RAWK Portal

RAWK Portal Online Media Yang Menyalurkan Pelbagai Informasi Mengenai Dunia Hiburan Yang Meliputi Pelbagai Genre ME Portal is now known as RAWK Portal.

Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Pop , Rock to Metal genres; sans gossips. With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future. Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

“Rentak Anda Wacana Kami”.

Kump**an SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasihKump**an SLAM telah mencipta banyak lagu hits yang menda...
17/06/2023

Kump**an SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Kump**an SLAM telah mencipta banyak lagu hits yang mendapat sambutan hangat daripada peminat sepanjang kariernya. Lagu-lagu seperti "Gerimis Mengundang," "Kembali Terjalin," "Kembali Merindu," "Tak Mungkin Berpaling," dan "Rindiani" hanyalah beberapa contoh daripada puluhan lagu hits yang telah dihasilkan oleh kump**an ini.

Muzik dan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Kump**an SLAM sentiasa menarik perhatian peminat. Kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama, bersama dengan barisan pemuzik hebat yang melengkapkan kump**an ini, menjadikan mereka unik dan memikat. Meskipun telah berusia 30 tahun, Kump**an SLAM masih mempunyai anggota asal sejak penubuhannya hingga hari ini, iaitu Shah, Eddie, Lili, Man, dan Zamani.

https://rawk.com.my/mep.php?id=1988

PENUNDAAN TARIKH KONSERT KASIH PENGASIH DARIPADA 1 JULAI 2023 KE 22 JULAI 2023Persatuan Pengasih Malaysia telah mengumum...
16/06/2023

PENUNDAAN TARIKH KONSERT KASIH PENGASIH DARIPADA 1 JULAI 2023 KE 22 JULAI 2023

Persatuan Pengasih Malaysia telah mengumumkan penundaan penganjuran Konsert Kasih Pengasih. Konsert yang semula dijadualkan pada 1hb Julai 2023 kini akan diadakan pada 22hb Julai 2023 di Auditorium Makmur RTM Pahang.

Keputusan ini diambil oleh pengurusan Persatuan Pengasih Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Salah satu faktor utama adalah respon negatif yang diterima apabila konsert tersebut dijadualkan pada 1hb Julai 2023, yang bertepatan dengan Hari Raya Aidil Adha ketiga. Hari Raya Aidil Adha, perayaan yang dirayakan selama empat hari pada hari ke-10, 11, 12, dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun, merupakan waktu yang penting bagi umat Islam.

Dengan mengambil kira sensitiviti dan rasa hormat terhadap perayaan agama, Persatuan Pengasih Malaysia berusaha untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada peminat konsert dengan mengubah tarikh penganjuran. Mereka berharap bahawa penundaan ini akan membolehkan lebih ramai orang untuk turut serta dalam Konsert Kasih Pengasih dan memberikan sokongan kepada tujuan murni yang dikecapi oleh Persatuan Pengasih Malaysia.

Pihak Persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklum balas dan sokongan, dan berharap agar para peminat konsert tetap bersemangat serta menyambut Konsert Kasih Pengasih dengan penuh kegembiraan pada tarikh yang baru ini.

Konsert BARBARIK PENTAS KERAS yang bakal berlangsung pada 24 Disember, Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8.45 Malam. Menampil...
22/12/2022

Konsert BARBARIK PENTAS KERAS yang bakal berlangsung pada 24 Disember, Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8.45 Malam. Menampilkan 2 figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kump**an Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kump**an May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang padu dan memukau, bergabung p**a dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kump**an Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kump**an Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.

