Kacamataku

Directions

Kacamataku Kacamataku.. adalah satu portal bercirikan informasi dan santai.

😭 😭 😭 Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak dapat menahan sebak ketika tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah...
28/09/2026

😭 😭 😭

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak dapat menahan sebak ketika tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah bagi menunaikan solat jenazah isterinya Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bekas Perdana Menteri itu hadir dengan berkerusi roda serta dibantu alat pernafasan, sebelum mengiringi perjalanan terakhir wanita yang menjadi teman hidupnya sepanjang 70 tahun.

Sumber dan foto: Bernama

Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan Pas menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Me...
28/09/2026

Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan Pas menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam perbincangan yang dijadual berlangsung minggu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkenaan akan dibincangkan bersama beberapa pihak selepas pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dimuktamadkan.

Menurut Ahmad Zahid, BN akan meneliti parti yang akan bekerjasama dan bertanding dalam PRN Melaka, termasuk soal penggunaan logo serta lambang.

Katanya, BN menghormati keputusan setiap pihak mengenai perkara tersebut, sekali gus menunjukkan isu logo masih terbuka untuk dibincangkan dan belum dimuktamadkan.

Beliau berkata hasil perbincangan bersama Ab Rauf akan dibawa kepada kepimpinan utama UMNO dan Dewan Tertinggi BN sebelum sebarang persefahaman menghadapi PRN Melaka diputuskan.

Perkembangan itu hadir selepas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini menyatakan kemungkinan gabungan itu menggunakan logo Pas sekiranya logo PN tidak dapat digunakan susulan penggantungan kegiatan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dalam masa sama, BN akan menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual bermesyuarat pada 7 Oktober bagi menentukan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

Dengan isu logo, kerjasama serta pembahagian parti yang akan bertanding masih berada di meja rundingan, pentas PRN Melaka kini semakin hampir memasuki fasa penentuan.

👉🏻Jangan lupa follow Kalau anda s**a content di page ini, supaya tak terlepas tips, info, promosi eksklusif dan content menarik yang akan datang.-

✅• Like • Follow • Share

Tun Dr Siti Hasmah dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 100 tahun kira-kira pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantu...
28/09/2026

Tun Dr Siti Hasmah dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 100 tahun kira-kira pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyarhamah merupakan seorang doktor wanita terawal di Malaysia dan isteri tercinta kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah 🤲

OPERASI BERSEPADU ESSCOM: 64 PATI DITAHAN, KESAN PELBAGAI KESALAHAN DAN KERUGIAN UTILITI BERNILAI RM623,450.00 DI LAHAD ...
18/06/2026

OPERASI BERSEPADU ESSCOM: 64 PATI DITAHAN, KESAN PELBAGAI KESALAHAN DAN KERUGIAN UTILITI BERNILAI RM623,450.00 DI LAHAD DATU

Seramai 64 individu pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Lahad Datu yang dikoordinasikan oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 16 Jun dan 17 Jun 2026. Operasi tersebut turut mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang melibatkan sektor pekerjaan, imigresen, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan perkastaman dengan nilai keseluruhan penguatkuasaan, kompaun dan rampasan dianggarkan sebanyak RM623,450.00. Secara keseluruhan, operasi ini merekodkan sebanyak 71 notis dan kompaun serta dua kes pendakwaan oleh pelbagai Jabatan/ agensi penguatkuasaan.

Operasi ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan ESSCOM dalam memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone), di samping membanteras kehadiran PATI, mengekang aktiviti ekonomi tidak sah serta memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam. Operasi ini turut memberi fokus kepada aspek penguatkuasaan terhadap kesalahan imigresen, pekerjaan, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan perkastaman. Pada masa yang sama, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan bertujuan melindungi peluang pekerjaan rakyat tempatan, memastikan persaingan perniagaan yang adil serta mengelakkan ketirisan hasil kerajaan akibat aktiviti yang dijalankan tanpa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. ESSCOM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan melanggar undang-undang sehingga menjejaskan keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di ESS Zone.

