20/05/2026
Ramai antara kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang halal.
Dan apabila Allah melapangkan rezeki, kita akan menggunakannya untuk pelbagai perkara yang dirasakan perlu dan bermanfaat dalam kehidupan.
Itu tidak salah.
Tetapi sesekali, apa kata kita cuba tanya diri sendiri.
Daripada semua rezeki yang Allah amanahkan kepada kita, berapa banyak yang benar-benar kita peruntukkan semata-mata kerana Allah?
Qurban bukan sekadar ibadah yang datang setahun sekali.
Ia adalah salah satu cara kita menzahirkan rasa cinta, syukur dan ketaatan kepada Allah.
Melalui qurban, kita belajar bahawa tidak semua yang Allah beri itu milik kita sepenuhnya. Ada hak orang lain dalam setiap rezeki yang kita terima.
Dan apabila kita sanggup berkongsi sebahagian daripada rezeki itu, sebenarnya kita sedang mendidik hati untuk menjadi lebih ikhlas, lebih pemurah, dan lebih dekat kepada Allah.
Mungkin inilah antara perbelanjaan yang paling bermakna kerana nilainya bukan sekadar di dunia, tetapi juga di sisi Allah.
Jom, dengan serendah RM350, kita ‘spend’kan sebahagian rezeki kita untuk mendekatkan diri kepada Allah.
🌐 thequrbanproject.com
📞 012-257 0950