Jkkk Kampong Tanjung Bako"

Jkkk Kampong Tanjung Bako" Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jkkk Kampong Tanjung Bako", Art, kampung tanjung bako , of Jalan bako 93050 kuching, Kuching.

08/08/2026

ALHAMDULILLAH/SYUKUR KEHADRAT ILAHI

banyak program Yang akan dirangka/dipolah dalam masa terdekat..

Credit kepada semua ahli jawatan kuasa (jkkk) tg bako termasuk penghulu & ketua kaum serta badan² dalam kampung yg bertungkus lumus bermesyuarat / membincangkan strategi untuk kelancaran setiap program² berkenaan/akan dtg Demi memeriahkan kampung Dan penyatuan penduduk setempat..

Jadi admin (BYG² HITAM) tujukan
Lagu tuk untuk kitak semua..
pembakar semangat kitak org semua...

Cayok² tetap semangat gais


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,​YBhg. Tuan/Puan,Alhamdulillah telah berlansung nya mesyuarat barisan AJK PIB...
08/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

​YBhg. Tuan/Puan,

Alhamdulillah telah berlansung nya mesyuarat barisan AJK PIBG Dan ahli JKKK TG BAKO bagi membincangkan program² Yang akan dibuat/dirangka pada sukan sk tanjung bako

​Program: Mesyuarat Koordinasi Hari Sukan Tahunan SK Tanjong Bako 2026
​Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
​Masa: 9.00 Malam
​Tempat: Rumah Komuniti Kampung Tanjong Bako

​Agenda / Tujuan:
Perbincangan dan penyelarasan bagi penganjuran Hari Sukan Tahunan SK Tanjong Bako yang melibatkan penyertaan komuniti Kampung Tanjong Bako.
​Kehadiran dan kerjasama YBhg. Tuan/Puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,​Untuk makluman YBhg. Datin/Tuan/Puan, Mesyuarat Perbincangan dan Lawatan Tap...
08/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

​Untuk makluman YBhg. Datin/Tuan/Puan, Mesyuarat Perbincangan dan Lawatan Tapak bagi Program 24 Oktober 2026 telah selamat disempurnakan pada ketetapan berikut:

​Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
​Masa: 10.00 Pagi
​Tempat: Rumah Komuniti Kampung Tanjong Bako

​Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta komitmen daripada Exco PPWS Cawangan & Daerah, Penghulu, Ketua Kaum, serta Ahli JKKK Kampung Tanjong Bako dalam menjayakan mesyuarat perancangan ini.

​Sekian, terima kasih.

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH PITSA SELESAI DENGAN JAYANYA!​Telah berlangsung Program Ziarah Muhibbah anjuran Persatuan Ibu Tu...
02/08/2026

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH PITSA SELESAI DENGAN JAYANYA!

​Telah berlangsung Program Ziarah Muhibbah anjuran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Demak Laut.

​Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad)
​Masa: 8:00 Pagi hingga selesai
​Tempat: Dewan Serbaguna Kampung Tanjung Bako

​Setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran:
​Penghulu Tn. Hj. Rajidin Narawi
​Ketua Kaum Zaidi bin Omon
​Semua Biro & AJK JKKK berkenaan

​Program turut disimarakkan dengan ceramah Pertolongan Cemas (First Aid) daripada Red Crescent IPG Kampus Tun Abdul Razak serta taklimat kesedaran daripada pihak PERKESO.
​Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini!



Sumber foto: biro keselamatan jkkk

PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN PUSAT KOMUNITI JKKK TANJUNG BAKO​TANJUNG BAKOAhli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamata...
27/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN PUSAT KOMUNITI JKKK TANJUNG BAKO
​TANJUNG BAKO

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Bako telah menjayakan program gotong-royong bagi menceriakan kawasan Pusat Komuniti JKKK Tanjung Bako baru-baru ini.

​Program ini bertujuan untuk memastikan persekitaran pusat komuniti sentiasa bersih, indah, dan selesa demi kegunaan serta kesejahteraan seluruh penduduk setempat.

Aktiviti ini turut mengeratkan lagi silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli JKKK yang telah meluangkan masa dan menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti ini.

​“Sepakat Membawa Berkat”

Lain mcm semangat sidak ahli jkkk baru tok..huhu makin berseri pusat komuniti ya tahniah..

