Backstage CALL

Backstage CALL BACK STAGE CALL adalah satu platform komunikasi belakang tabir
pengurusan seni persembahan, kini menjadi platform komunikasi untuk semua bidang.

ISTANA BUDAYA (IB) PEMANGKIN PEMBANGUNAN SENI PEMENTASAN MALAYSIASalam...dan selamat tahun baru 2014Pada tulisan kali in...
15/10/2020

ISTANA BUDAYA (IB) PEMANGKIN PEMBANGUNAN SENI PEMENTASAN MALAYSIA

Salam...dan selamat tahun baru 2014

Pada tulisan kali ini saya ingin memperkatakan tentang sebuah panggung teater idaman ramai...juga telah menyimpul seribu kenangan pahit dan manis bagi mereka yang telah berusaha untuk membina panggung tersebut agar menjadi kenyataan...serta harapan pelbagai pihak agar panggung tersebut menjadi bukti keagungan seni pementasan di Malaysia...

Sudahkah anda mengenali IB dengan secara dekat? maksud saya pernah menonton persembahan pentas di IB?...pernah bekerja di IB? pernah melawat persekitaran IB? kalau yang dah pernah... tentu sudah tahu dan mengenali apa itu IB...kalau yang belum pernah mari kita mengenalinya secara lebih dekat lagi...mudah-mudahan ia memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama berfikir dan menghayati kenapa kita perlu ada IB di negara ini...

Mempunyai panggung teater yang canggih adalah lambang kepada kecemerlangan seni persembahan pentas bagi sesebuah negara khususnya negara maju...contohnya terlalu banyak jika kita ingin sebut di sini..yang disebut-sebut orang adalah seperti UK terkenal dengan West End dan USA terkenal dengan Broadway.

Di Malaysia, kita telah berura-ura ingin memiliki panggung yang terbaik ini sejak tahun 1964 lagi..kemudian diperkuatkan lagi pada tahun 1971 ketika Kongres Kebudayaan Kebangsaan berlangsung...akhirnya pada tahun 1995 baharulah terbina sebuah panggung yang bertaraf dunia itu...yang amat canggih dan terkini peralatan pementasannya..

Canggih sangat ke pentas IB ni?

Ya...memang canggih!! kalau dah harga pembinaannya mencecah RM210 juta ketika itu...sudah tentu ia bukan calang-calang panggung teater... kan? Sewaktu pembinaannya sekitar tahun 1997, saya sendiri telah berjumpa dengan orang yang bertanggungjawab dalam merealisasikan kecanggihan pentas tersebut iaitu Dr. Malcom White dan Robin Ray...mereka berdua inilah yang telah mereka bentuk kecanggihan teknikal pentas IB..manakala bangunan IB p**a di rekabentuk oleh Arkitek Kamar Yaakob...anggaran kos untuk kecanggihan pentas sahaja berjumlah RM60 juta...

Kecanggihan IB adalah tertumpu pada bahagian pentasnya atau dipanggil 'bahagian dapur'...ruang pentas yang sangat luas dan besar..ia termasuk sistem pergerakan pentas (wagon system dan stage lift), sistem penggantungan (fly system), sistem komunikasi antara SM dan petugas-petugas yang lain (communication system), sistem cahaya, sistem audio, sistem multimedia dan lain-lain lagi.

Penonton akan teruja dengan unsur-unsur kekaguman yang ditunjukkan dalam sesebuah pementasan di IB khususnya apabila peralatan persembahan seperti set dan prop yang akan memasuki ruang pentas menggunakan sistem pergerakan pentas dengan menggunakan kawalan komputer..penampilan set atau prop yang menggunakan teknik sebegini adalah merupakan suatu kesan pembangunan teknologi yang terdapat dalam seni persembahan pentas masa kini dan telah membuahkan hasil serta mendapat tempat di hati khalayak seni persembahan pentas di seluruh dunia.

Selain itu, sistem pencahayaan dan sistem audio yang terkini juga telah membantu menaikkan lagi unsur-unsur spectacular dalam sesebuah persembahan. Tidak ketinggalan juga sistem multimedia dengan imej grafik atau animasi yang digunakan bagi menyokong kesan artistik dalam menggambarkan sesuatu visual persembahan.

Perlu ke IB secanggih itu?