Sinergi kerjasama strategik terus diperkukuhkan dalam operasi ini melalui penyertaan pelbagai elemen dan formasi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa Jabatan/ agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Operasi yang melibatkan 262 pegawai dan anggota itu turut menyaksikan pemeriksaan mengejut terhadap premis-premis perniagaan di sekitar kawasan bandar Lahad Datu termasuk penempatan koloni setinggan, pinggir bandar dan kampung.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seramai 247 individu telah diperiksa di kawasan bandar, pinggir dan kampung sekitar Lahad Datu. Daripada jumlah tersebut, seramai 64 individu dikenal pasti sebagai PATI. Kesemua individu yang ditahan diserahkan kepada JIM Lahad Datu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati pelbagai kesalahan telah dikesan oleh Jabatan/ agensi penguatkuasaan yang terlibat. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan 11 kompaun pelbagai kesalahan serta memulakan dua tindakan pendakwaan di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], melibatkan kegagalan majikan mematuhi peruntukan berkaitan syarat pekerjaan dan kebajikan pekerja. Keseluruhan tindakan tersebut melibatkan nilai penguatkuasaan sebanyak RM133,000.00.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut mengeluarkan 10 saman, sembilan notis penguatkuasaan dan tiga kompaun pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah mengeluarkan 32 saman pelbagai kesalahan di bawah akta yang sama.

Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) turut mengeluarkan satu kompaun bernilai RM500.00 di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah Seragam 2010 yang dikuatkuasakan melalui Local Government Ordinance 1961 (Sabah), melibatkan kesalahan berkaitan pembersihan dan pembuangan sampah. Selain itu, MDLD turut menyita pelbagai barangan jualan tanpa lesen yang dianggarkan bernilai RM1,150.00.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas minuman keras tanpa lesen dan rokok seludup dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM30,000.00. Rampasan tersebut dibuat di bawah peruntukan Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut mengeluarkan satu kompaun bernilai RM300.00 atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis perniagaan.

Selain itu, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) turut merampas 150 kilogram kabel sambungan haram dan 23 unit pam air yang menggunakan sambungan elektrik secara tidak sah dengan nilai rampasan sebanyak RM14,800.00. SESB menganggarkan kerugian hasil akibat sambungan haram tersebut mencecah RM429,600.00 setahun. Aktiviti sambungan haram ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada utiliti awam, malah boleh mengundang risiko kebakaran dan mengancam keselamatan penduduk setempat.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Air Negeri Sabah turut menyertai operasi ini. Walau bagaimanapun, tiada kesalahan utama dikesan di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua agensi tersebut dan tiada tindakan kompaun dikenakan.

Kejayaan operasi ini membuktikan bahawa pendekatan penguatkuasaan bersepadu yang menggabungkan elemen keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan kawal selia mampu mengesan pelbagai bentuk pelanggaran yang memberi kesan kepada keselamatan, ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. Kadar pengesanan yang tinggi dalam operasi ini menunjukkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berfokus dan berasaskan risikan, sekali gus membuktikan komitmen ESSCOM dalam memastikan ESS Zone bebas daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang. ESSCOM akan terus memperkukuh pendekatan ini bagi memastikan kawasan ESS Zone kekal selamat, teratur dan kondusif untuk pembangunan serta pelaburan.

Selaras dengan kejayaan Operasi Bersepadu Lahad Datu ini, ESSCOM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan operasi tersebut serta semua jabatan dan agensi yang memberikan kerjasama padu. Antaranya termasuklah PDRM khususnya IPD Lahad Datu, BSPT IPD Lahad Datu, Batalion 17 Pas**an Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, Pas**an Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Lahad Datu, Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem JPG Lahad Datu di bawah Markas Angkatan Tugas Bersama 2, APMM Zon Maritim Lahad Datu, JIM, JKDM, KPDN, JPN, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), JTK, JPJ, SESB, Jabatan Air Negeri Sabah, Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Pejabat Daerah Lahad Datu serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran operasi ini. Kerjasama erat antara agensi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di ESS Zone sentiasa terpelihara.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI melalui Operasi SANGGAH ESSCOM bagi memperkukuh operasi keselamatan sedia ada di bawah PDRM, ATM dan APMM selain membantu jabatan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan serta Negeri dalam memastikan pematuhan undang-undang di ESS Zone.

Sejajar dengan hasrat ESSCOM iaitu “Tiada Hari Tanpa Operasi”, agensi ini akan terus memperhebat operasi bersepadu bagi mengekang sebarang elemen jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah Timur kekal selamat dan terkawal.

Orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone kepada Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui WhatsApp di talian 011-63311072.

