08/08/2026
NILAI TERAPEUTIK ISTIADAT MELANGIR MINYAK
Mandi minyak dalam dunia persilatan Melayu adalah satu istiadat tradisi dan ritual simbolik yang berfungsi sebagai upacara ujian keyakinan diri, serta medium pemulihan fizikal bagi para pesilat.
Walaupun menggunakan istilah "mandi", pesilat tidak berendam di dalam kolam minyak. Sebaliknya, ia melibatkan proses menyapu, melumur, atau merenjis minyak kelapa panas (yang dimasak segar) ke seluruh anggota badan, terutamanya tangan, kaki, dan sendi.
Mandi minyak bukanlah ujian kekebalan seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui nilai-nilai murni istiadat ini.
Dari sudut perubatan tradisional dan fungsi dalam silat, amalan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sangat spesifik:
Medium Pemulihan Fizikal (Maintenance Body)Melegakan otot dan sendi:
Latihan silat melibatkan kecederaan fizikal yang tinggi seperti lebam, terseliuh, dan ketegangan otot. Minyak kelapa suam yang dilumur bertindak sebagai terapi haba untuk melancarkan aliran darah dan meredakan keradangan.Membuang "angin" dan toksin: Sapuan minyak ke seluruh badan membantu membuka pori-pori kulit untuk mengeluarkan peluh dan angin yang terperangkap dalam otot selepas berbulan-bulan menjalani latihan keras.
Ujian Psikologi dan Keyakinan Diri Mengatasi rasa takut:
Menyentuh atau menyapu minyak yang sedang menggelegak di atas kawah adalah satu bentuk ujian mental.Ia melatih pesilat untuk mengawal minda, membina fokus yang tinggi, dan membuang sifat ragu-ragu ketika berhadapan dengan situasi berbahaya.
Ketenangan jiwa, persilat diajar untuk kekal tenang walaupun berhadapan dengan elemen yang menakutkan (haba minyak), yang mana ketenangan ini sangat kritikal semasa bertempur.
Penerapan Nilai Kerohanian (Tauhid)Penyerahan diri kepada Tuhan:
Dalam silat Melayu yang berteraskan Islam, kawah minyak diisi dengan doa-doa syifa(penyembuhan), slelawat, dan ayat suci Al-Quran Sebagai ikhtiar penyembuhan diri serta keselamatan diri dari khianat manusia,jin,iblis dan syaitan.
07 / 08 / 2026
Jumaat
0900pm - 1200pm
Dewan PSSH