Ya...perlu..sebab dunia pementasan juga sama seperti industri-industi lain yang harus dilihat sebagai sebuah industri yang mampu memberi pendapatan ekonomi kepada golongan yang memilih kerjaya dalam industri ini. Malah, ia juga mampu memberi p**angan kepada ekonomi negara. Ini terbukti di negara-negara maju bahawa industri ini telah memberi pendapatan yang lumayan kepada syarikat-syarikat yang menerbitkan produksi yang canggih. Sebagai contoh, Cameron Mackintosh dari UK telah menjadi jutawan dalam industri ini dengan menerbitkan beberapa produksi yang pop**ar seperti Miss Saigon, Les Miserables, Merry Poppins, Phantom of the Opera dan lain-lain lagi.

Jika pihak-pihak tertentu tidak melihat perkara ini sebagai cabang industri sudah tentu dunia pementasan di Malaysia akan malap dan tidak berkembang seperti hari ini. Bagi mengangkat industri ini setanding dengan pencapaian di negara-negara maju, sudah tentu Malaysia juga harus mempunyai panggung teater secanggih negara lain juga. Hari ini, walaupun belum menjadi sebuah industri yang besar, namun saya melihat ia telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan khalayak seni persembahan pentas di negara ini. Pada masa yang sama, penonton hari ini juga telah sanggup untuk membayar satu tiket bagi sesebuah persembahan dengan harga mencecah RM300. Ia amat ketara sekali jika dibandingkan dengan harga tiket di sekitar tahun 90an yang sekadar RM10-RM20 sahaja. Jika dilihat dari peningkatan tersebut, ia ternyata bahawa dengan adanya IB yang canggih itu, perkembangan industri ini amat ketara sekali di negara ini.

Cabaran bagi mengangkat industri ini menjadi sebuah industri yang kukuh masih jauh lagi...dan ia merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pihak khususnya bagi mencapai hasrat kerajaan melalui Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN 2009).

Memang agak s**ar untuk anda membayangkan kecanggihan IB ini..kalau hanya dengan membaca tulisan saya sahaja...oleh itu saya syorkan anda datang sendiri menyaksikan persembahan di IB bagi mengenalinya dengan lebih dekat lagi..

Cabaran pada IB...:-)

Suatu masa nanti...peralatan yang ada di pentas IB akan dianggap lapok apabila muncul teknologi lagi canggih dan terkini...atau jika ada pesaing baharu yang muncul menandingi IB...atau bila mana penonton tidak lagi merasa kagum dengan sistem pentas yang ada...

TUNTUTAN PENONTON TERHADAP TEKNIK PENYAMPAIAN PERSEMBAHAN PENTAS ADALAH TINGGISalam...Lama sangat rasanya tidak menulis ...
15/10/2020

TUNTUTAN PENONTON TERHADAP TEKNIK PENYAMPAIAN PERSEMBAHAN PENTAS ADALAH TINGGI

Salam...

Lama sangat rasanya tidak menulis apa-apa isu dalam Backstagecall ni...memang ada teringat nak menulis tapi ada sahaja halangan yang perlu diutamakan dahulu...Akhirnya saya mengambil kesempatan hari ini untuk menulis berkenaan isu yang patut dibincangkan kerana pada saya semua orang tahu dan sedar tentang isu tuntutan penonton terhadap teknik penyampaian persembahan pentas tidak perlu dipertikaikan lagi...

Pengguna hari ini adakalanya lebih 'advance' pendedahannya dalam sesuatu isu, lebih-lebih dengan dunia tanpa sempadan hari ini. Jika pihak yang mengeluarkan sesuatu produk leka dan ketinggalan zaman dalam pengeluaran produknya sudah pasti ia mengundang pelbagai tanggapan oleh pihak yang menerima atau menggunakan sesuatu produk itu. Ia akan dianggap sebagai produk basi, produk lama, produk yang tidak mengikut 'trend' dan sebagainya. Pihak pengeluar p**a tidak boleh memaksa pihak pengguna itu agar menerima apa yang dihasilkannya.

Dalam hal ini, ia tidak ketinggalan untuk produk dalam seni persembahan pentas. Pihak produksi yang terlibat hendaklah peka dan mengambil kira 'trend' ini jika ingin menarik lebih ramai penggemar mahupun bertahan dalam industri seni kreatif, kerana dikalangan penonton yang datang menyaksikan sesuatu produk seni juga terdiri dari orang yang berfikiran kreatif dan malah sesetengahnya telah terdedah dengan teknik penyampaian persembahan yang jauh terkehadapan dari sesetengah tenaga produksi yang berkecimpung dalam seni persembahan pentas itu sendiri. Keghairahan penonton yang inginkan persembahan yang lain dari yang lain adalah didorong oleh pelbagai faktor, antaranya pengaruh filem dan TV yang telah menyajikan pelbagai teknik penyampaian persembahan menggunakan perisian atau peralatan canggih dalam penghasilan sesebuah produksi. Penggunaan teknologi terkini dalam teknik penggambaran dan suntingan filem dan TV telah menghasilkan sesebuah produksi yang mampu membawa penonton memasuki ke suatu alam fantasi yang menyeronokkan.

