13/02/2025
Satu lagi peringatan mesra kepada para pembeli Residensi Inspirasi Setapak.
Sila ambil maklum bahawa Kebenaran Pindahmilik DAN Kebenaran Menggadai yang sedia ada akan luput pada 31 Julai 2025. Bagi pembeli yang masih belum menyempurnakan proses ini, sila menghubungi peguam yang berkenaan untuk menyempurnakan proses pendaftaran pindahmilik strata anda dengan secepat mungkin.
Pihak pemaju tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos tambahan yang terlibat untuk permohonan bagi melanjutkan tempoh masa kebenaran pindahmilik yang sedia ada, yang diakibatkan oleh kelalaian ketinggalan dan/atau keengganan pembeli sendiri untuk menyempurnakan proses pindahmilik strata ini yang telah dimulakan sejak penggal kedua tahun 2024.
Harap maklum.