KUANTAN

Directions Contact the establishment

KUANTAN Since 16 APRIL 2010 @ 2100 hrs
(3)

10/09/2026

Let's appreciate the history and evolution of Malaysia's national coat of arms



09/09/2026
08/09/2026

Selamat datang diucapkan kepada Prof Sheikh Dr Ali Juma'ah ke Negeri Pahang Darul Makmur.

Semoga rakyat Negeri Pahang mengambil peluang mendalami ilmu dengan kehadiran beliau.

07/09/2026

Will be reached home by 830 today

Jika ada kesempatan…bolehlah berkujung ke Temasya Warisan Pahang yang akan berakhir pada 7 September 2026.
06/09/2026

Jika ada kesempatan…bolehlah berkujung ke Temasya Warisan Pahang yang akan berakhir pada 7 September 2026.

Salam Takziah
06/09/2026

Salam Takziah

SEORANG PESERTA KKEC 2026 MENINGGAL DUNIA, LAPAN LAGI DIRAWAT

Universiti Teknologi MARA (UiTM) memaklumkan seorang peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026, Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana bin Mohd Fellimal, 21 tahun, telah meninggal dunia ketika program berkenaan berlangsung di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Allahyarham merupakan peserta dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Laporan media turut menyebut lapan peserta lain menerima rawatan di hospital selepas kejadian tersebut.

Buat masa ini, punca sebenar kematian Allahyarham belum wajar dibuat kesimpulan sehingga siasatan dan laporan perubatan lengkap diperoleh.

Dalam kenyataan rasminya, UiTM memaklumkan program KKEC 2026 berlangsung dari 2 hingga 8 September 2026 dan semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara.

UiTM turut menyatakan beberapa peserta sebelum ini telah diminta menarik diri selepas tidak melepasi saringan akhir.

Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur telah membatalkan pertandingan melibatkan aktiviti luar yang dijadualkan pada 6 September 2026.

Pihak universiti juga memaklumkan bantuan komprehensif sedang diberikan kepada keluarga Allahyarham bagi urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan sokongan emosi.

Dalam situasi seperti ini, perkara paling penting ialah memberi ruang kepada keluarga, pihak universiti dan pihak berkuasa untuk melalui proses yang sepatutnya.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana bin Mohd Fellimal.

Al-Fatihah.

06/09/2026
───────────────╮PANGGUNG SENI TERUNTUM 2027Persembahan GEMAWAN╰───────────────╯❝ Sebuah petang yang mempertemukankata, s...
05/09/2026

───────────────╮
PANGGUNG SENI TERUNTUM 2027
Persembahan GEMAWAN
╰───────────────╯
❝ Sebuah petang yang mempertemukan
kata, suara, lagu dan rasa. ❞
Warga Kuantan dijemput hadir bersama kami untuk menikmati persembahan deklamasi sajak, lagu dan muzik oleh para Gemawan Pertubuhan GEMA Pahang.

Persembahan akan ditunjangi oleh
AMIRULL AFIQQ
&
ABDUL RASHID | SANG RASHID
membawakan sajak karya sendiri serta karya pilihan para Gemawan.

Turut bersama:
▪ Farisha Alia
▪ Aiman Syafiq
▪ Naufal Rykhael
▪ Puteri Fitriena Afyra
▪ Ezekiel Jeevan Elango

Puisi akan diselang-selikan dengan alunan suara Puteri Fitriena Afyra, karya-karya Sang Rashid serta petikan gitar Ezekiel Jeevan Elango.
┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
05.09.2026
5.00 PETANG — 7.00 MALAM
ARAS BAWAH, KOMPLEKS TERUNTUM
KUANTAN, PAHANG*
┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
Bawa sahabat. Bawa keluarga.

Datang menikmati puisi, muzik dan karya anak-anak seni Kuantan.

Pertubuhan GEMA Pahang
Suara, Seni dan Manusia.

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUANTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to KUANTAN:

Shortcuts

Share

Category