Mengimbau kembali mengenai idea konsert, Joe Branko memulakan cerita

“ Saya nak buat sebab Mr Barbarik ni 22 tahun lepas, saya rasa ada urusan yang tak selesai dengan Muss kerana masa tu kita tak sempat nak bagitau album ini. Tapi selepas 22 tahun budak-budak muda ramai yang mencari album ni , jadi demand yang kita tengok di sosial media ramai yang nak tengok saya dengan Muss. Dari situlah kita boleh bagi konsert yang bakal memberi kenangan kepada mereka ”

Joe terus menyambung mengenai nama konsert Barbarik, “Mr Barbarik sebab Muss ada 4 album dengan Wings dulu, album Mr. Barbarik tu tak sempat nak promote dan sekarang ni ramai yang cari kerana masa tu orang tak boleh terima sebab terlalu heavy, jadi budak-budak sekarang ni mereka dah boleh terima. Kita pun tak sangka mereka yang lahir 90an ke atas admire album ini, daripada situ kita rangkumkan konsert yang agak keras, sesuai dengan followers kita yang kebanyakkan lelaki, kami focus apa yang mereka nak, jadi itulah timbulnya konsert Barbarik Pentas Keras tajuk dia, kira heavy rock lagu-lagu dia”

Muss yang kelihatan penuh semangat pada mulanya mengiakan setiap kata Joe, terus membuka bicara

“22 album Mr Barbarik tu lama. Saya pun masih aktif dalam nyanyian, tinggal umur macam ni saya dah tak fikir nak ada band lagi dan main macam umur 20-30 tahun dulu. Tapi bila saya jumpa Joe . Joe offer untuk buat projek Barbarik, kita akan buat konsert daripada tajuk album Mr Barbarik dulu dan saya cakap awal-awal boleh la tapi saya takut tak boleh deliver tapi okay kita try dulu, kita ada masa sebab Joe pun dah ada idea apa nak buat dengan konsert ni. So saya dah tau , draft dulu dan saya kata okay tengok macamana, saya boleh try tapi takut ada apa-apa perubahan. Itu perbincangan awal, lepas 3-4 bulan dan apabila dah start practice, dalam saya kata takut apa idea Joe nak buat, kita boleh adjust, saya Cuma takut tak boleh deliver sebab saya dah umur 50 lebih tapi bila kita jalan 3 bulan ni nampaknya okay chemistry, ada balik saya dengan Joe walaupun dah 22 tahun lamanya , kita Nampak kitab oleh buat ni, Cuma saya cakap kita perform adakah macam dulu jugak, masa ada band dulu atau kita create benda baru. Joe cakap kita depends kita main lagu-lagu yang lama, kemungkinan ada arrangement lagu kita boleh ubah suai, mungkin sebab usia atau memang ubah sebab kita bukan dalam band lagi. Kita nak create benda yang fresh dan supaya yang dengar dapat benda baru, walaupun lagu-lagu lama. Kami akan main lagu-lagu daripada album Mr Barbabrik, ada lagu macasm Biru Mata Hitamku semua ”

“Awal-awal complicated tapi alhamdulillah selepas 1-2 bulan kita boleh buat benda ni, tu yang kita stick daripada idea Joe yang asal tapi ada perubahan sikit-sikit. Sebab ada benda kita tak patut buat benda ni dan ada benda kita kena buat lain sikit, ada muzik kita buat perubahan supaya jadi benda yang masakini dan surprise, dan elemen macam ni macam ni yang patut saya dan Joe buat waktu sekarang ni sebab kita taknak mereka ingat kami macam dulu mcm dengan band yang lama” sambung Muss

Joe yang sentiasa teliti mendengar terus menyambung bicara beliau ” Kita tak perlu buktikan apa-apa, dulu pun kita dah prove. Masakini kami biasa cuma dah umur camni kita kena check balance kat situ supaya benda tu datangkan persembahan yang lebih matured ditambah p**ak dengan produksi kita yang more to lighting yang outstanding”

Muss yang sebelum ini rancak bercerita , terus menyambung “Produksi besar juga projek ni, Cuma saya rasa advantage kita kat lagu-lagu, Lagu yang Joe buat pilihan tu kebanyakkan lagu yang pop**ar ramai, ramai yang tau. Antara lagu Biru Mata Hitamku, itu dah wajib, kalau solo pun saya memang bawa lagu tu, Cuma kami ada surprise dengan lagu-lagu biasa kita dengar, ada juga arrangement yang sama sebab taknak lari feel tu, ada lagu kalau kita ubah sangat tak best sebab tak puas dengan lagu asal”

