15/09/2019
Bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) yang di rekodkan oleh Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) telah mecatatkan bacaan IPU di Daerah Batu Pahat pada tarikh 15 September 2019 setakat jam 9.00 adalah 181 dan telah diletakkan pada skala kuning iaitu tahap tidak sihat.
Bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualaiti udara sihat, 51 – 100 sederhana, 101 – 200 tidak sihat, 201 – 300 sangat tidak sihat dan bacaan melebihi 301 adalah berbahaya.
Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau memuat turun aplikasi telefon pitar, MyIPU di `Google Play` bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.
TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA JEREBU
Antara tindakan pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan adalah termasuk :
1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Oleh itu selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemas**an pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.