˜π‘Žπ‘› 𝑠𝑒𝑛𝑖 π‘ π‘–π‘™π‘Žπ‘‘ π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘‘π‘–π‘π‘’π‘™π‘œπ‘ π‘œπ‘˜ π‘†π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘˜. π‘ˆπ‘‘π‘˜ 𝑠𝑒𝑛𝑖 π‘ π‘’π‘™π‘Žπ‘–π‘› 𝑑𝑖 π‘†π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘˜ π‘Žπ‘‘π‘Žπ‘™π‘Žβ„Ž π‘’π‘›π‘‘π‘’π‘˜ π‘–π‘›π‘ π‘π‘–π‘Ÿπ‘Žπ‘ π‘– π‘‘π‘Žπ‘› π‘–π‘™π‘šπ‘’ π‘˜π‘–π‘‘π‘Ž π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Ž.

'α—©α—°α—©α’ͺ α—°α—©Kα–‡α‘Œα–΄, α‘Žα—©α•ΌI α—°α‘Œα‘Žα˜œKα—©α–‡'///

"Sila Share"Assalamualaikum WBT, Salam Kekeluargaan dan Salam Malaysia MADANI.YBrs. Dr./Tuan/Puan,Bersempena Sambutan Bu...
15/01/2026

"Sila Share"

Assalamualaikum WBT, Salam Kekeluargaan dan Salam Malaysia MADANI.

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Bersempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2026, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara sedang menjalankan tinjauan pendapat umum mengenai pengetahuan dan kesedaran lelaki dan wanita terhadap kanser serviks di Malaysia. Tempoh tinjauan bermula daripada 14 hingga 31 Januari 2026. Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas adalah dijemput untuk menjawab tinjauan tersebut. Mohon kerjasama YBrs. Dr., Tuan, Puan supaya dapat memanjangkan hebahan tinjauan pendapat umum ini kepada orang ramai. Pautan tinjauan boleh di akses dengan menekan link yang tersedia seperti di bawah atau dengan mengimbas kod QR yg terdapat pada poster tinjauan.
Pautan tinjauan: https://forms.gle/hunGrba6nry75TZJ8

Kerjasama dan penyertaan daripada YBrs. Dr.,/Tuan/Puan dalam tinjauan pendapat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"LPPKN UTAMAKAN KELUARGA (FAMILY 1st)"

Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
MALAYSIA

Share3... Love3...🫰❀️

Sharing is caring🫰β™₯️
02/01/2026

Sharing is caring🫰β™₯️

Jom Viral Sarawak
AIR PASANG BESAR (KING TIDE) 4 JANUARI DIJANGKA TINGKAT RISIKO BANJIR DI SARAWAK

KUCHING 1 Januari 2026 - Fenomena air pasang besar atau king tide yang dijangka berlaku pada Ahad ini berpotensi memburukkan keadaan banjir di Sarawak, khususnya di kawasan rendah dan pesisir sungai, sekiranya bertembung dengan hujan lebat berterusan akibat Monsun Timur Laut.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata amaran cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berkemungkinan berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari, sekali gus meningkatkan kebimbangan apabila digabungkan dengan king tide yang menyebabkan paras air laut dan sungai naik.

Menurut beliau, setakat ini lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka susulan banjir di bahagian selatan Sarawak.

Dewan Masyarakat Stapok 55 Ketua Isi Rumah (KIR), 203 mangsa, Dewan Sinar Budi, Petra Jaya 31 KIR, 129 mangsa
Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu 4 KIR, 16 mangsa, Surau Nurul Najin, Kampung Darul Hana (Stapok) angka mangsa sedang dikemas kini
Dewan Taman Malihah 46 KIR, 123 mangsa.

Beliau menegaskan, king tide pada 4 Januari menjadi faktor utama yang perlu diberi perhatian kerana kenaikan paras air secara mendadak boleh berlaku dalam masa singkat, terutamanya jika hujan lebat berterusan.

Keadaan ini berisiko menjejaskan lebih banyak kampung dan penempatan rendah yang sememangnya terdedah kepada banjir.

Sehubungan itu, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat bahagian dan daerah telah diarahkan untuk bersiap siaga sepenuhnya, termasuk memastikan PPS berada dalam keadaan bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas serta bekalan makanan dan peralatan mencukupi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat p**a berada dalam keadaan siap siaga dengan beberapa pusat bekalan utama, manakala Jabatan Kesihatan Negeri melaksanakan pemeriksaan kesihatan di setiap PPS mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Datuk Amar Douglas turut menasihatkan penduduk, khususnya di kawasan rendah, supaya mematuhi arahan pemindahan apabila dikeluarkan demi keselamatan nyawa.

Katanya, pengalaman banjir lalu menunjukkan paras air boleh naik dengan sangat pantas, menyukarkan operasi menyelamat jika pemindahan lewat dilakukan.

Operasi pemantauan turut diperkukuh melalui bilik gerakan 24 jam termasuk pemantauan sistem empangan dan baraj bagi mengawal paras air sungai.

Pada masa sama, pasukan tindak balas komuniti di kawasan luar bandar terus digerakkan bagi membantu pemindahan awal sekiranya diperlukan.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini, khususnya menjelang 4 Januari, dan sentiasa mengikuti maklumat serta arahan terkini daripada pihak berkuasa.

Firdaus




"SILA SHARE"TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA 2025 "AYAHKU KAPTEN KELUARGA"Tinjauan pendapat ini khas...
13/06/2025

"SILA SHARE"

TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA 2025 "AYAHKU KAPTEN KELUARGA"

Tinjauan pendapat ini khas dijawab oleh bapak yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai anak dan hanya mengambil masa antara 5-8 minit sahaja untuk disempurnakan.

Untuk bapak2 yang sudi menjawab tinjauan pendapat ini, anda bolehlah klik link seperti dibawah ini...πŸ‘‡
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDPRgVjuThLjgT0iqv662nzPrcakoae0F4TgWokPXrxQfBxA/viewform?usp=dialog
Dan...
Anda boleh scan/ imbas kod QR seperti yang dikepilkan dalam posting ini.

Terima kasih diatas kerjasama anda semua🀝πŸ₯°πŸ˜Ž

Share3... Love3❀️

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seni Silat Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share