Joe terus mencelah “Ada lagu kita kekal kerana touch tu. Tentang konsert ini kita susun lagu lebih kepada momentum, dari mula 2 jam tu kat depan tu biar ada orang. Hype kan adreline, bila kat tengah kita coolkan sikit, lepas tu kita spark kan sikit dan kat hujung kita akan full blast. Adalah lagu-lagu dalam list yang kita dah susun, combine dan akan pilih tapi banyak daripada lagu-lagu album Mr Barbarik dan total 20 buah lagu”

“Termasuk juga Best Of Wings, projek album masa Double Trouble . Duet dengan Mael XPDC , kita ada guest artist Mael XPDC sebab akan duet dengan Muss, beliau ada 1 lagu duet dengan Muss jadi kami panggil Mael, ada sejarah kat situ. Dengan Asheed Def Gab C pun ada lagu duet dengan Muss, dalam album Mencari Asal Usul dan kita ada Mel untuk bagi color” Jelas Joe

“Mereka kenal kita dan kenal lagu-lagu yang biasa dengan Wings, kalau takde Mel mesti tak best kan” Muss memberikan pandangan beliau

Joe terus menyambung mengenai konsert Barbarik ini dan segala susunan muzik yang mana beliau sebagai gitaris utama “Masa sekarang kita tak perlu nak tunjuk terer, jadi kita pakat bagi persembahan yang baik, semua enjoy, kita banyak focus on production especially lighting dan akan more to lighting, jadi photographer nak ambil gambar pun cantik. Dah jemu LED ni orang kawin pun pakai. Kita akan bercerita kat atas tu, bukan setakat main lagu”

“Macam teater la” sambung Muss menjelaskan lagi kata-kata Joe sebelum ni “saya dah banyak dengan Joe sebelum ni, kebanyakkannya follow on lagu, walau banyak menyanyi lagu. Tapi konsert ini adalah persembahan berbeza, awal-awal Joe tak bagitau saya , bila saya practice dia senyap-senyap je. Dalam hati pun dah tanya kenapa lagu kat sini dan lagu susun kat lain. Bila dah hari-hari practice, Joe ni macam, kalau terang pun tak guna, so faham-fahamla sendiri. Jadi saya faham sendiri. Patutla lagu ni kat situ duduknya dan kenapa sampai 5 lagu penuh kita nyanyi berterusan, kemudian saya dah faham, dia macam teater bukan macam konsert biasa, dia ada kesinambungan setiap lagu. So yang datang akan dapat moment tu, kita harap mereka fahamla, kalau yang follow kami pun dah tau, lagu ni apa cerita dia dan lagu ni ada cerita dia dan kalau bersambung dia akan jadi satu cerita”

Joe menyambung dan memberikan sedikit pandangan beliau mengenai konsert yang keras ini “Dia yang paling belum pernah saya buat inilah 1st 5 lagu straight non stop, bukan medley, Muss pun dah Nampak benda tu selamba je. Saya nak pastikan peminat nak pergi kencing pun dah tak boleh, dengar je memang tak boleh lari dah, takkan ada gap, kalau ada sesiapa pergi kencing je dia akan miss laa kat atas tu, jadi pergi toilet dulu sebelum gerak masuk. Rockers nila s**a lagu-lagu heavy dan saya harap konsert ni akan jadi satu lipatan diary saya dengan Muss, best rock konsert”



TIKET INFO:

CAT 1 – RM188.00 ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 - RM368 UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 - RM268 UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U. Ikuti akaun rasmi media sosial di bawah untuk info terkini konsert. Facebook: Instagram: Twitter: YouTube: Barbarik Pentas Keras

https://rawk.com.my/mep.php?id=1978

Satu malam, satu pentas dan tiga negara. Ini intipati utama Konsert Kolaboraci - Three To Rock yang akan berlangsung di ...
01/11/2022

Satu malam, satu pentas dan tiga negara. Ini intipati utama Konsert Kolaboraci - Three To Rock yang akan berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November 2022 bermula jam 7 malam.



Konsert hebat anjuran Aci Gold itu menggabungkan rockers hebat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang akan berkongsi pentas pada malam itu.



