12/01/2024
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) mempelawa kump**an atau persatuan seni budaya untuk menyertai slot Panggung Seni Tradisional bagi tahun 2024 (PST2024) pada bulan Mei, Jun, Julai, Ogos dan September di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
PST merupakan medium persembahan kesenian tradisional yang autentik, klasik dan berinformasi. Dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak dari tahun 2013 yang bertujuan memberi peluang kepada pelancong dan peminat kesenian tradisional tempatan untuk menyaksikan persembahan kesenian Malaysia.
Syarat penyertaan dan kaedah pelaksanaan:
1. JKKN menyediakan ruang dan tempat pelaksanaan program PST2024.
2. Kategori persembahan yang ditawarkan;
i. Teater, Muzik dan Tarian Tradisional Melayu
ii. Teater, Muzik dan Tarian Tradisional India
iii. Teater, Muzik dan Tarian Tradisional Cina
iv. Teater, Muzik dan Tarian Borneo
3. Persembahan hendaklah bersifat TRADISIONAL dan AUTENTIK.
4. Persembahan perlulah BERKUALITI yang mampu diketengahkan di Pentas Perdana.
5. Kump**an yang terlibat hendaklah melaksanakan promosi dan jualan tiket.
6. Hasil jualan tiket akan diserahkan kepada kump**an sebanyak 93% dan 7% perlu disumbangkan kepada Kump**an Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKPS).
7. Kump**an hendaklah mempunyai struktur pengurusan produksi yang lengkap seperti:
i. Pengurus/Penyelaras
ii. Pengarah (Persembahan/Artistik)
iii. Barisan Artis/Pelakon/Pemuzik/Penari
iv. Pengurus Pentas
v. Penolong Pengurus Pentas
vi. Kru dan Pembantu Pentas
vii. Urus Setia
Kump**an yang berminat bolehlah menghantar maklumat berikut dalam bentuk ‘powerpoint’ tidak lebih 10 halaman:
Pengenalan genre persembahan (TARI / MUZIK / TEATER TRADISIONAL)
Tajuk
Sinopsis
Jalan cerita
Gambar persembahan / kump**an
Klip video persembahan / kump**an
Maklumat yang telah lengkap boleh dihantar melalui aplikasi ‘whatsapp’ di nombor 013-9944449 atau emel [email protected]. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2024 (Rabu).
Ayuh cepat! Hanya LIMA (5) kump**an sahaja yang akan dipilih untuk menyertai PST2024!