Hasil dari pengaruh tersebut, penonton telah menuntut agar produksi persembahan pentas juga menghasilkan produksi yang serupa, setanding dengan produksi filem dan TV. Dalam soal ini, pelbagai pihak telah membincangkan hal tuntutan penonton terhadap isu ini.

Hal ini telah dinyatakan oleh Thomas (1997):

“Recent years have seen many changes in theatre design and building. Now that audiences can see ‘the real thing’ on television or cinema screen, they expect more stimulation and less visual deception from the theatre. The profesional theatre has been forced to develop quite different methods of presentation where the involvement of the audience is a more integral parts”

Perkara yang sama juga turut ditegaskan dalam Sightline, Journal of Theatre Technology and Design (2003: 24-25):

… to continue working, live theatre has to be provided with an environment appropriate to the changing needs of its product and its audience. Although some of them may be architectural gems, there is no theatre in the world which could not be pulled down and an improvement built to provide the facilities appropriate to the current requirements of audience, performer and technician,…

Dalam temu bual Focus The Magazine of the Association of Lighting Designers, London antara Prema Mehta dengan Lighting Designer Kevin Sleep (2005): Kevin menjelaskan bahawa "...Undoubtly, technology has made leaps and bounds in all aspects from dimmers to moving lights. Control systems allowing multi-parts fades, dimmers allowing much finer control, moving lights making endless possibilities,... (Mehta, Prema 2005, 17).

Cabaran tersebut telah dikongsi bersama oleh tenaga pakar dari Stage Technologies Company Ltd, UK dalam Sightline Spring (2006: 30);

… Marks defines his business as moving scenery and people by computer. Having built firm foundations for the company over the past 10 years, Mark senses that we are only at beginning of a revolution in stage technology and believes the opportunity now exists to convert our industry to use automation more fully,...

In 2007, the German lighting designer Max Keller proposed the theory “there is no theatre without technology”. (Sightline Autumn 2008, 23-24).

Berdasarkan perbincangan diatas, ia terbukti bahawa tuntutan tersebut bukanlah suatu perkara baharu, malah ia telah dibincangkan sejak tahun 90an lagi. Hari ini isu tersebut telah merebak keseluruh dunia dan tidak ketinggalan juga di Malaysia. Dengan terbinanya sebuah panggung teater bertaraf dunia seperti Istana Budaya, ia secara langsung telah menuntut tenaga kerja Istana Budaya agar menghasilkan suatu produksi yang setanding dengan kecanggihan panggung tersebut. Rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat seni persembahan pentas amat teruja sekali untuk melihat pementasan-pementasan tempatan yang setanding dengan produksi-produksi tersohor seperti yang terdapat di West End atau Broadway.

Kecanggihan yang terdapat di Panggung Sari Istana Budaya dengan kos pembinaannya RM 210 Juta telah membuka peluang kepada penggiat seni persembahan pentas tempatan untuk menghasilkan produksi yang bertaraf lima bintang, sekaligus menguji kesediaan tenaga belakang tabir sesebuah produksi menghasilkan sesebuah persembahan yang memenuhi tuntutan penonton itu. Malah, panggung tersebut juga menjadi idaman bagi produksi luar dari Malaysia.

Jika diambil kira bermula tarikh beroperasinya Istana Budaya pada tahun 1999 hingga kini, penonton seni persembahan pentas di Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai produksi yang hebat samada dari dalam dan luar negara dan sudah tentu permintaan penonton untuk menyaksikan persembahan yang bertaraf 'spectacular' di Malaysia tidak dapat di pandang remeh lagi.

Cabaran inilah yang perlu dihadapi dan dilalui oleh tenaga belakang tabir sesebuah produksi pentas kini dan pada masa hadapan. Mahu tidak mahu, kesedaran dan persediaan diri oleh mereka yang bertugas sebagai tenaga penting dalam menjayakan sesebuah produksi pentas perlu mempunyai kemahiran tertentu khususnya hal berkaitan dengan pengurusan artistik yang sistematik dan berkesan. Pengurusan artistik yang berkesan telah terbukti mampu mengharungi tuntutan penonton masa kini.

