14/06/2023
18 PRESENTS (2020)
Filem ini inspirasi dari kisah benar seorang wanita Itali , Elisa Girotto, yang telah merancang dan memperuntukkan 17 hadiah yang akan diberikan pada setiap hari lahir anak perempuannya, Anna sebelum kematiannya pada September 2017 akibat kanser payudara . Elisa telah disahkan menghidap kanser semasa dia melahirkan anak perempuannya, pada Ogos 2016 pada usia 40 tahun.
Filem ni lebih kurang la macam kisah yang saya tulis kat atas tu. Elisa (Vittoria Puccini) terkejut bila mendapat tahu yang dia mempunyai tumor dan tidak dapat hidup lama semasa dia membuat pemeriksaan ketika dia mengandung. Elisa membuat hajat untuk memberikan hadiah pada setiap kali hari lahir anaknya, sebagai tanda ingatannya pada anaknya.
Anaknya, Anna menerima hadiah dari ibunya pada setiap kali hari lahirnya walaupun dia tak pernah bertemu dengan ibunya. Pada hari lahir ke 6, dia menerima piano dan Anna tak s**a kannya. Anna bertanya pada bapanya mana ibunya, bapanya membawa anak menziarah kubur ibunya.
Pada hari lahir ke 18, Anna mengalami kemalangan jalan raya dan tiba tiba dia bertemu ibunya, Elisa yang masa tu sedang mengandungkan dia.
Filem ni sedih, sediakan tisu semasa menonton filem ini.