Nostalgia Filem Melayu

Nostalgia Filem Melayu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nostalgia Filem Melayu, Arts and entertainment, Kuala Lumpur.

12/05/2026

114 s**a, 6 komen. " ”

10/05/2026

16.9K s**a, 1010 komen. " ေါ်ရောက်စမ်းကွာ😒👊တင်လိုက်ပြီ ”

GANDINGAN TERAKHIR P. RAMLEE DAN SAADIAH DI LAYAR PERAKFilem Antara Dua Darjat (1960) arahan P. Ramlee bukan sahaja dike...
09/05/2026

GANDINGAN TERAKHIR P. RAMLEE DAN SAADIAH DI LAYAR PERAK

Filem Antara Dua Darjat (1960) arahan P. Ramlee bukan sahaja dikenang sebagai salah satu karya agung dalam sejarah perfileman Melayu, tetapi turut menyimpan pelbagai kisah menarik di sebalik pembikinannya. Berikut ialah beberapa fakta penting yang jarang diketahui umum.

Filem ini merupakan gandingan terakhir pasangan pop**ar P. Ramlee dan Saadiah. Ketika itu, mereka berada di puncak pop**ariti sebagai bintang nombor satu Malaya. Namun, selepas sahaja penggambaran selesai, pihak Shaw Brothers memutuskan untuk tidak lagi menggandingkan mereka berdua ekoran sebuah insiden yang berlaku sepanjang produksi filem tersebut.

Naskhah asal filem ini ditulis oleh Omar Rojik. Namun, P. Ramlee merombak keseluruhan lakon layar mengikut sentuhannya tersendiri sehingga melahirkan sebuah karya yang dianggap klasik sepanjang zaman. Lebih menarik, Antara Dua Darjat merupakan satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang tidak menampilkan sebarang lagu nyanyian wanita. Kesemua lagu yang dimuatkan dalam filem ini hanya dinyanyikan oleh P. Ramlee seorang.

Intro piano ikonik lagu Getaran Jiwa sebenarnya dimainkan oleh Ahmad Kassim, anak kepada Mak Enon. Pada mulanya beliau enggan melibatkan diri, namun akhirnya bersetuju selepas P. Ramlee menghadiahkannya sebuah motosikal idaman.

Selain Saadiah, kakaknya Mariam turut berlakon dalam filem ini. Malah, ini adalah penampilan sulung Mariam di bawah arahan P. Ramlee. Sebelum itu, kedua-duanya pernah bergandingan sebagai hero dan he**in dalam filem Abu Hassan Penchuri (1954). Filem ini juga menampilkan pasangan suami isteri Ali Fiji dan Zainon Fiji.

Bagi menjayakan babak bermain muzik di beranda dengan lagu Alunan Biola, pihak produksi telah menggunakan khidmat bomba yang mencurahkan kira-kira 20 ribu gelen air bagi menghasilkan suasana hujan yang realistik.

Filem ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan. Ia menjadikannya antara tempoh terpanjang bagi mana-mana filem arahan P. Ramlee. Sepanjang penggambaran, seniwati Saadiah yang ketika itu sedang hamil mengalami keguguran, menyebabkan penggambaran terpaksa dihentikan selama dua minggu.

P. Ramlee turut menjemput seniman Yusoff Latiff yang ketika itu bersama Cathay Keris untuk berlakon. Filem ini juga menandakan penampilan pertama S. Kadarisman di bawah arahannya. Walaupun hubungan mereka sebelum itu agak dingin, P. Ramlee tetap memilih beliau untuk membawakan watak Tengku Mukri atas dasar profesionalisme.

Ketika penggambaran berlangsung, rumah tangga P. Ramlee bersama Norizan sedang bergolak dan mereka akhirnya berpisah setahun kemudian. Saadiah p**a berpisah dengan suami pertamanya, Atan Samad selepas filem ini selesai diterbitkan.

Dengan segala kisah di sebalik tabir ini, tidak hairanlah mengapa Antara Dua Darjat terus kekal sebagai salah sebuah karya ikonik yang melambangkan kehebatan P. Ramlee bukan sahaja sebagai pelakon dan pengarah, tetapi juga sebagai penggubah muzik, pengolah skrip, serta karyawan seni yang luar biasa.

Teks: Era Azman, Hidir Ali Razali , Danial Aziz Ahmad & Aiman Hakim

Sumber:
Buku sinopsis filem Antara Dua Darjat
Filem-Filem P. Ramlee - Mustafar A.R. dan Aziz Sattar
Di Sebalik Tirai Layar II - Hidir Ali Razali

09/05/2026

𝗧𝗥𝗜𝗕𝗨𝗧𝗘 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗜𝗟 𝗦𝗨𝗟𝗢𝗡𝗚
Jamil Sulong dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 6 Ogos 1926. Beliau menerima pendidikan dalam tiga aliran iaitu Melayu, agama dan Inggeris. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap bidang penulisan dan lukisan, bakat yang kemudiannya berkembang sehingga menjadikan beliau antara penulis lirik paling tersohor dalam dunia seni tanah air.