PERCAYALAHH!!! :-)

ISU KESELAMATAN PENTAS: BERINGAT SEBELUM KENA!Salamm...Isu yang saya bangkitkan diatas adalah antara isu-isu yang kurang...
14/10/2020

ISU KESELAMATAN PENTAS: BERINGAT SEBELUM KENA!

Salamm...

Isu yang saya bangkitkan diatas adalah antara isu-isu yang kurang diberi perhatian oleh banyak pihak dalam pengurusan sesebuah produksi. Malah boleh dikatakan isu ini hanya di pandang sepi, dan dianggap tidak perlu diberi perhatian yang serius selagi tidak ada insiden yang boleh mengancam nyawa manusia berlaku. Tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang mengambil berat akan isu ini, tapi rata-rata masih banyak lagi pihak-pihak yang tidak meletakkan keutamaan tentang isu keselamatan ini. Mereka hanya mementingkan tarikh persembahan yang seharusnya berlangsung mengikut perancangan yang telah ditetapkan, walaupun pada asasnya persembahan tersebut dalam keadaan berisiko tinggi, samada risiko kepada para pekerja pentas, artis atau penonton yang hadir.

Hal ini timbul, apabila mereka tidak mengambil berat soal bagaimana dan jangkamasa persiapan sesebuah produksi patut dilaksanakan. Pengamalan isu-isu keselamatan bermula daripada proses persiapan pentas, persiapan teknikal, latihan, latihan penuh berkostum dan persembahan. Malah, ia bermula lebih awal lagi, yakni pada peringkat rekaan produksi, samada rekaan set dan props, rekaan pentas, pemilihan peralatan teknikal, penentuan lokasi persembahan dan sebagainya.

Dalam amalan pengurusan keselamatan (H&S), walau secanggih mana sekalipun sesuatu idea, jika ia tidak selamat untuk direalisasikan, idea tersebut akan dilupakan atau dipertimbangkan dengan idea alternatif. Dalam hal keselamatan, ia tidak di perdebatkan samada ia adalah atas arahan atau atas keperluan produksi. Ini tidak bermaksud bahawa isu keselamatan menjadi penghalang kepada kreativiti. Malah, kreativiti akan lebih mencabar jika sesuatu idea itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, walaupun idea tersebut dikatogerikan sebagai idea yang berisiko tinggi. Ini dapat dibuktikan dalam Muzikal Phantom of the Opera, bagaimana sebuah lampu 'chandelier' yang seberat melebihi 300kg terbang melayang di atas kepala penonton dan seterusnya berhenti dengan tepat dihadapan seorang pelakon dan kedudukan lampu tersebut hanya berada di paras beberapa inci sahaja dari lantai pentas. Babak tersebut amat mengerikan samada pelakon, penonton dan juga tenaga produksi yang terlibat.

Jadi, bagaimana idea tersebut dilakukan dan bagaimana isu keselamatan diambil kira?

Sebenarnya, idea menerbangkan lampu tersebut bukan hanya melibatkan tugasan atau hasil tangan pereka set atau prop semata-mata. Ia telah melihatkan banyak pihak dalam merealisasikan idea tersebut. Saya telah diberitahu oleh pengarah teknikal muzikal tersebut, bahawa bagi menjayakan idea tersebut, selain dari pereka set, ia telah melibatkan tiga orang jurutera iaitu jurutera eletronik, jurutera elektrik dan jurutera makanikal. Ketiga-tiga mereka telah bekerjasama untuk menjayakan unsur kekaguman tersebut dengan selamat. Dari aspek lain p**a, proses melatih babak tersebut memakan masa yang lama bagi memastikan ia betul-betul selamat untuk digunakan.

Produksi kita tidak mengamalkan sistem sedemikian, tetapi ingin mencipta suatu keajaiban di pentas dengan menggunakan andaian-andaian yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya andaian tersebut adalah tidak tepat dan berisiko. Oleh kerana desakan kerana ingin melihat aspek 'spectacular' dalam persembahan, idea tersebut terpaksa dilaksanakan juga walaupun pada asasnya tidak diketahui samada idea tersebut selamat atau tidak.

Bagaimana menilai tahap keselamatan?

Individu yang seharusnya bertanggungjawab secara langsung terhadap isu-isu keselamatan di belakang pentas adalah seperti Pengurus Produksi, Pengarah Teknikal dan Pengurus Pentas. Mereka harus merangka suatu perancangan terhadap langkah-langkah keselamatan yang patut diambil dalam sesebuah produksi. Bagi urusan keselamatan penonton, individu yang harus bertanggungjawab adalah pengurus panggung (house manager).

