15/01/2026
Enam anggota polis termasuk seorang pesara direman sebab disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan tak ambil tindakan terhadap pusat hiburan, pusat urut dan aktiviti judi haram.
Yang buat orang lagi kecewa, perbuatan ni didakwa berlaku lama, antara 2016 hingga 2021, dan dibuat secara “kecil-kecil tapi konsisten” RM500 hingga RM2,000 sebulan. Lama-lama jadi bukit, sampai jumlahnya cecah ratus ribu.
Lebih membimbangkan, duit rasuah ni p**a didakwa disalurkan melalui transaksi dalam talian ke akaun pihak ketiga untuk sembunyikan sumber sebenar.
Ini menunjukkan modus operandi dah agak “kemas” dan bukan kes terpencil yang dibuat secara semberono.
Bila penguat kuasa yang sepatutnya lindungi undang-undang sendiri jadi pelindung aktiviti haram, kepercayaan awam memang terhakis. Rakyat biasa kena saman terus, yang besar p**a boleh “settle belakang tabir”.