FDAM PERSATUAN PENGARAH FILEM MALAYSIA (FDAM)

FDAM TERUS PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI Perbincangan Program Kolaborasi CMCF, FINAS & FDAM Berkaitan Garis Panduan Kandun...
09/07/2026

FDAM TERUS PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI
Perbincangan Program Kolaborasi CMCF, FINAS & FDAM Berkaitan Garis Panduan Kandungan Mengenai Bunuh Diri

Satu sesi perbincangan strategik antara Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berlangsung pada 9 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Pejabat CMCF, Cyberjaya.

Pertemuan ini membincangkan usaha kolaborasi dalam meningkatkan kefahaman dan kesedaran penggiat industri kreatif khususnya berkaitan Garis Panduan Kandungan Mengenai Bunuh Diri, bagi memastikan penceritaan isu sensitif ini dapat dihasilkan secara lebih bertanggungjawab, beretika dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Hadir mewakili FDAM ialah Pengerusi, Dato’ Afdlin Shauki; Timbalan Pengerusi, Faizal Ariff; Ketua Sekretariat, Azmi Jamsari serta Ahli Majlis Kerja (AMK), Amelia Nasser dan Yuwaji.

Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib bersama pegawai FINAS, manakala CMCF diketuai oleh Puan Mediha Mahmood bersama barisan pegawai CMCF.

Hasil perbincangan ini, beberapa perancangan program kerjasama akan dilaksanakan khas buat ahli FDAM serta penggiat industri kreatif sebagai platform perkongsian ilmu, pemahaman kandungan dan pembangunan profesional dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

FDAM komited untuk terus menjadi jambatan antara penggiat kreatif dan badan industri demi memperkukuhkan ekosistem perfileman negara.

SALAM AIDILADHA 1447H Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kep...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh ahli FDAM yang menyambutnya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang lebih mendalam dalam kehidupan serta perjuangan kita sebagai insan seni.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.

SELAMAT HARI PEKERJA 💪🎬Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh ahli F...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 💪🎬

Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh ahli FDAM.

Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan komitmen anda dalam menggerakkan industri kreatif negara. Setiap keringat dan idea yang dicurahkan adalah nadi kepada perkembangan seni dan perfileman tanah air.

Teruskan melangkah dengan semangat dan iltizam kerana anda semua adalah wira di sebalik tabir.

FDAM ingin memaklumkan bahawa sesi mesyuarat perbincangan berkaitan aduan pertukaran pengarah bagi projek Supertelefilem...
25/04/2026

FDAM ingin memaklumkan bahawa sesi mesyuarat perbincangan berkaitan aduan pertukaran pengarah bagi projek Supertelefilem “Redha” (Dana STAR 2025) telah berlangsung dengan lancar di FINAS Hulu Kelang.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil FDAM iaitu En Faizal Ariff (Setiausaha Agung), En Faisal (Chal) Ahmad (Biro Penguatkuasaan & Undang-Undang) serta En Azmi Jamsari (Ketua Biro Media & Komunikasi).

Dalam perbincangan tersebut, FDAM dengan tegas menyatakan pendirian untuk terus mempertahankan hak serta kepentingan ahli, khususnya dalam memastikan integriti dan profesionalisme bidang pengarahan sentiasa dipelihara.

Pihak penerbit turut mengakui kekhilafan yang berlaku dan secara terbuka bersetuju untuk memohon maaf atas isu yang timbul. FDAM menghargai sikap keterbukaan ini sebagai langkah positif ke arah penyelesaian yang lebih harmoni dalam industri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atas komitmen dan ruang perbincangan yang diberikan dalam memastikan setiap isu dapat ditangani secara profesional dan berhemah.

FDAM kekal komited memperjuangkan kebajikan serta maruah pengarah filem Malaysia.

26/03/2026

Pada 25hb Mac 2026 Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dijemput ke Gala Premiere filem Malaikat Malam bertempat di GSC, Mid Valley Mega mall. Filem Drama Permotoran Malaysia ini diarahkan oleh ahli FDAM iaitu Nazifdin Nasrudin sebagai filem pertamanya yang dibintangi oleh Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed & Que Haidar.

20/03/2026

Salam Aidilfitri. Takbir raya Aidilfitri 1447H

Dengan kerjasama ASWARA.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan acara takbir raya ini. Sekalung penghargaan kepada tajaan baju melayu Adam & Hawa, tajaan makanan moreh iaitu Ruma Atoq & GGR Johan.

SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙✨Dengan penuh rasa rendah diri, Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat H...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙✨

Dengan penuh rasa rendah diri, Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah kepada seluruh ahli FDAM yang menyambutnya.

Di kesempatan yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kekurangan dan kelemahan. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan silaturahim dalam keluarga besar industri kreatif kita.

Maaf Zahir & Batin. 🤍

Salam Nuzul Al-Quran 1447HPengerusi serta Ahli Majlis KerjaPersatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengucapkan Selamat ...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Pengerusi serta Ahli Majlis Kerja
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Semoga peristiwa agung turunnya Al-Quran ini terus menjadi pedoman dan cahaya dalam kehidupan kita, serta menguatkan lagi keimanan dan perpaduan dalam masyarakat.

17 Ramadan 1447H

SELAMAT TAHUN BARU CINA 🧧🐎Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh ...
16/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 🧧🐎

Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh ahli FDAM yang menyambutnya.

Semoga Tahun Kuda ini membawa semangat keberanian, kepantasan dan daya juang yang tinggi melangkah gagah menuju kejayaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan.

Terus berlari dengan visi yang jelas dan jiwa yang kuat dalam memartabatkan industri kreatif negara.

Gong Xi Fa Cai! 🍊✨

SELAMAT HARI THAIPUSAM Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada se...
01/02/2026

SELAMAT HARI THAIPUSAM

Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh ahli FDAM yang menyambutnya.

Semoga perayaan penuh makna ini membawa kesejahteraan, kekuatan rohani dan keberkatan, serta terus menyemai semangat perpaduan dan keharmonian dalam keluarga besar industri kreatif negara.

Address

27-1 Jalan 3/4C
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FDAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share