Rezzuandy

Rezzuandy Welcome to my world �

14/06/2026

KTPA 🔥

31/05/2026

EMPAT BERANAK PERGI GLAMPING, TAPI TIDAK PERNAH PULANG

Sebuah keluarga kecil. Seorang ayah, seorang ibu, dan dua anak. Mereka tiba di kawasan glamping pada malam 26 Mei 2026. Tempat sejuk, suasana gunung, khemah cantik, udara nyaman. Jenis percutian yang ramai orang bayangkan sebagai momen paling tenang bersama keluarga.

Malam itu, mereka dikatakan sempat melakukan aktiviti barbeku. Ada daging, ada makanan, ada peralatan memasak. Menurut laporan, si ayah juga memang biasa memasak barbeku kerana pernah bekerja di Korea Selatan.

Barbeku bagi keluarga ini bukan sekadar makan. Ia mungkin satu cara mereka berkumpul, berbual, ketawa dan menikmati masa bersama.

Tetapi di situlah tragedi ini menjadi sangat menyayat hati.

Sesuatu yang nampak seperti aktiviti keluarga paling biasa, membakar makanan, makan bersama, kemudian masuk tidur, akhirnya menjadi malam terakhir mereka.

Kronologi kejadian

Pada malam Selasa, 26 Mei 2026, keluarga ini tiba di tapak kawasan glamping Posong, Temanggung pada malam 26 Mei 2026.

Mereka dipercayai memasak dan membuat barbeku menggunakan peralatan seperti gas portable dan peralatan pembakaran. Kawasan glamping ini berada di dataran tinggi yang sejuk, jadi kemungkinan khemah ditutup rapat untuk menahan angin malam.

Keesokan paginya, Rabu 27 Mei 2026,

Petugas glamping datang menghantar sarapan sekitar jam 9 pagi, tetapi tiada jawapan dari dalam khemah.

Petugas datang lagi menjelang waktu check out. Masih tiada respons.

Pada sebelah petang, pintu khemah akhirnya dibuka.

Ketika itulah keempat-empat mereka ditemukan sudah meninggal dunia di dalam khemah. Laporan menyebut keadaan tubuh sudah kaku, dan pemeriksaan awal tidak menemukan tanda jenayah.

Apa yang disyaki menjadi punca?

Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa terdedah kepada gas karbon monoksida atau gas hasil pembakaran selepas aktiviti barbeku dan penggunaan peralatan memasak berhampiran khemah tertutup.

Namun, antara dugaan yang kuat ialah pendedahan kepada gas karbon monoksida, atau CO, yang boleh terhasil daripada pembakaran arang, dapur gas portable atau aktiviti barbeku dalam kawasan yang tidak cukup pengudaraan.

Dalam kes ini, laporan menyebut pintu dan ventilasi khemah ditemui tertutup rapat. Peralatan memasak dan pembakaran p**a ditemukan di kawasan khemah.

Keadaan ini boleh menyebabkan gas hasil pembakaran terkumpul, terutama jika selepas memasak atau barbeku, ruang tidur terus ditutup.

Bagaimana gas ini boleh menyebabkan kematian?

Karbon monoksida ini sangat berbahaya kerana ia tidak berbau, tidak berwarna dan tidak dapat dirasa.

Kita mungkin masih rasa sedang bernafas seperti biasa.
Kita mungkin tidak nampak asap tebal.
Kita mungkin tidak bau apa-apa yang pelik.

Tetapi dalam badan, CO boleh melekat pada darah dan menghalang oksigen daripada sampai ke otak, jantung dan organ penting.

Mula-mula seseorang mungkin rasa pening. Sakit kepala. Loya. Lemah. Mengantuk. Keliru.

Tetapi jika berlaku ketika tidur, mangsa mungkin tidak sempat sedar.
Tidak sempat buka pintu.
Tidak sempat panggil sesiapa.
Tidak sempat selamatkan anak di sebelah.

Itulah yang paling menakutkan tentang karbon monoksida.

Ia bukan datang seperti api besar yang kita nampak. Ia bukan datang seperti asap hitam yang membuat kita panik.

Ia datang senyap-senyap, memenuhi ruang tertutup, ketika semua orang menyangka malam itu cuma malam biasa bersama keluarga.

Langkah pencegahan

🚨 Jangan buat barbeku di dalam khemah, kabin kecil, bilik tertutup atau ruang tidur.

