08/03/2026
Terima kasih kepada Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) kerana melantik kami sebagai rakan teknikal untuk program Terengganu Push Bike Cup 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 14 September lalu.
Kami berbangga menjadi sebahagian daripada kejayaan acara bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan lebih 300 peserta muda dari dalam dan luar negara. Semangat adik-aduk peserta sungguh luar biasa!
Tahniah juga kepada semua artis dan persembahan yang menaikkan lagi kemeriahan acara:
🎤 Sham Visa & Shidi Data
🥁 Persembahan Dikir Barat
🛍️ Ride and SIP Market
Kami berbangga dapat menyumbang kepada kejayaan program yang membangunkan industri sukan kanak-kanak negeri ini. Kepada rakan korporat dan penganjur di Terengganu, jika anda merancang program besar atau kecil, jangan segan untuk berhubung dengan kami!