26/03/2024
A "journey" with FZ
Yup i still have this bike. Motor cari makan, cari kawan. Alhamdulillah dengan motor ni jugak aku dapat kawan yang baik baik. Beberapa kali jugak accident dengan motor ni. Jatuh bodoh, jatuh main corner, jatuh towing orang, jatuh salah brake, jatuh dalam track, kena langgar lari pun ada. Dan semua tu lah ajar aku "cara bawak motor yang sebenar". Motor tetap jadi favorite aku sebab memang minat daripada zaman sekolah, tengok abang aku buat, orang lain buat makeup makeup jadi motor jadian, pasang fairing modi apa semua. You got a small bike tapi rupa boleh jadi macam motor besar (kegilaan pada zaman tu lah). Tapi bila dah besar, belajar undang undang baru tau certain modifikasi tu salah dari undang undang JPJ jadi aku stick lah dengan keadaan naked tapi a little bit modification. Tukar pakai handle clip, pasang footrest racing, wrap sticker. Pasal sticker tu aku puji sebab bertahun aku pakai sticker tu tapi tak pernah pudar warna dia. Tapi disebabkan kena langgar lagi beberapa tahun lepas. Cover set tu pun dah pecah dan kena beli baru. Motor ni memang tak pernah aku modi tinggi. Banyak kali jugaklah masuk bengkel. Overhaul dah pernah sekali. Sekarang ni cukuplah dengan 57 full spec yang ditala oleh . Lagipun motor ni bukanlah nak bersaing dengan siapa siapa walaupun keluaran dia yang standard cukup tapau Ysuku standard (oh sh*t tercakap pulak) tapi pada zaman tu lah.
Untuk gambar terakhir tu, tu lah keadaan motor sekarang. Dapat la merasa pakai lampu depan dengan side shroud vixion. Kalau ikutkan memang banyak lagi nak cantikkan motor tu balik tapi belum ada rezeki. Alang alang nak start project "FZ Members" dengan dengan .
Banyak jugak nak citer pasal motor ni tapi boleh biat episode lain kot. Cukuplah setakat ni. Hahahaha
Mungkin coretan saya tak berapa menarik tapi boleh jadi ilham nak beli FZ. Hahahaha