Merupakan sebuah Kumpulan Nasyid Universiti Malaya (UM) yang bergiat aktif untuk persembahan nasyid dan pertandingan seluruh Malaysia. CG adalah sebuah kumpulan nasyid yang pada awalnya ditubuhkan pada tahun 2003 di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah Universiti Malaya. CG merujuk kepada singkatan perkataan ‘sidji’, berasal daripada bahasa rumpun Jawa yang membawa maksud ‘satu’. Pada awal penubuhan
nya, CG lebih dikenali sebagai Cahaya Gemilang dan digunapakai untuk beberapa tahun sebelum bertukar sebagai penjenamaan semula kumpulan ini. Kini CG mempunyai lebih daripada 40 orang ahli yang terdiri daripada ahli lelaki (CG Fannan) dan wanita (CG Farhana). CG tampil dengan dua buah kumpulan utama di bawah naungannya iaitu CG Fannan yang merupakan kumpulan nasyid lelaki serta CG Farhana yang merujuk kepada kumpulan nasyid wanita. Bagi meneruskan legasi CG sejak ia ditubuhkan, CG tampil dengan pelbagai variasi dalam gaya persembahan dan saban tahun mengecap pelbagai pencapaian dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Kumpulan ini juga kerap menerima jemputan persembahan dalam pelbagai majlis yang dianjurkan sama ada di dalam mahupun di luar kampus Universiti Malaya. Kumpulan ini begitu signifikan dalam mengharumkan nama kolej dalam pertandingan nasyid antara Kolej-Kolej Kediaman UM. Melalui medium Festival Seni UM (FESENI), CG berjaya menjadi johan pada tahun 2003, 2005, 2010, 2011 & 2013, sekaligus membawa satu revolusi baru seni nasyid dalam UM sendiri umumnya. Hal ini bagi memastikan CG tampak lebih segar untuk berentap di pentas peringkat yang lebih tinggi, seperti menjuarai Festival Nasyid Kebangsaan yang merupakan impian setiap daripada ahli kumpulan ini. Sebarang pertanyaan dan perkembangan terkini CG boleh dilihat di Facebook dengan mencari pautan ‘CG (Fannan & Farhana)’ atau terus ke www.facebook.com/CG12th. Justeru, CG sentiasa bersedia untuk menyertai pelbagai pertandingan mendatang, bukan sahaja untuk mengecap kemenangan, malah yang lebih berharga dapat menyampaikan dakwah Islamiyyah melalui seni itu sendiri, InsyaAllah.