Ciri-ciri penilaian keselamatan (risk assesment) yang diamalkan oleh Health & Safety Executive, England dalam buku The Event Safety Guide (1999) adalah:

Kenal pasti punca kemalangan?
Siapa yang bakal terlibat?
Apakah kesannya?
Bagaimana untuk mengelakkannya?
Bagaimana untuk memaklumkannya?

Kelima-lima kriteria diatas menjadi panduan dalam menentukan prosedur atau penilaian keselamatan yang akan dipatuhi oleh semua pihak. Jika jawapan bagi kelima-lima kriteria tersebut memberi jawapan kepada tahap risiko yang tinggi, sesuatu keputusan perlu dibuat dengan serta-merta dan tiada kompromi.

Pada masa yang sama, sistem pengurusan keselamatan hendaklah dipantau dan diselia pada setiap masa. Antara proses pengurusan keselamatan yang perlu ditekankan ialah:

Sediakan polisi keselamatan
Pastikan ia diamalkan oleh semua pihak
Pastikan cara yang sesuai untuk menyampaikan polisi
Kawal selia tahap keselamatan
Post-Mortem (review)

Dalam hal keselamatan, sepatutnya penonton juga mempunyai hak dalam menentukan tahap keselamatan ketika mereka menonton. Mereka berhak untuk memastikan bahawa mereka menonton dalam keadaan selesa dan selamat. Walaubagaimanapun, penonton di negara ini juga tidak sedar dan tidak mengambil tahu tentang hak keselamatan mereka, selagi tidak ada insiden menimpa mereka.

Sebagai contoh di Istana Budaya, pada bahagian 'proscenium arch' pentas Istana Budaya telah dibina sebuah dinding yang dipanggil 'fire curtain'. Tujuan pembinaan 'fire curtain' itu adalah menepati piawaian antarabangsa, yakni jika berlaku sebarang kebakaran 'fire curtain' tersebut akan diturunkan bagi memastikan kebakaran tersebut tidak merebak kepada penonton. Sepatutnya, ia menjadi amalan bahawa setiap kali persembahan, 'fire curtain' akan diturunkan dihadapan penonton sebagai memaklumkan kepada penonton bahawa mereka menonton dalam keadaan selamat jika berlaku sebarang kebakaran. 'Fire Curtain' akan dipertontonkan sebelum bermula persembahan dan ketika waktu 'intermission' atau 'interval'. Sebagai hak penonton, jika kebakaran berlaku dan didapati 'fire curtain' tidak berfungsi dan penonton tercedera akibat kebakaran tersebut, mengikut undang-undang pihak penonton boleh menyaman pihak penganjur diatas kecuaian tersebut.

Buat masa ini pihak pengurusan produksi masih 'beruntung' kerana belum ada insiden yang berlaku dan pada masa yang sama penonton juga tidak mengambil tahu hak mereka sebagai penonton. Walaupun ada terdapat insiden-insiden yang berlaku di negara ini seperti kes kematian kanak-kanak akibat terkena serpihan helikopter kawalan jauh di Negeri Sembilan tempohari dan kes kematian remaja yang terkena runtuhan arca menara KLCC di Kelantan suatu masa dulu. Namun, kes-kes sedemikian hanya menjadi topik perbualan dan pendedahan media massa untuk seketika, dan terus hilang dek masa dan hanya menjadi kenangan sejarah kepada keluarga mangsa dan penganjur.

Sebenarnya, banyak perkara yang ingin dibincangkan mengenai keselematan dalam produksi seni persembahan dan kelemahan sistem pengurusan keselamatan, namun agar s**ar untuk diterangkan satu persatu dalam tulisan sini. Misalnya, tahap keselamatan apabila menggunakan dry ice, strobe lights, sound effects, fire effects, pyrotechnics dan lain-lain lagi.

Sebagai kesimp**an kepada perbincangan ini, sekali lagi saya mengulangi tajuk di atas: Isu Keselamatan Pentas: Beringat Sebelum Kena!.

MENCARI NILAI ESTETIKA DALAM KARYA SENISalamm...Pada tulisan kali ini, saya dengan sengaja beralih kepada perbincangan y...
09/10/2020

MENCARI NILAI ESTETIKA DALAM KARYA SENI

Salamm...

