07/02/2025
TEKNIK MASAKAN 5 : 30 : 7
Jom ajak kawan-kawan follow resepi simple dan menarik di
https://t.me/LimaMinitResepi
Bismillah.
Teknik ini khusus untuk pengguna dapur gas kerana Tak semua rumah ada pressure cooker. Gunakn teknik 5 : 30 : 7 ini untuk menjimatkan masa dan gas.
Cara :
1.Masak air dalam periuk sampai mendidih.
2.Masukkan bahan yang hendak direbus ke dalam air mendidih.
3.Biarkan ia mendidih selama 5 minit (Perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan)
4.Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. JANGAN SESEKALI BUKAK PENUTUP PERIUK walaupn sekadar nk main cak cak.
5.Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidih selama 7 minit ( kira masa dari mula mendidih ).
6.Selepas 7 minit, padam api.
Siap. In Shaa Allah menjadi.
Tips :
1.Teknik ini boleh digunakan untuk merebus daging, ayam pencen, kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda, kacang dhal.
2.Untuk daging, masukkn sedikit garam dan minyak masak sebelum merebus.
3.Tutup periuk sepanjang merebus.
Semoga memberi manfaat. In Shaa Allah.
Kredit : Cham Osman