🚨 Jangan guna arang, briket atau grill sebagai sumber haba dalam khemah walaupun cuaca sejuk.

🚨 Pastikan tempat memasak berada di luar khemah, jauh dari pintu, tingkap atau laluan udara masuk.

🚨 Selepas memasak atau barbeku, jangan terus tutup semua ruang pengudaraan.

Semoga tragedi ini menjadi peringatan buat semua.

Al-Fatihah buat Muhamad Ali Munawar, Maghfirah, Bagas Amar Hakiki dan Alvino Evan Hakim.

Well said ..
26/05/2026

Well said ..

ASYIK KONSERT JE... APA UNTUNGNYA?

Sejak kebelakangan ini, Kuching semakin meriah dengan penganjuran konsert dan festival muzik berskala besar. Selain Rainforest Music Festival (RMF), Kuching Music Festival yang berlangsung di Padang Merdeka pada 16 dan 17 Mei baru baru ini cukup meriah . Kehadiran artis terkenal seperti Cakra Khan dan OAG berjaya menarik ribuan pengunjung dan menjadikan suasana bandar raya Kuching cukup meriah.

Apa yang saya perasan setiap kali acara besar seperti ini berlangsung, ramai pengunjung dari Kalimantan Barat turut datang ke Kuching. Terutamanya jika konsert itu melibatkan artis Indonesia. Mungkin kedudukan Sarawak yang dekat dengan Kalimantan menjadikan Kuching destinasi pilihan untuk menikmati hiburan sambil bercuti. Tambahan p**a konsert ini terbuka dan percuma. Bagi penduduk sekitar Sambas, Singkawang dan Pontianak untuk ke Jakarta mungkin mahal jika mahu melihat konsert...pilihan yang ada ialah ke Kuching yang lebih dekat dan vibe luar negara.

Ini untungnya...
Kesan penganjuran konsert juga sangat dirasai oleh ekonomi tempatan. Hotel-hotel termasuk hotel bajet di sekitar Padungan, Satok di Kuching menerima banyak tempahan, peniaga kecil mendapat pelanggan yang ramai, dan gerai makanan di kawasan waterfront turut menikmati peningkatan jualan. Pemandu e-hailing, pengusaha homestay dan Mall di sekitar juga menerima manfaat daripada kehadiran pengunjung yang ramai.

Dalam masa sama, acara hiburan seperti ini membantu memperkenalkan Sarawak kepada pelancong luar. Ramai yang datang untuk menonton konsert, tetapi turut mengambil peluang menikmati makanan tempatan dan melawat tempat menarik sekitar Kuching. Secara tidak langsung, konsert bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan negeri.

Ternyata penganjuran konsert di Kuching membawa kesan yang positif. Bandar menjadi lebih hidup, ekonomi tempatan terus bergerak dan nama Sarawak semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan dan hiburan yang semakin berkembang di rantau ini. Tahniah juga kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak iaitu YB Dato Sri Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah kerana saya percaya atas restu dan perancangan beliau juga kejayaan ini dikecapi.

Sarawak Maju Makmur

Cikgu Emmet Menulis

Gambar hiasan janaan AI

🔥
20/05/2026

🔥

Be a role model through your attitude, respect, and kindness — not just your talent. ✌🏻



To all dancers 💪🏻
19/05/2026

To all dancers 💪🏻

Keep showing up.
Keep practicing.
Keep improving in ways nobody else can see yet.



16/05/2026

🫂🤍

12/05/2026

Looking for professional performances and event services?
Karya Terindah Performing Arts is here to bring your event to life!

Our services include:
🎶 Event Performances (Music & Dance)
💃 Dance Coaching
👗 Costume Rental
📋 Event Management & Coordination

From cultural showcases to corporate events, weddings, festivals & more — we create unforgettable experiences with passion and professionalism .

📞 Contact us now for enquiries & bookings!

“Move with Passion, Perform with Soul.” 🤍




🤍❤️🫂
11/05/2026

🤍❤️🫂

Kak Gee tidak perlu minta maaf.

Malam tersebut, mungkin ada yang mendengar nada yang tidak sampai. Tapi satu dewan mendengar sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Keberanian seorang legenda untuk kembali berdiri di pentas, selepas empat dekad hidupnya pernah menjadi sebahagian daripada kenangan ramai orang.