Indonesia menampilkan band rock pop**ar dan berpengalaman iaitu BIP yang dianggotai Pay Burman (gitar), Bongky Marcel (bass), Indra Q (keyboard) dan Ipank Lazuardi (penyanyi). BIP boleh diiktiraf sebagai antara band rock legenda Indonesia kerana Pay, Bongky dan Indra adalah bekas anggota band rock nombor satu Indonesia iaitu Slank.

https://meportal.net/mep.php?id=1975

Penyatuan dua jenis instrumental yang tetap membawa nuansa bahagia dalam setiap karya atau lagu menjadi ‘senjata’ buat p...
10/09/2022

Penyatuan dua jenis instrumental yang tetap membawa nuansa bahagia dalam setiap karya atau lagu menjadi ‘senjata’ buat pemuzik legenda tanah air, Man Kidal untuk bergabung dengan gadis manis yang jemarinya ligat mengesek violin, Rania Imtiaz.

Bukan sebuah paduan biasa biasa, bayangkan bagaimana kelak bunyi petikan gitar Man Kidal bergabung dengan gesekan violin Rania yang cukup mengasyikkan.

Sementelah Rania baru berusia 14 tahun akan ‘bersanding’ bakat dengan salah seorang pemain gitar terbaik yang dilahirkan di Malaysia yang kini mencecah usia 58 tahun.

Menurut Man Kidal kolaborasi yang dilakukan bersama Rania bersifat unik kerana paduan bunyi instrumen berbeza iaitu petikan gitar rock dan gesekan violin Melayu Tradisional yang dimainkan oleh mereka akan menghasilkan sesuatu yang jarang diketengahkan di negara kita.

“Saya melihat bakat besar yang dimiliki Rania harus diketengahkan. Untuk seorang gadis berusia 14 tahun dan menekuni kecintaannya bermain violin dan mengangkat martabat lagu Melayu Tradisional yang sudah semakin berkurangan dalam generasi masa kini, industri seni kita harus menyambut dan meraikannya dengan baik,” ujar Man Kidal

Apa lagi gadis manis ini juga bukan sembarangan gadis. Dia merupakan penerima anugerah dari Kementerian Perpaduan Negara sebagai Ikon Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia. Lantas bakat yang sudah pun diiktiraf tidak menimbulkan keraguan bagaimana gabungan epik ini akan terlahir kelak.

Bagi Rania p**a, menjalin kerjasama dengan Man Kidal umpama sebuah impian yang luar biasa. Apa lagi sebagai salah seorang pencinta yang sangat menghargai hasil seni muzik, dapat memperkembangkan bakat lebih komersial adalah sebuah kesempatan keemasan yang tidak wajib disia siakan.

Bukan pertama kali terlibat dengan penyanyi tempatan termasuk Hazama, namun ‘pernikahan’ petikan gitar rock Man Kidal dan gesekan tradisional violin Rania disifatkan sebagai ikatan harmoni dalam seni muzik.

“Saya pernah bertemu Uncle Man Kidal dalam sebuah acara dan dari situ kami berbincang tentang muzik.

“Kami berbincang untuk mengharmonikan bunyi gitar rock dengan lagu tradisional Melayu kerana berpandangan lagu tradisional Melayu jika dimasukkan elemen rock boleh memberikan kelainan dan menarik minat lebih ramai orang tanpa merosakkan nilai-nilai kemelayuan yang ada dalam lagu tersebut,” ujar Rania.

Selain itu kata Rania gabungan muzik yang diadunkan ini juga untuk membuka mata generasi sebayanya dan generasi sedia ada terhadap keindahan lagu-lagu Melayu Tradisional.

Rania yang akan menduduki Peperiksaan Gred 8 Violin mula serius menekuni seni mengesek violin sejak usia 6 tahun selepas tertarik dengan keindahan bunyi yang tenang sewaktu mengikut ibu bapanya ke sebuah majlis.

“Saya selalu pandang seorang pemain violin sangat berdisiplin kerana apabila violin ada di bahu ia seperti memegang tanggungjawab atau amanah untuk menjadikan bunyi gesekan itu sedap didengar,” katanya lagi.

