Pusat Kebudayaan Universiti Malaya

Pusat Kebudayaan Universiti Malaya VISI
Untuk mendapat kecemerlangan melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan selaras dengan visi dan misi Universiti Malaya

OBJEKTIF
1. FUNGSI
1.
(1)

Pusat Kebudayaan HEP Universiti Malaya berfungsi sebagai perancang dan pelaksana aktiviti kesenian dan kebudayaan di Universiti Malaya sama ada dalam kalangan siswa siswi mahupun kakitangan Universiti Malaya. Mengurus sebuah pusat aktiviti pelajar dengan menyediakan ruang,kemudahan yang mencukupi dan kepakaran terkini dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
2. Mengadakan aktiviti penggalakan kese

nian seperti penganjuran festival kesenian merangkumi bidang-bidang nyanyian, tarian,teater, dan lain-lain. Selain itu penganjuran lawatan kesenian serta program pertukaran budaya dan sebagainya juga akan digalakan.
3. Mengadakan aktiviti pembelajaran dengan penganjuran bengkel, seminar dan pameran yang berkaitan dengan seni dan budaya.
4. Menyediakan kumpulan kesenian yang mantap dan bergaya bagi mewakili universiti ke festival-festival dan program kesenian di peringkat universiti/tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Melaporkan kepada Pengarah Pusat Kebudayaan dalam semua perkara yang berkaitan dengan program kesenian dan kebudayaan pelajar dalam dan luar kampus.
2. Menyelaras semua aktiviti kesenian dan kebudayaan pelajar-pelajar Universiti Malaya.
3. Memberi khidmat nasihat kepada badan-badan pelajar berkaitan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
4. Bekerjasama dan membantu agensi-agensi luar seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam perkara-perkara berkaitan kesenian dan kebudayaan.

29/08/2026

Sekitar perasmian SUKIPT 7 di ARENA UM

28/08/2026

Pusat Kebudayaan di Arena UM sempena perasmian SUKIPT 7

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS Pusat Kebudayaan, Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Mala...
13/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS

Pusat Kebudayaan, Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Profesor Madya Dr. Marlenny Deenerwan, Fakulti Seni Kreatif, atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS14.

Pencapaian ini merupakan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam bidang akademik, seni dan kreativiti.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk melangkah lebih jauh, memperkukuh kecemerlangan seni dan budaya serta menyumbang kepada kegemilangan Universiti Malaya.

Tahniah Prof. Madya!
Semoga terus cemerlang, berkarya dan menginspirasi. 🌺

Pusat Kebudayaan
Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Malaya

27/06/2026

SEKALUNG TAHNIAH 🎊

Warga Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) amat bersukacita dan berbangga atas pelantikan semula YBrs. Profesor Dr. Zamri Radzi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) berkuatkuasa pada 28 Jun 2026.

Semoga Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) terus cemerlang dalam memperkukuh kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa di bawah pimpinan beliau.



Deputy Vice-Chancellor - Student Affairs of Universiti Malaya

27/06/2026

Seluruh warga Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Zamri Radzi atas pelantikan semula beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, berkuat kuasa mulai 28 Jun 2026 hingga 27 Jun 2028.

Komitmen dan kepimpinan berterusan beliau dalam memperkasakan kebajikan, sahsiah, dan agenda pembangunan mahasiswa amatlah dihargai demi melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing di peringkat global. 🚀🌟

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semoga UM terus memacu kecemerlangan di bawah kepimpinan beliau! 🤝❤️





Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan semangat perp...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan.
Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan semangat perpaduan kepada semua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. 🌾

Ikhlas daripada
Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

Info lanjut :

https://www.instagram.com/p/DY8enxChYZy/?igsh=aGZkZXNoaGI3emln

29/05/2026

Ada insan hadir bukan sekadar bekerja,
tetapi meninggalkan jejak bakti yang sukar dilupakan.

Hari ini, tirai perkhidmatan buat Abang Din dilabuhkan dengan penuh hormat dan rasa penghargaan. Bertahun lamanya menabur jasa, mencurah tenaga serta menjadi antara insan yang sentiasa teguh berdiri dalam susah dan senang.

Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk ajar, gurauan, dan keikhlasan yang telah diberikan sepanjang perjalanan ini. Kehadiran Abang Din bukan hanya sebagai rakan sekerja, tetapi juga sebagai sosok yang membawa semangat, ketenangan dan nilai kekeluargaan buat semua.

Semoga hari-hari persaraan ini dipenuhi kebahagiaan, kesihatan yang baik serta ketenangan bersama insan tersayang. Jasa dan kenangan bersama Abang Din akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

“Pergimu bukan kerana dilupakan,
tetapi kerana jasamu terlalu dalam untuk dipadamkan.” 🤍

MALAM JUARA-JUARA FESENI UM 2026!!!Maka berakhirlah FESENI UM 2026 dengan persembahan dari juara-juara 15 acara yang tel...
24/05/2026

MALAM JUARA-JUARA FESENI UM 2026!!!
Maka berakhirlah FESENI UM 2026 dengan persembahan dari juara-juara 15 acara yang telah dipertandingkan dan juga penyampaian hadiah. Jom kita meriahkan MALAM JUARA-JUARA.

21/05/2026

Asmaradana dari band KK8 membuka tirai pertandingan acara terakhir FESENI UM 2026, popband. Terima kasih atas sokongan semua!

Address

Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kebudayaan Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Pusat Kebudayaan Universiti Malaya:

Shortcuts

Share