Fazza Handmade Craft

Fazza Handmade Craft


Alhamdulillah, step ke-3 selesai 🤍Selepas siap kemaskan dan gosok di step sebelum ni, sekarang proses cantum renda ke se...
25/02/2026

Alhamdulillah, step ke-3 selesai 🤍
Selepas siap kemaskan dan gosok di step sebelum ni, sekarang proses cantum renda ke sejadah p**a.

Bahagian ni memang kena sabar dan teliti supaya renda nampak terletak cantik, tak senget dan kemas bila siap nanti ✨

Walaupun nampak simple, tapi setiap jahitan tu perlukan fokus.

Bila siap nanti, barulah nampak seri sebenar sejadah 🌸

Doakan semoga setiap hasil tangan ni memberi manfaat dan jadi asbab pahala berpanjangan untuk yang menggunakannya 🤲🏻

Siapa s**a design sejadah ada renda macam ni? 😍




20/02/2026

Step pertama jahit sejadah muka ✨

Hari ni saya cantum renda besar dan renda kecil dulu.

Part ni memang kena sabar dan teliti, sebab renda lah yang naikkan seri sejadah. Bila cantum elok-elok, terus nampak lembut, sopan dan eksklusif 🌸

Doakan proses seterusnya dipermudahkan ya 🤲

Nanti saya share step seterusnya p**a.








Hari ni proses potong kain dulu 😊Nampak macam kerja biasa je… tapi sebenarnya part ni paling penting.Kalau salah potong,...
19/02/2026

Hari ni proses potong kain dulu 😊

Nampak macam kerja biasa je… tapi sebenarnya part ni paling penting.

Kalau salah potong, hasil tak jadi cantik.
Kalau potong tak ikut ukuran, jahit pun tak kemas.

Setiap inci kain perca ni ada nilai 💕

Daripada lebihan, kita jadikan produk yang orang boleh guna setiap hari.

Doakan semoga ada rezeki untuk setiap hasil tangan ni 🤲✨

Siapa nak tengok hasil siap nanti? 😍



Alhamdulillah…Hari ini hari pertama sahur dan berpuasa 🌙Pukul 3.30 pagi dah bangun siapkan menu sahur.Baby mama pun bang...
19/02/2026

Alhamdulillah…

Hari ini hari pertama sahur dan berpuasa 🌙

Pukul 3.30 pagi dah bangun siapkan menu sahur.

Baby mama pun bangun sekali… macam biasalah, kalut tu memang tak boleh elak 😅
Dalam mamai-mamai, tetap cuba siapkan yang terbaik untuk keluarga.
Walaupun penat, tapi rasa syukur tu lebih besar.

Diberi peluang sekali lagi bertemu bulan penuh keberkatan ini.
Selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam 🤍

Semoga setiap amalan kita dilipatgandakan pahalanya,
dipermudahkan segala urusan,
dan diberikan kesabaran serta ketenangan sepanjang bulan ini.




Alhamdulillah, baru beli barang untuk projek patchwork seterusnya ✂️🧵Sikit-sikit kumpul, lama-lama jadi hasil yang canti...
18/02/2026

Alhamdulillah, baru beli barang untuk projek patchwork seterusnya ✂️🧵

Sikit-sikit kumpul, lama-lama jadi hasil yang cantik.

Doakan dipermudahkan jahitan saya 🤍
Nanti siap saya tunjuk hasilnya!






#

18/02/2026

Alhamdulillah 🤍
Barang baru dah sampai! Masa untuk siapkan projek patchwork yang tertangguh.

Doakan saya rajin jahit malam ni ✂️🧵

Tak sabar nak tengok hasilnya nanti!

Waktu kecil dulu, setiap kali bulan puasa atau bila ada tetamu datang, mak mesti bancuh air sirap dalam jag besar. Warna...
16/02/2026

Waktu kecil dulu, setiap kali bulan puasa atau bila ada tetamu datang, mak mesti bancuh air sirap dalam jag besar. Warna merahnya terang, sejuk berais, nampak saja sudah buat kami adik-beradik telan air liur.
Mak selalu cakap,

“Siapa minum air sirap, darah cepat bertambah… badan jadi kuat.”

Entah betul entah tidak, tapi waktu tu kami percaya bulat-bulat. Berebut-rebut pegang gelas. Siapa lambat, dapat ais saja. Siapa cepat, dapat air merah manis yang paling sedap.

Kadang-kadang mak campur dengan susu pekat, lagi lah rasa macam minum air orang kaya. Bila penat main panas-panas, segelas sirap sejuk rasa macam hadiah paling besar dalam dunia.

Sekarang dah besar, baru faham… bukan sebab sirap tambah darah yang buat kami sihat. Tapi sebab kasih sayang mak yang bancuhkan dengan penuh perhatian.

Sirap tu mungkin biasa.
Tapi kenangan dengan mak… luar biasa ❤️





Sayang kain perca yang ada..Jom kita selamatkan dia jadi kan kerja sampingan tambah duit poket.Keset kaki projek
15/08/2025

Sayang kain perca yang ada..

Jom kita selamatkan dia jadi kan kerja sampingan tambah duit poket.

Keset kaki projek



09/08/2025

"Bermimpilah setinggi langit,dan berusahalah sekuat tenaga,Kerana tiada yang mustahil bagi hati yang tidak pernah menyerah".

Address

Kuala
Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60137101824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fazza Handmade Craft posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share