Festival Seni Universiti Malaya

Festival Seni Universiti Malaya Festival Seni Universiti Malaya merupakan pertandingan kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya

Pertandingan Seni Pentas ini dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sejak tahun 1975. Ia merupakan acara kemuncak kegiatan kesenian kampus UM dan menjadi popular serta sangat diminati oleh warga kampus terutamanya penghuni kolej-kolej kediaman. Bidang kesenian atau persembahan pentas yang dibuka untuk pertandingan ialah Boria, Dikir Barat, Koir, Nasyid, Pop Band, Nyanyian Irama Melayu, Nyanyian Irama Malaysia, Kompang, Manifestasi Puisi, Muzik Akustik, Tarian Tradisional Kebangsaan, Tarian Kreatif, Tarian Cina, Tarian India dan Nyanyian Inggeris. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pelajar dan Pelajar Luar Kampus serta Kakitangan Universiti Malaya. Bermula dari tahun 1997, Pertandingan Seni Pentas telah diberi nama baru iaitu FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA (FESENI). Maka menjadi kebiasaan, FESENI ditunggu-tunggu oleh penggiat dan aktivis seni kampus setiap sesi, untuk beradu keunggulan, keaslian dan kreativiti mereka dalam kesenian.

Address

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60379673348

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Seni Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Festival Seni Universiti Malaya:

Shortcuts

Share