LAPORAN MESYUARAT AJK JKKK KAMPUNG TEBANGAN BAKO​Salam Sejahtera dan Salam Pemimpin / Warga Kampung Tanjung Bako.​Alhamd...
22/07/2026

LAPORAN MESYUARAT AJK JKKK KAMPUNG TEBANGAN BAKO

​Salam Sejahtera dan Salam Pemimpin / Warga Kampung Tanjung Bako.

​Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK JKKK Kampung Tanjung Bako Bagi Sesi 2026-2027 (Bilangan 3) pada ketetapan berikut:

​📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 Malam – 10.45 Malam
📍 Tempat: Pusat Komuniti JKKK Kampung Tanjung Bako

​Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan agenda pembangunan kampung, perancangan aktiviti komuniti, serta kebajikan penduduk setempat demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

​Pihak JKKK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang hadir serta memberikan idea dan komitmen yang padu sepanjang mesyuarat berlangsung.
​Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar demi kemajuan Kampung Tanjung Bako! 🤝✨


Meet the management teamBomba Kenyalang FCHebat dan mantap  Syabas dan tahniah semoga maju jaya...Kongsi ilmu dgn ajk (j...
21/07/2026

Meet the management team
Bomba Kenyalang FC

Hebat dan mantap


Syabas dan tahniah semoga maju jaya...
Kongsi ilmu dgn ajk (jkkk) main bola juak kelak tuan...

Saudara (malik bin omon)

Hebat2 urg kampong kita nak ohh....

LAPORAN PEMANTAUAN PROJEK PENURAPAN JALAN (PREMIX LAYER 1) DI KAMPUNG TANJUNG BAKO ULUAdalah dimaklumkan bahawa satu ses...
20/07/2026

LAPORAN PEMANTAUAN PROJEK PENURAPAN JALAN (PREMIX LAYER 1) DI KAMPUNG TANJUNG BAKO ULU

Adalah dimaklumkan bahawa satu sesi pemantauan bagi kerja-kerja penurapan jalan (premix layer 1) telah dilaksanakan oleh kepimpinan kampung bagi memastikan kelancaran projek infrastruktur di kawasan berkenaan.

Butiran pemantauan adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)

Masa: 9.00 Pagi

Tempat: Kawasan Jalan Jambatan, Kampung Tanjung Bako Ulu

Nama Projek: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN N.5 Demak Laut

Pegawai Pemantau: Saudara Zaidi bin Omon (Ketua Kaum Kampung Tanjung Bako Ulu)

Sesi pemantauan yang dijalankan sendiri oleh Ketua Kaum ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja penurapan oleh pihak kontraktor menepati spesifikasi yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan jangka panjang penduduk Kampung Tanjung Bako Ulu. Pihak JKKK amat menghargai pelaksanaan projek RTP ini yang membawa impak positif kepada kemudahan logistik komuniti setempat.

Alhamdulillah kck dah jalan ulu ya...matap tahniah kepada kepimpinan...

20/07/2026
LAPORAN KEHADIRAN PROGRAM: MUKTAMAR PENGURUSAN & PENGIMARAHAN MASJID SARAWAK (SIRI 1)Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Kam...
20/07/2026

LAPORAN KEHADIRAN PROGRAM: MUKTAMAR PENGURUSAN & PENGIMARAHAN MASJID SARAWAK (SIRI 1)

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Kampung Tanjung Bako, Ayahda Haji Rajidin bin Narawi, telah menghadiri Muktamar Pengurusan & Pengimarahan Masjid Sarawak (Siri 1) Sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H / 2026M Zon Selatan.

Program berprestij ini telah berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 & 19 Julai 2026M bersamaan 3 & 4 Safar 1448H

Tempat: Raia Hotel & Convention Centre, Kuching

Kehadiran beliau bersama barisan kepimpinan Islam Zon Selatan mencerminkan komitmen jitu pihak pengurusan kampung dalam menyokong agenda pemantapan tadbir urus serta pengimarahan institusi masjid demi kesejahteraan ummah di peringkat akar umbi.

Address

Kampung Tanjung Bako , Of Jalan Bako 93050 Kuching
Kuching
93060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jkkk Kampong Tanjung Bako" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category