Sangat mengagumi dan menghormati Man Kidal yang digelar Mahaguru, Rania berharap gabungan mereka menjadi lambang bahawa muzik menyatukan dua genre muzik berbeza dari dua jarak umur berbeza dengan jarak pengalaman yang jauh berbeza dan dua instrumen muzik berbeza.

https://meportal.net/mep.php?id=1974

“Ini macam satu kebetulan , the rocking 70s” Dato Ramli membuka bicara mengenai Konsert jelajah untuk Album terbaru beli...
10/09/2022

“Ini macam satu kebetulan , the rocking 70s” Dato Ramli membuka bicara mengenai Konsert jelajah untuk Album terbaru beliau ‘Rasa’ , umum mengetahui bagaimana minatnya beliau dengan dengan muzik rock awal 70an antaranya Led Zeppelin, dan bagaimana pengaruhnya dibentuk dalam setiap lagu beliau terutama yang diimprovise dalam setiap konsert.

“70 tahun sebenarnya umur saya tapi saya rasa untuk berjalan dalam industry muzik tempatan, perjalanan kami dah matang juga. Kalau dibandingkan dengan Mat Salleh macam Rolling Stones, The Beatles, Led Zeppelin, Pink Floyd. Adik kepada saya Lefthanded, Man Kidal, Nash yang hampir 45 tahun. Jadi saya rasa kita bekerjasama dari dulu dan mereka juga peminat Sweet Charity. Rata-rata mereka lebih kenal kepada Sweet Charity punya lagu

Lefthanded Bersama Man Kidal , Nash bakal Bersama dalam persembahan Dato Ramli di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Oktober nanti, berkongsi pentas dalam membawakan beberapa buah lagu.

“Untuk mereka (Lefthanded) ada dekat Zepp ini adalah satu benda yang istimewa dan saya rasa banyak kenangan yang kita lalui Bersama daripada Lefthanded dulu sampai sekarang dan kita Nampak sangat perjalanan yang indah masih berjalan dan itu banyak tinggalkan kita satu kenangan yang indah seperti Arwah Samad mereka dewasa di depan mata saya, sama juga Arwah Abdul Rahman Osman , Dato Ramli sambung bicara

Ketika di tanya mengenai persembahan lagu nanti , Dato Ramli terus sambung

“Muzik ini ada yang bermacam , mungkin kalau kita cakap Adam Dan Hawa, ada segelintir orang je yang tahu, tapi lagu tu sangat dalam, berbisa dan bermakna. Begitu juga Syair Timur dan misalnya ada lagu folk kita nak persembahkan di Zepp tu nanti tak semua lagu-lagu kita sesuaikan kat big arena, kita kena kecikkan tapi ada satu moment yang indah. Saya rasa Lefthanded ada benda tu juga tapi kali ini Lefthanded akan membantu saya, memberikan satu persembahan yang berlainan, mungkin kita akan bergabung sama atas dasar persaudaraan dan perjalanan muzik yang seimbang. Konsert ini mungkin memakan masa 2 jam setengah hingga 3 jam. Dia ada muzik yang agak keras tapi padat, dewasa and folk dan rakyat”

“Yang penting kita kena tau ada benda atau tak, kadang-kadang kita nak buat 1 atau 2 show, tapi habis tak ada bahan , Jadi bagi saya ada tempat kita buat sekali je, lain negeri kita pergi Perak dan Pahang penerimaannya berlainan, jadi lagu-lagu yang bakal kita persembahkan dalam jelajah kita sesuaikan dengan keadaan. Ada yang buat dinner show tapi ala konsert dan ada yang nak lagu-lagu yang bertemakan kehidupan, misalnya dia nak Hari Wanita, Hari Palestine. Jadi kita kena imbangkan, nasib baik kita ada banyak lagu yang boleh digabungkan untuk buat persembahan misalnya Sabah, mereka nak hari Wanita, jadi kita letaklah Srikandi Zaman, sama juga Sarawak, kita akan letak Sentosa Di Kubah Hayat misalnya begitu, setiap negeri ada konsepnya. Kita tahu Johor dia punya stail gini, KL memang Zeep, kita akan gabungkan. Saya rasa takde masalah sebab buat masa ni koleksi lagu-lagu saya ada cukup, dengan kehadiran Man Kidal dan Nash dia lebih menceritakan sejarah perjalanan seni kita.

