24/05/2017
PENJELASAN ISU PERMASALAHAN GAJI DAN KEWANGAN KELAB
Pihak kelab bertanggungjawab sepenuhnya berkenaan masalah gaji yang timbul di media-media sekarang ini. Kelab berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat dan sebaik mungkin. Kelab tidak menyalahkan sesiapa dalam isu ini malah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap isu ini sebagai rencah dan asam garam dalam arena bola sepak.
Hal ini timbul disebabkan dua penaja utama kelab tidak menepati janji untuk menyalurkan dana seperti yang telah dijanjikan dalam perbincangan. Hanya satu penaja sahaja mengeluarkan RM50,000 kepada kelab dan terputus hubungan selepas itu. Manakala penaja utama satu lagi p**a terus terputus hubungan sejurus kelab mengesahkan pendaftaran untuk saingan Piala FAM 2017. Jumlah tajaan yang telah dijanjikan berjumlah jutaan ringgit. Pihak kelab terus berusaha dari awal mencari dana untuk menampung perbelanjaan sepenuhnya ke atas operasi kelab selama ini bagi meneruskan perjuangan dalam kancah Piala FAM 2017. Walaubagaimanapun, kita akur dengan apa yang telah diaturkan oleh-Nya tetapi kita akan terus berusaha mencari penaja-penaja baru. Kami amat berterima kasih kepada penaja-penaja kami Kaki Jersi Dot Com, Agensi Pelancungan D & Adik Beradik Sdn.Bhd, Sabasun HyperRuncit, SATU, UMT - Universiti Malaysia Terengganu yang terus membantu kita.
Kelab dari awal penubuhan konsisten menghubungi pihak berwajib bagi membincangkan hal kelab dan mendapat restu, malahan dua bulan lepas kelab menghantar surat rasmi untuk berjumpa tetapi sehingga hari ini belum diberi kata putus sama ada boleh berjumpa atau tidak. Prestasi kelab berada dalam kedudukan baik sehingga bakal layak kepusingan seterusnya. Tahniah dan terima kasih kepada pasukan kejurulatihan, pemain, dan juga pengurusan. Walaubagaimanapun, masalah kewangan menjadi penghalang buat masa ini. Seperti anda semua sedia maklum, kelab ini bergerak sendiri atas inisiatif penyokong dan peminat bola dan satu kelab komuniti yang bertanding dalam liga.
Kelab akan membuka tabung derma orang ramai untuk menyelamatkan kelab daripada terkubur. Ini adalah antara beberapa inisiatif untuk kelangsungan kelab ini dan menjadikan kelab ini dimiliki oleh penyokong dan peminat bola sepak seperti mana yang telah dipraktikkan sekian lama di luar negara. Jadi ayuh sama-sama kita jayakan kelab kesayangan kita ini. Kita akan berkampung di Sabasun HyperMarket bagi tujuan ini. Kita buka booth jualan sambil membuka tabung derma orang ramai. Terima kasih kepada pihak Sabasun yang sudi bersama-sama menyelamatkan kelab ini. Ayuh semua menyumbang terus ke akaun kelab atau hadir ke Sabasun 1 dan 2 bagi membuat sumbangan. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sama-sama doakan yang terbaik kepada kelab.
Sedikit mengenai pengamal media dan admin page-page dan pengomen tegar di laman media sosial, anda boleh sama-sama membantu kelab kami dengan apa cara sama ada viralkan post ini atau lain-lain cara lagi yang termampu bagi menyelamatkan kelab ini. Jasa kalian amat besar bagi kelab kecil seperti kami. Tanpa anda, siapalah kami.
Presiden,
Mohd Johan Bin Ismail
---
Untuk membuat sumbangan, boleh bankin terus ke akaun kelab:
BANK ISLAM
13017018294641
Kelab Bolasepak TRG City
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi atau email;
09-6247888
[email protected]