18/03/2026
๐๐๐ฏ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ฏ๐จ๐ต ๐น๐จ๐บ๐ด๐ฐ ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐บ๐ฌ๐ด๐ท๐ฌ๐ต๐จ ๐ช๐ผ๐ป๐ฐ ๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐น๐จ๐๐จ ๐จ๐ฐ๐ซ๐ฐ๐ณ๐ญ๐ฐ๐ป๐น๐ฐ ๐๐๐๐๐๐
Unit Keselamatan JRM Kampus Kuala Lumpur dengan hormatnya memaklumkan kepada seluruh warga kampus mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan premis dan harta benda universiti sentiasa terpelihara.
๐ Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
1๏ธโฃ Pastikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan telah ditutup suisnya sebelum meninggalkan premis (kecuali peralatan yang beroperasi 24 jam).
2๏ธโฃ Pastikan pintu dan tingkap pejabat, bilik, makmal, klinik serta dewan kuliah dikunci dengan sempurna.
3๏ธโฃ Kemasukan ke kampus sepanjang tempoh cuti hanya dibenarkan kepada kakitangan atau pelajar yang mempunyai kebenaran bertulis daripada PTj (melalui emel atau borang berkaitan). Semua individu perlu melapor diri di pos keselamatan terlebih dahulu.
4๏ธโฃ ๐ง Penutupan Pintu Pagar
Pintu 2 (P2) dan Pintu 3 (P3) akan ditutup bermula 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 25 Mac 2026 (Rabu) dan dibuka semula pada 26 Mac 2026 (Khamis).
โก๏ธ Sepanjang tempoh tersebut, semua urusan keluar masuk hendaklah melalui Pintu 1 (P1) sahaja.
5๏ธโฃ ๐ Tidak dibenarkan meninggalkan kenderaan di dalam kawasan kampus tanpa kebenaran sepanjang tempoh cuti.
โ๏ธ Talian Kecemasan (24 Jam):
๐ Pos Keselamatab P1 : 03-92897395 / 7444
๐ KTSN : 03-92895090
๐ฑ Hotline : 013-8189456
๐ค Kerjasama dan keprihatinan semua warga kampus amatlah dihargai dalam memastikan persekitaran kampus kekal selamat dan terkawal.
๐โจ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin dari Unit Keselamatan Jalan Raja Muda Kampus Kuala Lumpur
๐ Pandu dengan cermat, utamakan keselamatan