26/06/2026
Ana' tatahan aik mata,
Makitn dipujuk makitn barenteman..
DP turut berdukacita dan dengan ini sekali lagi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Memei. Semoga sentiasa diberikan kekuatan serta penghiburan damai. Hari ini mendiang telah selamat dikebumikan dengan meninggalkan seorang puteri kecil yang belum mengerti apa itu erti kehilangan ibunya. Ramai meratapi pemergiannya, terlalu awal, terlalu muda..tapi, Orang baik Tuhan sayang. Rehatlah dengan damai. 🤍
DP dan beberapa orang rakan yang lain tidak berkesempatan untuk bersama-sama menghantar mendiang ke rumah baru dek kerana komitmen tugasan dan kerja hakiki yang tidak langsung memberikan ruang dan peluang. Kami hanya mampu meratapi dan berdoa.
Kesedihan dan kekecewaan apa yang mampu dinafikan apabila kami kehilangan 1 permata berharga yang bukan hanya dianggap artis Salako, kawan tetapi juga sebagai adik. Kenangan tetap tinggal kenangan. Lagu ini menjadi lagu pertama dan terakhir solo mendiang bersama DP. Lagu kedua adalah lagu kolaborasi "Karas Sumangat" yang belum sempat diperhalusi tapi telah pun digunakan sebagai sound track filem pendek Salako "Dandam" dimana mendiang juga berlakon di dalam filem tersebut. Komitmen dan kesungguhan mendiang dalam menjalankan tugas yang diberikan tidak pernah mengecewakan dan sentiasa penuh semangat. Rakan-rakan yang lain mungkin tidak banyak mempamirkan keakraban kita di media sosial tapi kita tahu sejauh dan sedalam apa perkongsian yang pernah kita tempuhi bersama.
Title: Gangapm JarikuArtist: MeimeiComposer: Pangke' OppegeLyri...