Istana Budaya

Istana Budaya Keunggulan Seni Persembahan

๐Ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐ญ๐ซ๐š ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง (๐๐’๐Ž) ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฒ'๐ฌ "๐“๐ก๐ž ๐‹๐ข๐จ๐ง ๐Š๐ข๐ง๐ " ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐ข๐ง ๐‚๐จ๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ญIstana Budaya am...
12/06/2026

๐Ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐ญ๐ซ๐š ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง (๐๐’๐Ž) ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฒ'๐ฌ "๐“๐ก๐ž ๐‹๐ข๐จ๐ง ๐Š๐ข๐ง๐ " ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐ข๐ง ๐‚๐จ๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ญ

Istana Budaya amat berbangga untuk mengumumkan penglibatan cemerlang anak-anak seni tempatan, Orkestra Simfoni Kebangsaan (NSO) dalam menjayakan persembahan berprestij berskala antarabangsa, Disney's "The Lion King" Live in Concert. Acara yang dibawakan oleh Milestone Production dan dilesenkan secara rasmi oleh Disney Concerts ini merupakan persembahan julung-julung kali diadakan di Malaysia.

Dalam konsert yang penuh gilang-gemilang ini, NSO diberi penghormatan untuk memainkan peranan utama dalam menghidupkan semula jiwa dan magis karya agung animasi Disney keluaran 1994 tersebut. Di bawah pimpinan berwibawa Konduktor Residen NSO, Encik Eric Lee, bersama 72 pemuzik NSO hebat kita akan membawakan skor muzik epik yang pernah memenangi anugerah Oscarยฎ๏ธ gubahan Hans Zimmer, berserta lagu-lagu ikonik ciptaan Elton John dan Tim Rice secara langsung (live). Pihak Disney Concerts turut menghantar Pengarah Teknikal khas dari Amerika Syarikat untuk memastikan penyelarasan (synchonisation) antara filem dan muzik adalah sempurna mengikut piawaian global.

Sambil tayangan filem dimainkan pada skrin gergasi di Plenary Hall, KLCC pada 13 Jun ini, alunan muzik langsung oleh NSO pasti akan memberikan dimensi emosi baharu kepada kisah pengkhianatan, perjuangan, dan kebangkitan Simba menuntut takhtanya.

Penglibatan NSO dalam menjayakan konsert filem antarabangsa seperti ini membuktikan tahap profesionalisme, kualiti, dan kecemerlangan pemuzik Istana Budaya dalam menggalas tanggungjawab membawakan repertoir global bertaraf dunia. Konsert ini juga diadakan bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) serta meraikan ulang tahun ke-30 filem animasi The Lion King.

Istana Budaya menjemput seluruh rakyat Malaysia, para pencinta muzik dan seni, serta peminat filem klasik Disney untuk hadir ke Plenary Hall, KLCC. Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan padu kepada barisan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan kita, sambil mencipta kenangan manis sekeluarga dalam sebuah persembahan yang memukau jiwa.

Tarikh Persembahan: 13 Jun (Sabtu)
Sesi: 2:30 petang (matinee) & 8:00 malam
Durasi: 2 jam (termasuk waktu rehat/intermission)
Lokasi: Plenary Hall, KLCC
Bahasa Filem: Bahasa Inggeris

Harga tiket:
Premium - RM638
VIP - RM538
CAT A - RM468
CAT B - RM368
CAT C - RM268
CAT D - RM168
Tawaran diskaun kad UOB sebanyak 20%, tertakluk terma dan syarat.
Maklumat Lanjut & Tiket: Sila rujuk www.milestone-entertainment.com

We are ADVENTURER, we are ENTHUSIAST, we are MUSIC LOVER... WE LOVE LIFE and we love LIVE ENTERTAINMENT! We are key player in the region who bring LIVE to LIFE. We creating life-like experiences to the events we do.

KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN ISTANA BUDAYA KE ATAS PENGARAH JKKP WP KUALA LUMPURKUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 โ€“ Pengurusan Tert...
12/06/2026

KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN ISTANA BUDAYA KE ATAS PENGARAH JKKP WP KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 โ€“ Pengurusan Tertinggi Istana Budaya telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBrs. Puan Ir. Ts. Hajah Habsah binti Md Ishak, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Pengarah JKKP WP Kuala Lumpur, hari ini.

Sesi kunjung hormat tersebut bertujuan memaklumkan status pengoperasian sistem understage dan overstage Pentas Panggung Sari, Istana Budaya, di samping mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan teknikal daripada pihak JKKP berkaitan aspek keselamatan dan pematuhan peraturan yang ditetapkan.

Perbincangan turut menyentuh usaha Istana Budaya dalam mendapatkan Sijil Perakuan Kelayakan (Certificate of Fitness - CF) bagi memastikan sistem pentas dapat beroperasi secara optimum serta memenuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan Istana Budaya dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan JKKP demi memastikan pengurusan fasiliti persembahan bertaraf dunia dilaksanakan secara selamat, cekap dan mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Ra...
10/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya.