DCP Datuk Victor B Sanjos
Komander ESSCOM

18 Jun 2026

Berikut adalah punca utama kenapa mereka tidak menjadikan Thailand sebagai destinasi pilihan, untuk menetap dan beranak ...
15/06/2026

Berikut adalah punca utama kenapa mereka tidak menjadikan Thailand sebagai destinasi pilihan, untuk menetap dan beranak pinak.

1. Polisi Penghantaran Pulang

Kerajaan Thailand mempunyai rekod sering menghantar p**ang pelarian Myanmar kembali ke negara asal mereka.

Bagi etnik Rohingya, dihantar p**ang ke Myanmar bermaksud mereka terdedah semula kepada ancaman pembunuhan, penindasan etnik, dan kem pemenjaraan oleh junta tentera Myanmar.

2. Layanan Buruk di Pusat Tahanan Imigresen

Pelarian Rohingya yang ditangkap di Thailand jika tidak dihantar p**ang akan dikurung di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) dalam keadaan yang sangat sesak, dan kotor.

Mereka juga tidak dibenarkan keluar atau berintegrasi dengan masyarakat tempatan. Apatah lagi berpeluang untuk bekerja, memandu, berniaga dan sebagainya.

3. Tak Benar Jejak Kaki.

Dasar rasmi tentera laut Thailand terhadap bot pelarian Rohingya biasanya adalah "push-back" (menolak semula bot ke laut) selepas memberikan bekalan makanan dan minyak.

Mereka tak akan benarkan pelarian mendarat.

Thailand secara terbuka menegaskan mereka tidak mahu memikul beban pelarian ini untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Dari serabut memikirkannya, Thailand akan paksa bot-bot tersebut berpatah balik dengan keras.

Begitulah tegasnya Kerajaan Thailand terhadap perlarian terutamanya kepada warga Rohingya.

Berbeza p**a dengan orang Malaysia yang sememangnya terkenal dengan sifat baik hati, pemurah dan s**a bertolak ansur. Tapi silapnya, bila sifat yang baik itu dibalas dengan najis, ia mengikis sedikit demi sedikit toleransi dan simpati.

15/06/2026

Rm 30 Juta, Korang Rasa !!
habiskan dekat depa saja.

Terbaik penjelasan dari Dr tentang pelarian
Rohingya ni..

15/06/2026

PENGURUSAN PELARIAN DI MALAYSIA

Saya mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan pandangan yang membina untuk tampil mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia yang kini menjadi perhatian ramai.

Isu ini bukan isu baharu. Ia merupakan isu legasi yang telah berlarutan sejak sekian lama dan diwarisi merentasi pelbagai pentadbiran. Namun, hakikat bahawa ia adalah isu legasi tidak pernah dijadikan alasan untuk kerajaan berpeluk tubuh atau mengelak daripada bertindak.

Kerajaan MADANI memilih untuk mengurus isu ini secara bertanggungjawab, berhemah dan berasaskan fakta. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, keutamaan kami tetap jelas — memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara, di samping mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud.

Antara cabaran terbesar yang kita hadapi selama ini ialah ketiadaan data yang lengkap, tepat dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. Sebab itu kerajaan sedang melaksanakan proses pengump**an data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh.

Kita tidak boleh mengurus apa yang kita tidak kenal. Kita tidak boleh melindungi keselamatan negara tanpa mengetahui dengan tepat siapa yang berada dalam sempadan negara kita. Data yang tepat akan membolehkan kerajaan mengurus pelbagai isu yang berbangkit dengan lebih berkesan, sama ada dari sudut keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan mahupun kesejahteraan masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa status pelarian bukan lesen untuk melanggar undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang negara tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan yang sewajarnya.

Kerajaan tidak melindungi pelaku jenayah. Kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara.
Apa yang sedang kita lakukan ialah memastikan Kerajaan Malaysia mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus satu realiti yang telah lama wujud dalam negara. Matlamatnya bukan untuk melindungi pelarian, tetapi untuk melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam.

Saya percaya rakyat Malaysia mampu membincangkan isu ini secara matang, rasional dan bertanggungjawab demi kepentingan negara yang kita cintai bersama.

