23/04/2026
Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2026 kini kembali dengan pengisian yang lebih menarik dan informatif.
Program ini dirangka khusus untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai peluang, mekanisme pendaftaran serta hala tuju Dana Esukan KBS.
Butiran program:
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.10 petang
Lokasi: Metadise Sdn Bhd, Kuching Sarawak
Metadise.io / Metadise Sim Racing - MSR
Sepanjang program, peserta akan melalui beberapa sesi utama termasuk penerangan dana, ice breaking, pembentangan modul, sesi breakout serta sesi soal jawab bersama pihak penganjur.
Ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan maklumat tepat secara langsung serta memahami proses permohonan dengan lebih jelas.
Tempat adalah terhad. Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau buat pendaftaran di link yang tertera:
Link Pendaftaran Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2026 : https://forms.gle/t61S2nB4tMccwSAQA
Jumpa anda di sana.