Dengan umur yang makin meningkat, Dato Ramli semakin aktf dengan konsert dan show, malah muncul lagi dengan album terbaru Rasa. Beliau kelihatan lebih aktif dan penuh semangat walaupun pada usia 70 tahun, ditanya mengenai rehat beliau, Dato Ramli menjawab dengan mudah, ia adalah amalan 30-40 tahun lalu dan yang penting jangan stress

“Selain daripada rehat, jauhkan stress yang tak perlu dan yang penting displin. Biasa lepas show atau konsert saya akan berehat dalam kereta dan tido , lepas show saya mandi dan okay, pemandu saya pun okay, 2 bantal kecik kat belakang, kalau penat berhenti. Kita tau dah kita tiba sana mungkin Subuh, kita boleh tido, jangan kacau, lock semua, telefon takyah tengok. Masa tu dah kena displin, kalau merapu memang tak boleh, makan jaga, jangan selalu makan yang terlalu pedas, yang berminyak. Tapi makanan sunah dah mesti, lebih 30-40 tahun lalu sebelum pop**ar baraqah saya dah on, jadi saya anggap benda ni dah sebati dengan saya macam madu. Travel pun saya akan bawa, tak botol besar, botol kecik, tu antara saya punya falsafah. Kadang-kadang kita kena yakin. Pasal Allah s.w.t dah beritahu Rasullullah s.a.w, kalau tidak Rasullullah s.a.w takkan cakap je tentang madu ni. Kalau dah ambil kena yakin dan makan buah buahan yang lebih, minum air yang lebih. Normal bila kita kadang-kadang nak nyanyi selepas purata 2 jam setengah perut saya jadi lembik , bukan tak boleh nyanyi, energy macam takde, itu kelam kabut cari roti kat belakang, makan roti atau pisang. Pasal saya nyanyi dan persembahan adalah berat, beratnya dekat rasa, dekat penyampaian, jiwa itu berat.”

Sebanyak lapan lokasi sudah dikenal pasti iaitu Johor Bahru (7 Oktober), Melaka (14 Oktober), Kuala Lumpur (29 Oktober), Sabah (12 November), Sarawak (20 November) dan Kelantan (25 & 26 November).

https://meportal.net/mep.php?id=1973

04/09/2022
Lapan tahun berlalu Datuk Ramli Sarip jelajahi tujuh destinasi dalam konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yan...
24/08/2022

Lapan tahun berlalu Datuk Ramli Sarip jelajahi tujuh destinasi dalam konsert siri jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang bertujuan membantu kawan-kawan Artis saperti Allahyarham Yazit Search, Hamid Black Dog Bone dan keluarga kepada Allahyarham Samad Mian Lefthanded. Siri jelajah itu berjalan dengan baik dan beliau dapat memberi
sumbangan kepada ketiga-tiga insan seni tersebut.

Konsert jelajah kali ini khas untuk mempromosi album penuh Datuk Ramli berjudul RASA yang diterbitkan pada tahun 2021. Perancangan konsert jelajah ini akan mula bergerak dari Johor dan berakhir di Singapura di bulan Oktober hingga Disember 2022. Beliau membawa tujuh Pemuzik hebat untuk bersama beliau dan akan membawakan lagu-lagu baru dari
album RASA dan juga lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengar oleh peminat di mana saja beliau membuat persembahan.

Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa.

Dari perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, RASA ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi.

Menyentuh tentang RASA, penghibur lagenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.

Pembikinan dan penerbitan album RASA yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020.

Bersama band muzik band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari (pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji (pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.

Manakala di Singapura beliau menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik Singapura saperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim.

https://rawk.com.my/mep.php?id=1971

Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang d...
24/08/2022

Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya.

Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah tekad untuk memulakan perniagaan berkaitan kosmetik walaupun sebelum ini beliau memiliki bisnes ikan arowana.