Tulus ikhlas daripada Pengurusan &
Warga Istana Budaya ๐Ÿค๐Ÿป

๐Ÿฆโœจ Experience Disney's The Lion King like never before!For the first time in Malaysia! โ˜๏ธDisney's The Lion King Live in ...
09/06/2026

๐Ÿฆโœจ Experience Disney's The Lion King like never before!

For the first time in Malaysia! โ˜๏ธ

Disney's The Lion King Live in Concert comes to KLCC Plenary Hall on 13 June 2026, featuring the National Symphony Orchestra Malaysia (NSO), led by NSO Resident Conductor, Eric Lee, performing the iconic score and songs LIVE alongside the full film on the big screen.

Featuring a breathtaking 72-piece orchestra, the Oscarยฎ๏ธ and Grammyยฎ๏ธ Award-winning music of Hans Zimmer, Elton John and Tim Rice will be brought to life, taking audiences on a nostalgic journey through Disney's beloved 1994 animated masterpiece in an unforgettable cinematic concert experience.

โœจ A must-see event for Disney fans, music lovers and movie fans of all ages.

๐ƒ๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฒ'๐ฌ ๐“๐ก๐ž ๐‹๐ข๐จ๐ง ๐Š๐ข๐ง๐  ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐ข๐ง ๐‚๐จ๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ญ

๐Ÿ“… 13 June 2026 (Saturday)
๐Ÿ• 2:30 PM & 8:00 PM
๐Ÿ“ KLCC Plenary Hall
๐ŸŽซ etix.my/event/lionkingconcert

๐ŸŽŸ๏ธ Seats are limited and tickets are selling fast.

Tickets are now on sale with prices starting from RM168.
UOB Cardmembers enjoy up to 20% off on ticket purchases with your UOB cards (T&C apply).


Sesi Perbincangan Pihak Kedutaan Besar Republik Rakyat China bersama Istana BudayaIstana Budaya dijemput oleh Madam Chan...
05/06/2026

Sesi Perbincangan Pihak Kedutaan Besar Republik Rakyat China bersama Istana Budaya

Istana Budaya dijemput oleh Madam Chang Shan @ Puan Puspa, Kaunselor Kedutaan Besar Republik Rakyat China bagi membincangkan persembahan yang bakal diadakan di pentas Panggung Sari Istana Budaya tahun ini.

Persembahan pementasan ini bakal dijayakan oleh National Theatre of China melalui pihak kedutaan dan Istana Budaya berharap kerjasama ini dapat memeriahkan lagi nilai seni budaya serta sektor pelancongan dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YA...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim daripada Pengurusan & warga Istana Budaya



๐ŸŒ™โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol pengorbanan, keikhlasan...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengajar kita erti kesabaran serta kasih sayang sesama insan ๐Ÿค

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œTidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah (ibadah korban).โ€
โ€” Riwayat al-Tirmizi

Semoga Aidiladha kali ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, mempererat ukhuwah serta menghargai setiap nikmat dan insan di sekeliling kita.

Ikhlas daripada,
Pengurusan & Warga Istana Budaya ๐ŸŒ™

โœจ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—” | ๐—˜๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โœจ22 Mei | JumaatPerhimpunan Bulanan Istana Budaya bagi edisi Mei be...
22/05/2026

โœจ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—” | ๐—˜๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โœจ

22 Mei | Jumaat

Perhimpunan Bulanan Istana Budaya bagi edisi Mei berlangsung dengan penuh bermakna menerusi pengisian yang menyemarakkan semangat kekeluargaan serta penghargaan dalam kalangan warga kerja โค๏ธ

Majlis turut meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai penghargaan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang dipamerkan dalam melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang ๐Ÿ†

Tidak dilupakan, sambutan hari lahir warga Istana Budaya bagi bulan Mei yang disambut bersama dalam semangat kekeluargaan ๐ŸŽ‚

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan khas kepada 6 para pesara dan bakal pesara Istana Bu...
22/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan khas kepada 6 para pesara dan bakal pesara Istana Budaya atas segala jasa, bakti serta khidmat yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan ๐Ÿซถ๐Ÿป:

1) Pn. Zubaidah binti Mukhtar
2) En. Abdul Mutalif bin Abu Bakar
3) En. Abdul Malek bin Osman
4) En. Ramli bin Lani
5) Pn. Noraida binti Razaai
6) Pn. Sharifah Raha binti Syed Mustaffa

Segala pengalaman, pengorbanan dan komitmen yang diberikan akan sentiasa dihargai dan dikenang ๐Ÿซฐ๐Ÿป

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi inspirasi dan terus meninggalkan legasi yang bermakna buat warga Istana Budaya โค๏ธ




Address

Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340265555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Istana Budaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Istana Budaya:

Share