Pada tulisan kali ini, saya dengan sengaja beralih kepada perbincangan yang lain daripada isu-isu backstage...ia berkisar kepada pemikiran dan penghayatan estetika dalam seni. Mengikut ahli sejarah, di Malaysia kehidupan manusia sejak 7000 tahun dahulu telah mula meneroka dan mencipta pelbagai pembaharuan dalam kehidupan, apabila mereka telah bertukar dari zaman batu kepada zaman tembikar. Mereka juga mula menternak binatang, bercucuk tanam dan menjalankan perniagaan berkonsepkan sistem tukar barang 'barter trade'.

Bermula dari pengalaman tersebut, malah lebih awal lagi tingkahlaku serta amalan kehidupan manusia telah dipengaruhi oleh persekitaran alam semulajadi. Manusia melihat dan mendengar segala apa yang terdapat pada flora dan fauna, dan hasil dari pengamatan tersebut telah membentuk sebuah corak serta pegangan yang menentukan sebuah budaya dalam kehidupan. Hasil dari pengamatan mereka itu, maka lahirlah sebuah kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada alam tumbuh-tumbuhan dan binatang. Budaya bukan sahaja dilihat dalam pengertian yang berkisar kepada sesama manusia tetapi turut diungkapkan kehadiran manusia dalam persekitarannya, iaitu melihat ‘human-in-environment’. Manusia dianggap sama seperti binatang kerana terpaksa mengekalkan hubungan adaptif (penyesuaian) dengan ekosistem (system ekologi) mereka demi untuk menjamin kelangsungan hidup. Menurut Rappaport (1968), Budaya adalah tidak lebih hanya satu cara yang merujuk kepada teknik-teknik yang nyata dan dengannya sekelompok penduduk mengekalkan diri mereka dalam persekitarannya (Hanapi Dollah 1997).

Melalui kepercayaan animisme juga telah lahir ukiran-ukiran pada dinding-dinding gua batu yang akhirnya membentuk sebuah ukiran seni dan pada masa yang sama menjadi bahan pemujaan.

Bertolak dari situlah, hari ini ia menjadi inspirasi kepada pengkarya seni visual seperti seni ukiran dan batik menggunakan corak alam tumbuh-tumbuhan sebagai motif dalam karya mereka. Malah, sebelum kedatangan Islam seni ukir dan seni catan juga di pengaruhi oleh corak-corak binatang. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan Islam, motif-motif binatang telah diharamkan dalam seni tersebut.

Pengamatan seni yang telah berlaku sejak dahulu itu, telah mendekatkan diri para pengkarya dengan sebuah pandangan yang ikhlas dan abadi, yang lahir dari penghayatan terhadap ciptaan yang Maha Esa. Kehalusan idea dan kerja tangan oleh pengkarya itu telah melahirkan nilai estetika yang luhur dan memberi makna serta pengalaman disebalik apa yang tersurat dan tersirat.

Bagi mencari nilai estetika sesuatu karya seni, samada seni ukiran atau seni catan, ia memerlukan penghayatan samada melalui penglihatan atau pendengaran dalam mencari makna kebenaran dalam karya tersebut. Mengikut pandangan Read (1943:23), melihat keindahan pada satu persepsi yang artistik. Aktiviti artistik boleh dibahagi kepada tiga tahap. Pada tahap pertama ialah persepsi kepada kualiti bahan. Tahap kedua p**a ialah cara pengolahan bahan bagi mendapatkan rupa, bentuk serta corak yang menarik dan tahap ketiga ialah peranan keseluruhan rekabentuk dalam menimbulkan satu mood dan kesan (Ismail Ibrahim 2007, 4).

Apabila meneliti sesebuah karya seni persembahan seperti teater, muzik dan tarian, penilaian estetika akan berlaku melalui dua pengalaman iaitu logik dan estetik. Pengalaman estetik dan logik akan menggerakkan pancaindera individu. Pencarian nilai estetika adalah berkait rapat dengan pencarian falsafah dalam seni. Sesiapa yang mempelajari falsafah seni akan mempunyai perasaan yang lebih mendalam dan pengalaman yang berbeza dan kesannya mendapat kehidupan yang lebih bermutu (Ahmad Sunawari Long 2008, 18).

Oleh itu, sebagai pemerhati atau pencinta seni, seharusnya kita menilai sesuatu karya dengan cara yang luhur terhadap sesebuah karya seni itu. Walaubagaimanapun, pengalaman kehidupan seseorang juga akan membantu serta membentuk penafsiran yang berbeza-beza terhadap sesuatu karya seni. Perbezaan tafsiran dalam sesuatu karya seni akan melahirkan medan emosi yang tersendiri kepada setiap individu.

