13/09/2024
Walaupun rumah kita tak sebesar mana,
Tapi ada waktunya kita tak mampu nak pantau semua. Ada ruang yang terabai.
Mula la bersawang..
Mula la angkut2 aktif buat sarang.
Kadang tu kan memikir sambil duduk sendirian..
Nanti kalau dah takde agaknya apa la jadi kan.
Boleh ke anak2 kekalkan apa mama s**a.
Boleh ke anak2 jaga semua kesayangan kita.
Tiba2 terngiang suara mak bebel2.
"Nanti kalau aku takde runtuh la semua dinding ni kena kunyah anai2. Ngan ko sekali gaknye dikunyahnya" π
Gitu la mak lepaskan geram bila tengok anak2 asyik baring je depan TV.
Tapi bila direnung semula,
Sebenarnya apa lah yang difikir sangat
tentang hari esok yang belum tiba.
Bila saat tu sampai,
Semua tu tak bantu kita pun.
kok disimpan jadik la dia harta karun.
Kok dijaga,
barangkali bermanfaat untuk yang Masih ada.
Kok dibuang, tak bagi kesan pun pada yg dah takde.
Bukan..
Semua tu hanya sampingan.
Sebenarnya lebih memikirkan,
mempersiapkan anak2 dengan sikap amanah.
Walaupun tak seberapa, kepercayaan usah dipunah.
Setiap pesan perlu dijaga.
Yang paling penting, andai ada kasih sayang
Maka takkan wujud la sengketa.
Kerana sesungguhnya sengketa hanya datang Dari jiwa yang 'sakit' semata mata.
Hidup ini untuk dinikmati, diteruskan..
Bukanlah semata mata untuk difikirkan
Morning Dari Kuala pilah