—Saifuddin Nasution Ismail—

15/06/2026

Seorang Wanita Warganegara Israel Mengganggu Protest Aman Solidariti Untuk Di British High Commission

15/06/2026

Yang ini baru betul,halau balik ke tempat asal mereka,ini bukan soal perikemanusian,ini datang secara Haram, kerajaan Aceh,,penduduk buat yang terbaik, halau rohi balik.

Para Pembaca yang dihormati,Saya sedang gigih menulis buku ini yang bertajuk Rohingya: Kaum Yang Terusir dan Wajib Diusi...
15/06/2026

Para Pembaca yang dihormati,

Saya sedang gigih menulis buku ini yang bertajuk Rohingya: Kaum Yang Terusir dan Wajib Diusir, saya berbesar hati untuk berkongsi mukadimah buku ini dengan anda semua untuk dibaca sebagai pembuka selera.

Semoga anda menikmati pembacaan ini sebagaimana saya menjiwai setiap proses penulisannya.

Salam hormat daripada,

Pena Celoreng

MUKADIMAH

MALAYSIA TIDAK ADA PILIHAN SELAIN MENGHANTAR BALIK ATAU MENGUSIR ROHINGYA

Isu Rohingya di Malaysia hari ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh lagi diselesaikan dengan lakonan politik, retorik media sosial atau kenyataan bersifat tunjuk hebat. Ia telah berubah menjadi isu keselamatan nasional, kestabilan sosial, ekonomi bandar dan dilema kemanusiaan yang sangat kompleks. Persoalan besar yang mula bermain dalam fikiran rakyat Malaysia ialah sampai bila negara ini mahu terus berada dalam keadaan separuh menerima dan separuh menolak komuniti Rohingya tanpa dasar nasional yang jelas.

Hakikat paling penting yang sering dilupakan dalam perbahasan awam ialah Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Ini bermaksud Malaysia secara undang-undang tidak mempunyai kewajipan untuk menerima pelarian secara kekal sebagaimana negara-negara Barat tertentu. Lebih penting lagi, Akta Imigresen negara juga tidak membezakan antara pelarian, pencari suaka dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Dari sudut teknikal undang-undang, sesiapa yang masuk secara haram ke negara ini tetap dianggap melanggar undang-undang imigresen negara.

Namun masalah terbesar Malaysia sebenarnya bukan semata-mata kewujudan Rohingya, tetapi kegagalan negara membentuk dasar pelarian nasional yang jelas sejak awal. Akibatnya lahirlah keadaan bercelaru di mana UNHCR mengeluarkan kad pelarian tetapi kerajaan Malaysia tidak mengiktirafnya secara rasmi. Rohingya dibenarkan hidup di negara ini atas dasar kemanusiaan, tetapi tidak diberikan status sah. Mereka bekerja dalam sektor informal, namun negara pada masa sama menutup sebelah mata terhadap realiti tersebut. Akhirnya terbentuk satu komuniti besar yang hidup dalam “ruang kelabu undang-undang”, iaitu tidak diterima sepenuhnya tetapi juga tidak ditolak sepenuhnya.

Keadaan ini sangat berbahaya kepada kestabilan jangka panjang negara. Pendedahan berkaitan komuniti Rohingya mendirikan sekolah sendiri di Terengganu misalnya menimbulkan persoalan besar tentang kawalan kerajaan, silibus pendidikan, pengaruh ideologi dan pembentukan komuniti tertutup. Dari sudut kemanusiaan, setiap kanak-kanak memang berhak mendapat pendidikan. Namun dari sudut keselamatan negara, kerajaan juga berhak bertanya siapakah yang mengurus sekolah tersebut, apakah bentuk pengajarannya, siapa yang membiayainya dan adakah ia dipantau oleh pihak berkuasa. Jika perkara seperti ini dibiarkan tanpa kawalan sejak awal, Malaysia mungkin akan berdepan masalah integrasi sosial yang lebih besar pada masa hadapan.

Dalam masa sama, ramai pihak melaungkan ucapan mudah bahawa semua Rohingya perlu dihantar p**ang. Secara emosi, cadangan ini kedengaran tegas dan patriotik. Tetapi dari sudut realiti geopolitik dan logistik, perkara itu jauh lebih rumit. Myanmar sendiri sehingga hari ini tidak mengiktiraf sebahagian besar Rohingya sebagai rakyat mereka. Maka timbul persoalan besar, mahu dihantar ke mana mereka ini? Malaysia boleh menangkap PATI, memperketat sempadan dan menghantar p**ang mereka yang mempunyai dokumen sah, tetapi penghantaran balik secara besar-besaran memerlukan kerjasama Myanmar, pengesahan identiti dan persetujuan diplomatik. Tanpa semua itu, deportasi besar-besaran hanyalah slogan politik yang s**ar dilaksanakan secara praktikal.