Jamal, 63, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania Beauty memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila mempunyai pengalaman dalam memasarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran sehingga lebih 15 tahun.

Jelas bapa kepada lima anak itu, idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa serta minat berniaga.

“Jadi saya jalin Kerjasama dengan Zarania Beauty sebagai hadiah kepada beliau dan juga kepada peminat-peminat saya.

“Walaupun saya teruja dengan bisnes baharu ini namun saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya menceburi bidang kosmetik.

“Tapi saya percaya produk ini boleh pergi jauh dan mungkin ini permulaan dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami akan keluarkan pelbagai produk kosmetik lain,” katanya.

Jamal berkata, ketika ini, sebanyak sembilan produk telah berada di pasaran dengan harga mampu milik yang bermula serendah RM25 hingga RM49.

Malah sebagai penghargaan kepada lagu pop**arnya, katanya, set Azura turut diperkenalkan dengan menawarkan harga pakej lebih jimat di mana pembeli berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik.

“Satu perkara tentang keistimewaan produk Zarania Beauty ini apabila semua rangkai produknya dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Malah bahan kandungan dalam produk ini selamat digunakan, sesuai untuk segala peringkat umur selain kualiti setanding dengan produk antarabangsa. Kalau hendak tahu apa lagi keistimewaan produk ini, orang ramai mestilah kena cuba produk ini,” katanya.

Jamal menambah, dia dan rakan kongsi turut menyasarkan jualan bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga di Brunei, Indonesia serta Singapura.

Tambahnya, jika ada rezeki pada masa akan datang, pihaknya ingin mengeluarkan lebih banyak produk yang biasa digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Hari ini pun golongan lelaki yang gemar memakai produk komestik dan mungkin lepas ini Zarania Beauty akan keluarkan produk kosmetik untuk lelaki p**a. Saya sendiri menggunakan bedak dan spray muka sebelum membuat persembahan nyanyian.

“Seperti yang saya katakan, bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan saya kepada isteri saya dan saya cuma membantu dia dalam menjayakan perniagaan ini,” katanya.

https://rawk.com.my/mep.php?id=1970

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif di Manhhatan Ballroom , Berjaya times square Hotel Kuala...
24/08/2022

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif di Manhhatan Ballroom , Berjaya times square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos , mendapat sambutan hangat dari peminat peminat Bunda. Setakat ini tiket telah terjual sebanyak 85%.

Berlangsung di Hotel Berjaya Times Square majlis makan malam yang membariskan barisan pemuzik pemuzik professional , sebanyak 15 buah lagu akan diperdengarkan ,turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpegalaman , Datuk Ramli MS.

Sepenjang dua jam beraksi , Hetty akan memastikan setiap penonton akan terhibur dengan lagu lagu yang pernah hits Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak ingin sendiri dan banyak lagi.

Gandingan bersama Dato Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah Muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert ini luar biasa. Malah menurut Bunda muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik.

Konsert ini dibawa khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd . Berkongsi mengenai acara kelolaan Mahajaya Empire menurut Hetty peluang meraikan sambutan 52 tahun sebagai penghibur di Malaysia adalah satu hadiah yang paling manis buatnya.

Sempena bulan kemerdekaan ini , pihak Mahajaya Empire Sdn Bhd menawarkan potongan harga tiket sebanyak 31% bagi tiket platinum

https://rawk.com.my/mep.php?id=1969

Pic Credit : Pa Pa DinPerjalanan seni Dato Hattan terlalu panjang , 35 tahun disimpulkan hanya pada 2 malam sahaja . Kon...
07/06/2022

Pic Credit : Pa Pa Din

Perjalanan seni Dato Hattan terlalu panjang , 35 tahun disimpulkan hanya pada 2 malam sahaja . Konsert solo julung kali oleh Dato Hattan selama bergelumang sebagai penyanyi, pada usia yang meningkat 57 tahun , beliau membuktikan segalanya . Pada tarikh 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dapat kita melihat keupayaan sebenar beliau , pada usia emas , suara beliau masih berbisa . Semangat ‘rock’ beliau diluahkan segalanya . 2 malam yang hebat, bukan sahaja buat peminat beliau tapi untuk Dato Hattan sendiri.

