Root Gallery merupakan sebuah perniagaan kasut yang berdaftar dengan SSM. Ditubuhkan pada tahun 2003, Root Galery merupakan sebuah perniagaan keluarga (family business) yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu. Nama 'ROOT' Gallery dipilih sebagai melambangkan sebuah syarikat yang kukuh dan berdaya saing. Kedai pertama yang merupakan kiosk dibuka bersama dengan pembukaan Giant Mall Kuala T
erengganu. Root Gallery mengorak langkah membuka cawangan-cawangannya di Mydin Mall Gong Badak (2014), dan Giant Gong Badak (2015). Untuk membolehkan pelanggan-pelanggan dari luar Terengganu merasai pengalaman membeli dengan Root Gallery, kedai maya Root Gallery mula diwujudkan pada akhir tahun 2015. Kini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan pelbagai pilihan kasut yang cantik dan selesa dan ditawarkan pada harga yang murah. Root Gallery menawarkan pelbagai jenis pilihan sepatu terdiri daripada kasut, selipar, sandal, kasut tumit tinggi dan sebagainya untuk semua lapisan umur. Kami sangat menekankan kualiti dan keselesaan pemakaian di samping kami menawarkannya pada harga mampu milik. Fokus utama kami adalah MESRA KELUARGA di mana setiap ahli keluarga boleh mendapatkan kasut di bawah satu bumbung. Doakan moga Root Gallery terus berkembang dan maju supaya kami boleh memberi dan menambah lebih nilai pada orang lain.