Karnival Teater Universiti Malaya

Karnival Teater Universiti Malaya Theatre and Performance Pertandingan ini akan dipentaskan bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.

Karnival Teater Universiti Malaya @ KARVITER UM merupakan sebuah program kesenian tahunan anjuran bersama Pusat Kebudayaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya. KARVITER 2020 ini merupakan penganjuran kali ke-10 dengan kerjasama Kolej-Kolej Kediaman, Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda serta Pusat Teknologi Maklumat. Program ini diadakan bagi mengangkat karya dan bakat m

ahasiswa/i ke sebuah pentas yang gilang-gemilang. KARVITER UM merupakan pertandingan seni teater yang menilai pengarahan teater, seni lakon dan sinografi (penataan cahaya,penataan busana dan tatarias, rekaan kesan khas, rekaan set dan prop). KARVITER UM ini juga membuka peluang kepada mahasiswa/i meraih pengalaman dalam bidang pengurusan teater. Kesimpulannya penganjuran ini merupakan platform bagi mahasiswa/i Universiti Malaya serta aktivis-aktivis teater berkarya secara berilmu dan berbudaya.

MALAM ANUGERAH KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA 2026Malam kemuncak yang dinanti-nantikan kini tiba! ✨Raikan detik penuh...
09/05/2026

MALAM ANUGERAH KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA 2026

Malam kemuncak yang dinanti-nantikan kini tiba! ✨

Raikan detik penuh gemilang pengiktirafan bakat-bakat seni teater dalam Malam Anugerah KARVITER‘26. Siapakah yang bakal melakar sejarah dan menjulang trofi kemenangan tahun ini?

🗓️ 18 Mei 2026 | 8:30 Malam
📍 Auditorium Kompleks Perdanasiswa
👔 Kod Pakaian: Songket / Tradisional

Ayuh raikan seni, hargai bakat, dan cipta kenangan yang bermakna.

Jemputan rasmi telah pun diedarkan. Mohon beri maklumbalas sebelum 16 Mei 2026.

🎭 [ SOROTAN KARVITER HARI KE-12 ] 🎭Lasykartistik Production telah mempersembahkan kisah penuh emosi tentang perjuangan e...
09/05/2026

🎭 [ SOROTAN KARVITER HARI KE-12 ] 🎭

Lasykartistik Production telah mempersembahkan kisah penuh emosi tentang perjuangan empat permaisuri demi menyelamatkan kerajaan Solara yang hampir musnah.

Lilandra, Seraphine, Terra dan Aerith terpaksa mengetepikan permusuhan demi rakyat dan tanah yang mereka cintai selepas gugurnya Raja Eldric akibat serangan gergasi.

Tahniah diucapkan kepada seluruh produksi atas persembahan yang penuh pengorbanan, keberanian dan harapan ✨❤️

[ 🔥 HARI INI : KARVITER HARI KE - 12 🔥 ]Tajuk: Dengan Kuasa Madu, Akan MenghukummuProduksi: Lasykartistik ProductionKary...
15/04/2026

[ 🔥 HARI INI : KARVITER HARI KE - 12 🔥 ]

Tajuk: Dengan Kuasa Madu, Akan Menghukummu
Produksi: Lasykartistik Production
Karya: Yusuf Zalfakhar
Pengarah: Akif Rosnin

Ketika negara Solara diserang gergasi dan Raja Eldric gugur, empat isterinya iaitu Lilandra, Seraphine, Terra dan Aerith yang memiliki kuasa elemen tersendiri terpaksa bersatu walaupun sering bermusuhan.

Demi menyelamatkan rakyat, mereka berjuang bersama dan melakukan pengorbanan besar untuk memastikan Solara terus hidup.

Saksikan pementasan ini di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya! 🌟


[ SOROTAN KARVITER HARI KE-11 ]Satu malam. Seribu rahsia. Satu tragedi yang takkan dilupakan.Tahniah buat seluruh krew p...
15/04/2026

[ SOROTAN KARVITER HARI KE-11 ]

Satu malam. Seribu rahsia. Satu tragedi yang takkan dilupakan.

Tahniah buat seluruh krew produksi atas pementasan yang penuh emosi. Terima kasih penonton kerana menjadi sebahagian daripada sejarah di Panggung Eksperimen, UM.