Konsert yang bermulakan pada jam 9 malam, dimulakan intro oleh kump**an Matra Delima , penampilan khas daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKN) . Intro yang panjang memukau dengan muzik tradisi Negeri Sembilan , Caklempong dan seterusnya alunan gitar, drum bergabung terus membuka dengan lagu hit beliau “Biso Bonar” , Dato Hattan tampak begitu bertenaga, meluahkan segalanya diatas pentas pada malam itu .

Dato Hattan yang kuat loghat Negeri Sembilan nya, bukan sahaja menghiburkan penonton dengan lagu-lagu beliau tapi dengan celotehnya , Peminat dapat melihat perjalanan seni Dato Hattan daripada seorang anak muda kampung, dengan hanya berbekalkan minat dan usaha serta bantuan ahli keluarga , terutama Ibu beliau yang banyak membantu dalam meneruskan perjalanan sebagai penyanyi sehingga berjaya ke hari ini .

Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah “Gerhana” , “Duit” , “Satu Malaya Dah Tahu” , “Samba Apa Sahaja” , “Kelentong Dol Hancing” .Ia adalah konsert yang padat , tidak semata dengan lagu balada, tapi konsert ini seharusnya diberi kredit kepada semua pemuzik di atas pentas , Aznan Alias (Guitar-I) , Ritz Metalasia (Guitar-II) , Fly Halizor (Bass) , Ujang (Drummer), Pa'ang Zaman (perkusi) Firdaus (keyboard) dan Mohar (seruling)

Tidak dinafikan kesemua lagu Dato Hattan di ‘improvise’ dengan cemerlang , dengan sound gitar lebih keras , permainan gitar padu bersama Aznan Alias dan solo hebat dari Ritz , kedua mereka ini menghidupkan suasana ,solo dan arrangement yang benar benar menusuk kalbu , ketukan drum yang lebih padu ditangan Ujang , kita boleh lihat sentuhan rock dan progresif . Dato Hattan dikelilingi pemuzik handalan terutama perkusi dan juga serunai , begitu menghidupkan setiap lagu beliau , dan kredit buat Rozario Rasul , pengarah muzik . Pengalaman beliau bersama Dato Ramli Sarip digunakan sehabis baik .

Tidak ketinggalan lagu-lagu pop**ar beliau seperti “Meniti Perjalanan” , “Arca”, “Dia”, “Memburu Rindu”, “Sekuntum Mawar Merah” , “Rendang Tak Berbuah” , “Dari Kekasih Kepada Kekasih”, “” “Hujan Berapi Banjaran Asia” dan “Tiara”

Menariknya ialah kisah oleh Dato Hattan , mengenai lagu “Tiara” yang mana beliau pernah meminta lagu ini daripada M. Nasir selepas mendengarnya , namun Dato Hattan berfikir dua kali walaupun M. Nasir sudi berikan terus kepada beliau , yang mana beliau rasa lebih sesuai diberikan kepada kump**an Kris yang sedang dalam proses rakaman waktu itu. Dan juga menceritakan mengenai album beliau “Ana Permata Timur” yang ketika itu di gam , kerana isu berambut Panjang.

Konsert 35 Tahun Dato Hattan telah membuka segalanya , bagaimana keupayaan vocal beliau telah terbukti walaupun hampir 3 jam , dan juga darah anak seni yang mengalir didalam anak beliau yang menyampaikan lagu hip hop dan berduet Bersama dengan “Gadis Jolobu” . Dato Hattan hanya berhenti apabila jam menunjukkan hampir kepada 12 malam , jika tidak rasanya boleh jejak lagi 3 ke 4 buah lagu lagi malam itu , walaupun beliau keletihan tapi semangat tetap kuat dan vocal beliau membuktikannya , Dato Hattan menutup dengan lagu “Mahligai Syahdu” .

Konsert yang hebat , tahniah buat Dato Hattan dan pemuzik beliau , serta tahniah buat penganjur Mewah Event Management .

https://meportal.net/mep.php?id=1965

Address

Kuala Lumpur
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RAWK Portal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share