Proses pencarian estetika dalam sesebuah karya seni akan terhasil, apabila kita mencarinya dengan pencarian yang ikhlas dan telus. Proses pencarian estetika akan terganggu atau mungkin tidak akan berlaku, jika sekiranya pencarian tersebut digabungkan dengan kehendak naluri yang pada awal-awal lagi telah menolak karya tersebut.

Ada juga sesetengah pihak mendakwa, bahawa sesetengah karya seni tidak mempunyai estetika. Sebenarnya, ia tidak berlaku. Setiap karya seni mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Pengkarya melahirkan sesuatu karya melalui proses pemikiran atau tafsiran yang tulus, yang lahir dari pengamatan yang ikhlas berdasarkan sifat-sifat semulajadi sesuatu perkara.

Penentuan nilai estetika akan berlaku apabila pertembungan antara ketulusan pengkarya dan pencari estetika bersatu di atas satu makna kebenaran yang lahir dari sesebuah karya tersebut.

Oleh itu, mencari nilai estetika dalam karya seni memerlukan tumpuan yang mendalam dan ia juga memerlukan sebuah pemikiran yang waras dan cerdik, kerana dalam mencari estetika, sebenarnya kita sedang meneroka suatu ilmu atau pengalaman yang ada disebalik kewujudan sesuatu. Sebagai contoh, apabila kita melihat lukisan sebuah tasik dengan air yang tenang, kita turut merasai ketenangan tersebut. Penghayatan pengkarya serta nilai estetika yang lahir dari lukisan tersebut telah membawa kita kepada suatu pengalaman indah yang mengkagumi alam ciptaan tuhan yang bersifat kekal abadi.

Begitu juga dengan menyaksikan persembahan teater, muzik dan tarian. Segala pemikiran serta nilai estetika yang dilahirkan adalah gambaran kehidupan sebenar melalui penghayatan semulajadi tingkahlaku manusia samada baik atau buruk. Kesan dari penghayatan tersebut akan membentuk sebuah emosi dan penafsiran baharu tentang kehidupan yang bakal menjadi pilihan manusia. Segala mesej yang disampaikan samada melalui dialog, gerak dan lagu akan memberi kesan positif yang akan bertindak balas melalui peranan psikologi yang akan membentuk perasaan sayang, s**a, marah, benci, sedar, nyaman, segar dan sebagainya.

Oleh itu, mencari estetika dalam karya seni adalah merupakan satu proses penjernihan pemikiran yang secara tidak langsung berlaku semasa pencarian tersebut.

Justeru itu, jernihkanlah pemikiran kita melalui kaedah pencarian nilai estetika yang terdapat dalam sesebuah karya seni..:-)

BAGAIMANA "CUE"DIURUSKAN?Salamm...Lama saya tidak menulis...busy dengan macam-macam hal..:-)Bagi mereka yang biasa terli...
09/10/2020

BAGAIMANA "CUE"DIURUSKAN?

Salamm...

Lama saya tidak menulis...busy dengan macam-macam hal..:-)

Bagi mereka yang biasa terlibat di belakang tabir, saya pasti tahu istilah 'Cue" yang saya maksudkan itu. 'Cue' adalah suatu sistem yang digunakan dalam unit pengurusan pentas dalam mengendalikan sesebuah persembahan. Ada juga saya tengok orang silap tulis perkataan 'Que' bukannya 'Cue'. Bunyi macam sama jer..tapi maksudnya lain. Ia merupakan suatu aturan atau sequence perjalanan suatu aksi atau perlakuan samada aktiviti yang dilakukan oleh artis atau teknikal. Apabila cue dikeluarkan oleh DSM, maka bermula pergerakan oleh perkara-perkara yang disebutkan diatas samada artis atau teknikal.

Sistem 'Cue' perlu diuruskan dengan betul agar perjalanan produksi tidak terganggu, lebih-lebih lagi sewaktu persembahan berlangsung. Kump**an produksi yang bertaraf profesional akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan sistem cue tersebut. Ia di panggil 'Cue Meeting'. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh pereka-pereka, SM Team, Pengarah Artistik (Malaysia) dan Pengarah Persembahan. Dalam mesyuarat tersebut ketentuan 'cue' akan dibincangkan dengan persetujuan pengarah dan pereka-pereka tersebut. Manakala DSM akan mencatat segala 'cue' yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, dalam sesebuah babak, penentuan samada cahaya terang dahulu dan diikuti oleh set atau sebaliknya, adalah merupakan sebuah keputusan artistik yang perlu diselaraskan bersama. Ini bermaksud, tidak semestinya cahaya akan sentiasa menerangi pentas setelah set tersedia. Ia berkemungkinan set tersedia dahulu, sebelum cahaya diterangkan. Begitu juga dengan cahaya dan bunyi, dalam babak seperti antara bunyi burung berkicauan di sebelah pagi dengan cahaya di sebelah pagi juga, perlu diselaraskan. Ada sesetengah pengarah atau pereka memilih bunyi burung dahulu dan diikuti dengan cahaya sinaran pagi dan ada juga yang sebaliknya. Segala keputusan tersebut adalah merupakan keputusan kreatif yang memaparkan tujuan tertentu berdasarkan subjek dan konteks dalam persembahan tersebut.