Histeria malam tadi masih terngiang-ngiang, tapi kenangan ini tetap akan kami simpan kemas. Sampai jumpa lagi di naskhah akan datang!





[ 🔥 HARI INI : KARVITER HARI KE - 11 🔥 ] Tayangan hari ke-11 : Asrama-raProduksi: Lantera ProductionKarya: Khairunazwan ...
14/04/2026

[ 🔥 HARI INI : KARVITER HARI KE - 11 🔥 ]

Tayangan hari ke-11 : Asrama-ra

Produksi: Lantera Production
Karya: Khairunazwan Rodzy
Pengarah: Izzah Zamri

Teater Asrama-ra bermula dengan suasana yang kelihatan tenang sekumpulan pelajar perempuan yang baru dilantik sebagai exco pengawas terpaksa bermalam di asrama selepas menghadiri kem kepimpinan. Di bawah pengawasan Cikgu Sabariah, mereka berkumpul di sebuah bilik, cuba mengisi malam dengan perbualan biasa. Namun, ketenangan itu hanyalah ilusi.

Sedikit demi sedikit, suasana bertukar dingin. Sindiran halus bertukar menjadi tuduhan terbuka. Nama Laili mula disebut dituduh sebagai penyebar rahsia yang merosakkan kepercayaan. Kata-kata menjadi semakin tajam, seolah-olah ada sesuatu yang lebih gelap sedang menunggu untuk terungkai.

Tiba-tiba, malam itu digoncang dengan jeritan Suhaila dan Nabela diserang histeria. Dalam keadaan panik dan kelam-kabut, beberapa pelajar membawa mereka keluar untuk mendapatkan bantuan, meninggalkan Laili sendirian dalam bilik yang kini terasa asing dan menyesakkan. Saat itulah, Cikgu Adam muncul… dan sebuah rahsia terlarang terbongkar.

Apabila pelajar lain kembali, mereka menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat. Kejutan bertukar menjadi kemarahan. Cemburu, dendam, dan kebencian yang lama terpendam meletus tanpa kawalan.

Bilik asrama itu bertukar menjadi medan konflik yang semakin ganas. Jeritan, tangisan, dan tuduhan bersatu dalam kekacauan yang membawa kepada tragedi berdarah yang tidak dapat dielakkan.

Namun, saat segalanya seolah-olah berakhir…. mereka terjaga? Jadi siapakah penyimpan Rahsia Agung yang sebenar?

Jumpa anda di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya sebentar sahaja lagi!

[ 🎭 SOROTAN KARVITER HARI KE-10 🎭 ]Sorotan yang dipenuhi dengan drama! Apa yang sudah terjadi pada hari ke-10?Setiap bab...
14/04/2026

[ 🎭 SOROTAN KARVITER HARI KE-10 🎭 ]

Sorotan yang dipenuhi dengan drama! Apa yang sudah terjadi pada hari ke-10?

Setiap babak yang dipersembahkan bukan sekadar cerita, tetapi pengalaman yang menyentuh perasaan serta mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan penonton.

Kenangan di pentas ini akan terus kekal, hasil usaha dan komitmen seluruh tenaga pengeluaran serta sokongan yang tidak putus daripada penon

Terima kasih Unit Luar Kampus.kerana bersama kami dalam perjalanan ini.

✨Setiap pementasan mempunyai keistimewaan berbeza. Jumpa anda di pementasan seterusnya🔥.

[ 🔥 HARI INI: KARVITER HARI KE-10🔥 ]Tayangan hari ke-10: Dusta Pada Skala 1 Hingga 10Arahan: Fahim AliProduksi: Matahati...
13/04/2026

[ 🔥 HARI INI: KARVITER HARI KE-10🔥 ]

Tayangan hari ke-10: Dusta Pada Skala 1 Hingga 10

Arahan: Fahim Ali
Produksi: Matahati Produksi
Karya: Mohd Yusof Bakar

Lima individu yang saling tidak mengenali antara satu sama lain telah diculik dan dikurung di sebuah kolam terbiar. Masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza.

Pastikan anda hadir ke pementasan Teater Unit Luar Kampus pada hari ini!!💫

Jumpa anda di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya sebentar sahaja lagi!

Address

Panggung Eksperimen, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karnival Teater Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Karnival Teater Universiti Malaya:

Shortcuts

Share