Fauziah Latiff bukan nama kecil dalam industri. Lagu-lagunya pernah jadi suara cinta, luka, rindu dan patah hati satu generasi. Ada orang membesar dengan lagunya. Ada yang pernah menangis diam-diam dengan suaranya. Ada yang menyimpan memori lama setiap kali melodinya dimainkan semula.

Sebab itu bila beliau berulang kali meminta maaf, ia terasa sayu.

Kerana kadang-kadang orang yang paling banyak memberi, itulah yang paling takut dianggap tidak cukup.

Mungkin suara berubah. Mungkin tenaga tidak sama seperti dulu. Tapi manusia memang berubah. Usia mengubah badan. Pengalaman mengubah cara kita berdiri. Perjalanan hidup mengubah cara kita menyanyi.

Yang tidak berubah ialah adab seorang penghibur.

Rendah hati. Tahu menghargai. Masih mahu memberi yang terbaik, walaupun sedar dirinya sedang dinilai oleh ribuan mata dan berjuta-juta jari di media sosial.

Kita hidup dalam zaman orang terlalu cepat memotong klip pendek, lalu menjatuhkan hukuman panjang.

Padahal legenda tidak diukur hanya pada satu nota.

Legenda diukur pada jejak yang dia tinggalkan. Pada lagu yang pernah menemani orang bercinta, menangis, bekerja malam, balik kampung, membesar dan akhirnya menua bersama kenangan sendiri.

Kak Gee tidak perlu minta maaf kerana tidak menjadi versi 20 tahun lalu.

Kerana malam itu, ramai bukan datang untuk mencari kesempurnaan.

Mereka datang untuk berterima kasih kepada satu suara yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

22/01/2026

Ada satu stigma yang ramai tak sedar mereka bawa masuk ke tempat kerja.

“Dia single. Dia tak ada komitmen.”
“Dia tak ada anak. Dia boleh cover.”
“Dia tak ada keluarga. Dia senang la.”

Staf yang belum berkahwin bukan manusia versi “kosong”. Mereka tetap ada kehidupan yang mereka tengah jaga.

Ada ibu ayah yang mereka tanggung. Ada adik-beradik yang bergantung. Ada hutang, sewa rumah, kereta, rawatan, simpanan kecemasan. Ada impian yang mereka bayar sendiri, tanpa dua gaji, tanpa sokongan pasangan.

Financial burden bukan milik orang yang ada anak je. Penat bukan eksklusif untuk orang yang ada keluarga je. Kesepian pun bukan “lebih ringan” sebab seseorang itu nampak bebas.

Sebab pada hujung hari, kita semua cuma nak satu benda.

Tempat kerja yang manusiawi.

18/12/2025

Ada hari, anda tak perlukan nasihat panjang. Tak perlukan ayat motivasi. Kepala dah penuh, dada rasa sempit, mulut pun malas nak cerita.

Tapi bila seseorang peluk anda, peluk yang anda rela, badan macam dapat signal kecil: “Ok. Aku tak keseorangan.”

Dari sudut biologi, peluk boleh buat beberapa benda jadi lebih baik. Oksitosin boleh naik, ini hormon yang bantu rasa rapat, rasa percaya, rasa tenang.

Pada masa sama, kortisol yang selalu naik bila stres boleh turun.

Sistem saraf pun perlahan-lahan tekan brek, nadi jadi lebih stabil, nafas jadi lebih panjang.

Sebab tu kadang lepas dipeluk, kita tak semestinya “selesai masalah”. Tapi hati jadi kurang tegang. Otak jadi kurang bising. Badan jadi kurang bersedia untuk bertahan.

Cuma satu perkara penting. Peluk yang beri manfaat ialah peluk yang ada izin, ada selesa. Kalau dipaksa, badan akan anggap itu ancaman, bukan kasih sayang.

Kalau hari ini anda penat, cuba cari ruang yang selamat. Dengan pasangan, keluarga, kawan, atau sesiapa yang anda percaya. Kadang satu peluk yang ikhlas boleh jadi permulaan untuk kita kembali bernafas dengan normal.

Dan kalau anda tak ada siapa untuk dipeluk hari ini, tak apa. Mulakan dengan yang kecil. Duduk, tarik nafas perlahan, letak tangan di dada sendiri. Badan juga perlu tahu: “Aku sedang jaga aku.”

Address

Kuching
93050

Telephone

+601114646797

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rezzuandy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Rezzuandy:

Share