13/11/2024
KUNJUNGAN HORMAT SECRETARY GENERAL, ASIAN LAWN BOWLS FEDERATION KE PUSAT SUKAN DAN REKREASI, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
10 November 2024, Ahad - Kelab Boling Padang UMT ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin atas kesudian beliau berkunjung ke Pusat Sukan dan Rekreasi, UMT untuk berkongsi pandangan dan memberi khidmat nasihat berhubung Cadangan Penaiktarafan Gelanggang Boling Padang UMT.
Sesi kunjungan hormat ini telah disertai oleh wakil daripada Pusat Sukan dan Rekreasi UMT merangkap Penyelaras Sukan Boling Padang UMT, Puan Siti Noriam binti Yaakob, wakil daripada Pejabat Pembangunan dan Harta, Encik Masri bin Muda (Ketua Penolong Pengarah - Jurutera Awam dan Struktur), Encik Mohd Faisal bin Mohamad (Penolong Pengarah - Jurutera Awam dan Struktur) dan Encik Harianto bin Muhamad (Penolong Jurutera - Awam dan Struktur), wakil Persatuan Boling Padang Negeri Terengganu, Tuan Haji Zulkepli bin Abd Wahab bersama beberapa orang wakil Akademi Boling Padang UMT iaitu Encik Aswardy bin Hamzah (Presiden), Puan Fadlina binti Yusof (AJK Pembangunan) dan Cik Mazlina binti Mohd Razaki (Setiausaha).
Semoga segala perkongsian dan khidmat nasihat yang diberikan dapat melancarkan lagi urusan penaiktarafan gelanggang Boling Padang UMT ini.
Pusat Sukan dan Rekreasi HEP, UMT
Persatuan Boling Padang Terengganu - Official
Pejabat Pembangunan dan Harta, UMT