Kelemahan kawalan sempadan negara juga tidak boleh dinafikan. Malaysia mempunyai kawasan maritim yang sangat luas melibatkan Laut Andaman, Selat Melaka, perairan Langkawi dan sempadan Thailand. Agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Polis Marin dan Imigresen sememangnya berdepan kekurangan aset, radar, kapal dan tenaga manusia. Malaysia terlalu lama bergantung kepada rondaan berkala sedangkan penyeludupan manusia moden memerlukan pendekatan lebih sofistikated seperti radar maritim jarak jauh, integrasi data antara agensi, penggunaan dron dan sistem pemantauan berasaskan teknologi. Cadangan memasang radar maritim berkeupayaan tinggi di Langkawi misalnya wajar diberi perhatian serius kerana laluan itu merupakan salah satu pintu utama kemas**an migran laut.

Konsep WOGOS dan HANRUH yang sering disebut dalam seminar keselamatan negara juga dilihat gagal diterjemahkan menjadi tindakan menyeluruh di lapangan. Krisis Rohingya membuktikan bahawa ancaman moden tidak boleh ditangani oleh satu agensi sahaja. Ia melibatkan imigresen, polis, keselamatan maritim, risikan, pendidikan, kerajaan tempatan dan diplomasi antarabangsa. Jika semua agensi terus bergerak secara silo tanpa koordinasi menyeluruh, isu ini tidak akan pernah selesai.

Malangnya, sebahagian ahli politik p**a dilihat gagal membawa penyelesaian matang. Ada yang terlalu populis dengan slogan “halau semua”, manakala ada p**a terlalu idealis sehingga mahu menerima semuanya atas nama kemanusiaan. Kedua-dua pendekatan ini tidak memahami realiti sebenar yang dihadapi Malaysia. Negara memerlukan dasar yang tegas tetapi manusiawi. Malaysia tidak boleh membuka pintu tanpa kawalan, tetapi juga tidak boleh membiarkan ratusan ribu manusia hidup terlalu lama tanpa status jelas sehingga mewujudkan bom sosial dan keselamatan jangka panjang.

Penyelesaian sebenar memerlukan keberanian politik. Malaysia perlu menggubal Akta Pelarian Nasional yang mendefinisikan siapa pelarian, siapa pencari suaka, siapa PATI dan siapa mangsa pemerdagangan manusia. Semua pelarian perlu direkod secara biometrik dan dipantau. Kawalan sempadan mesti diperkukuh melalui penggunaan teknologi moden dan operasi risikan yang lebih agresif. Pada masa sama, jika komuniti Rohingya terus berada di negara ini untuk tempoh panjang, kerajaan tidak boleh membiarkan mereka hidup sepenuhnya di luar sistem pendidikan dan kawalan sosial negara.

Dalam masa yang sama, tekanan diplomatik terhadap Myanmar perlu dipertingkatkan. Hakikatnya, selagi Myanmar gagal mengiktiraf Rohingya dan menyelesaikan isu kewarganegaraan mereka, selagi itulah krisis ini akan terus berulang dan negara jiran seperti Malaysia akan terus menanggung kesannya.

Kesimp**annya, isu Rohingya bukan lagi isu kecil berkaitan pelarian semata-mata. Ia telah menjadi gabungan antara kelemahan dasar, ancaman keselamatan, kegagalan geopolitik dan tragedi kemanusiaan. Malaysia sememangnya tidak boleh terus membuka pintu tanpa kawalan. Namun Malaysia juga tidak boleh menyelesaikan masalah ini hanya dengan slogan menghalau semua orang tanpa pelan realistik. Cabaran terbesar negara hari ini bukan kerana Rohingya terlalu kuat, tetapi kerana negara terlalu lama gagal membuat keputusan yang jelas dan strategik. Selagi Malaysia terus berada di tengah-tengah tanpa dasar menyeluruh, selagi itulah isu Rohingya akan kekal menjadi bom sosial, politik dan keselamatan yang perlahan-lahan membesar.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kacamataku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category