Apa yang saya ingin perjelaskan di sini adalah, bahawa 'cue' ini tidak boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya sebagaimana tanggapan sesetengah pihak bahawa SM Team atau DSM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sistem 'cue' sesebuah persembahan. DSM tidak sepatutnya memberi 'cue' dengan ses**a hati tanpa persetujuan pengarah dan pereka-pereka. Tetapi, sebaliknya sistem 'cue' adalah merupakan keputusan bersama oleh mereka-mereka yang berkenaan. Oleh itu, sistem 'cue' hendaklah dilakukan lebih awal selewat-lewatnya sebelum 'tehnical rehearsal'. Jika ia tidak dilakukan dengan rapi, proses latihan teknikal akan menjadi lebih lama kerana kekeliruan yang bakal timbul, seperti antara kehendak pengarah persembahan dan pereka dengan tindakan DSM yang telah meletakkan 'cue' yang tidak tepat atau tidak mengikut kehendak pengarah atau pereka.

Bagi sebuah produksi teater, sistem 'cue' tersebut hendaklah dicatat pada skrip teater itu sendiri, yakni skrip yang telah digunakan oleh DSM semasa mengendalikan latihan bersama pengarah. Skrip yang telah dicatat dengan 'cue' juga di panggil 'SM Book'. Dalam SM Book akan tercatat segala pergerakan pelakon, set, prop, artis dan teknikal. Bagi produksi yang berbentuk festival, ia tidak menggunakan SM Book, sebaliknya menggunakan istilah 'Running Order' atau 'Run-Down'. Segala sequence atau cue akan dimasukkan kedalam helaian (sheet) perjalanan produksi. Begitu juga dengan persembahan muzik atau tarian, jika ia tidak menggunakan skrip, sistem cue bersesuaian adalah menggunakan 'Running Order' atau 'Run-Down'.

Dalam aspek lain, sistem penyampaian 'cue' juga hendaklah menggunakan sistem komunikasi yang betul. Dalam sesebuah produksi teater, alat yang paling sesuai adalah menggunakan 'Headset Intercom' atau menggunakan 'Cue Lights System'. Sistem tersebut digunakan adalah bagi mengelak penonton mendengar segala arahan cue yang dilakukan semasa persembahan berlangsung. Bagi 'Cue Lights System' p**a amat bersesuaian bagi persembahan teater yang menggunakan ruang Arena atau Thrust, dimana penonton amat dekat sekali dengan pelakon dan pekerja pentas. Bagi persembahan berbentuk festival mungkin boleh menggunakan peralatan komunikasi lain seperti walkie-talkie. Walabagaimanapun, sistem walkie-talkie mempunyai kelemahannya yang tersendiri kerana ia memerlukan volume level yang tinggi ketika menggunakannya, khususnya semasa persembahan, lebih-lebih lagi jika ia digunakan berdekatan dengan sistem pembesar suara (speaker) yang kuat. Oleh kerana kelemahan tersebut, ia akan menggangu pendengaran atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak SM Team. Oleh itu, penggunaan 'Headset Intercom' juga dilihat amat bersesuaian dalam acara berbentuk festival.

Pendek kata sistem pengurusan cue dalam sesebuah produksi adalah amat penting dan ia perlu diuruskan dengan betul bagi memastikan proses perjalanan produksi berjalan lancar. Jika hal ini tidak ditanggani dengan baik, ia akan memberi tekanan kepada semua pihak khsususnya SM Team yang terpaksa melakukan 'try & error' dan pada masa yang sama ingin memastikan hal-hal lain juga di tahap terbaik.

Pengarah persembahan juga harus memainkan peranan dalam soal ini, jika mahu melihat tenaga produksi bekerja dalam keadaan harmoni dan beliau perlu menitikberatkan soal-soal remeh ini tetapi memberi makna dan pengertian yang besar kepada perjalanan keseluruhan produksi..:-)

Address

Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Telephone

0193791957

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Backstage CALL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Backstage CALL:

Share