Antara lirik lagu hasil nukilan beliau yang terus malar segar ialah 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗞𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮, 𝗜𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂, 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗔𝗽𝗮 𝗦𝗮𝗷𝗮 dan ratusan lagi lagu yang pernah menghiasi era kegemilangan muzik Melayu.

Sebagai seorang pengarah filem yang disegani, filem pertama arahan Jamil Sulong ialah 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗽, yang berjaya mencatat kejayaan besar di pawagam dan memecahkan kutipan box office pada zamannya. Antara karya arahannya yang paling dikenang termasuk 𝗟𝗲𝗹𝗮 𝗠𝗮𝗻𝗷𝗮, 𝗦𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴, 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗟𝗮𝗸𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻𝗴 dan 𝗝𝗲𝗳𝗿𝗶 𝗭𝗮𝗶𝗻 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗞𝗶𝗹𝗮𝘁.

Dalam kehidupan peribadi, beliau mendirikan rumah tangga dengan seniwati 𝗥𝗼𝘀𝗻𝗮𝗻𝗶 pada tahun 1953, pasangan yang kemudiannya menjadi antara nama besar dalam dunia perfileman Melayu.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap seni dan budaya negara, beliau dianugerahkan 𝗗𝗮𝗿𝗷𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 pada tahun 2001 yang membawa gelaran 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸.

𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗝𝗮𝗺𝗶𝗹 𝗦𝘂𝗹𝗼𝗻𝗴 menghembuskan nafas terakhir pada 25 September 2014, namun jasa dan karya beliau terus hidup sebagai khazanah penting dalam sejarah filem dan muzik Melayu.

Teks & Info oleh : Fonzz Fauzee

09/05/2026

𝗦𝗘𝗡𝗜𝗪𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗔𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮,
𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

SENIWATI MARIAM mula menceburkan diri dalam dunia perfileman sebagai pelakon extra dalam 4 buah filem terbitan Shaw Brothers bermula dengan 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗠 pada tahun 1949. Kemudian Mariam diberi peranan he**ine dalam filem 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥 dan mulai dari filem tersebut, namanya dijulang sebagai bintang filem, menyaingi 𝗦𝗶𝗽𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 dan 𝗞𝗮𝘀𝗺𝗮 𝗕𝗼𝗼𝘁𝘆 pada era itu. Selepas KEMBAR, disusuli dengan filem 𝗔𝗟𝗢𝗛𝗔 dan 8 buah filem kemudiannya, berakhir dengan 𝗔𝗕𝗨 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗛𝗨𝗥𝗜 yang mana selepas itu beliau bersara dari berlakon untuk menumpukan sepenuh masa membina keluarganya.

Pada tahun 1958, Mariam kembali berlakon dalam filem 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 keluaran 𝗖𝗮𝘁𝗵𝗮𝘆 𝗞𝗲𝗿𝗶𝘀, diikuti dengan 2 buah filem 𝗦𝗵𝗮𝘄 𝗕𝗿𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿𝘀, 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗝𝗔𝗧 dan 𝗦𝗘𝗡𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗞. Sejurus selepas itu, Mariam terus bersama dengan Cathay Keris sehingga filem terakhirnya, 𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗜 pada tahun 1968.

Mariam dilahirkan di Singapura pada tahun 1935 dan meninggal dunia pada tahun 2010 akibat sakit tua.

Gambar di bawah diambil pada tahun 1959, menunjukkan Mariam bersama anaknya, 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 yang berusia 3 tahun lebih.

Sumber & Teks oleh Fonzz Fauzee

29/04/2026

Seniwati legenda tanah air, Maria Menado, hasil perkahwinan keduanya bersama Almarhum Sultan Abu Bakar telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Ketika ini beliau berusia 94 tahun dan sedang menerima rawatan di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan serta kesejahteraan buat seniwati yang banyak berjasa kepada dunia seni tanah air. 🤲

Ketiga2 ni anak angkat, dua perempuan, Norma dan Norbaiti asalnya anak angkat Norizan semasa bersama Sultan Perak, dibaw...
29/04/2026

Ketiga2 ni anak angkat, dua perempuan, Norma dan Norbaiti asalnya anak angkat Norizan semasa bersama Sultan Perak, dibawanya tinggal bersama selepas kahwini P Ramlee. Budak lelaki tu , Sazali @ Jeliboy

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nostalgia Filem Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share