24/03/2020
Tidak banyak penyelidikan yang berkaitan dengan gerakan anarki yang boleh ditemui di Malaysia. Gerakan ini juga jarang dijadikan rujukan dari segi pemikiran dan perlaksanaan malahan sering disalah erti seperti sesuatu yang kontroversi, ganas, kucar-kacir dan ketidakaturan. Kekeliruan seperti ini wujud kerana doktrin massa dan kekurangan pendedahan terhadap gerakan ini. Pemahaman seperti ini menyedihkan sehingga pemahaman yang dangkal ini menjadikan anarkis semakin dipandang negatif dan ditolak tanpa difahami.
Kajian ini bertujuan untuk mengimbangi pemikiran-pemikiran yang berat sebelah yang bersifat khabar angin selain daripada mengupas isu-isu anakisme dengan membuka ruang perdebatan serta membincangkan mengenai pengaruh gerakan anarki yang ada di Malaysia.
Partisipasi Survei