National Symphony Orchestra Malaysia

National Symphony Orchestra Malaysia The National Symphony of Malaysia based in Istana Budaya, Ministry of Tourism, Arts and Culture.

Sejarah National Symphony Orchestra (NSO) telah bermula pada tahun 1989, setelah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melantik seramai 17 Ahli Muzik Profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut. Pada tahun 1993, NSO telah dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada ketika itu. Sejak dilancarkan pada 28 Ogos 1993, NSO

telah mengadakan pelbagai corak persembahan selaras dengan kehendak semasa, dalam dan luar negara. Selain memainkan lagu-lagu klasikal barat, opera, ballet dan muzikal, orkestra ini juga sentiasa mendapat perhatian apabila banyak mengiringi artis-artis terkemuka tanah air seperti Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wings, Jamal Abdillah Jaclyn Victor, Stephen Rahman Hughes dan ramai lagi, Selain itu, NSO turut dijemput bagi menjayakan konsert ternama seperti “Harry Potter and the Philosopher’s Stone in Concert 2017″, “Distant Worlds” dan banyak lagi. Antara persembahan NSO di luar negara adalah di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena “Asia Orchestra Week 2004”. Hubungan erat NSO dengan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Kedutaan Asing menjadikan populariti NSO meningkat dan orkestra ini turut menerima pimpinan dari konduktor undangan terkenal dunia. Kini, NSO dianggotai seramai 43 Ahli Muzik profesional sepenuh masa dibawah pimpinan Datuk Mustafa Fuzer Nawi. Selain itu, khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahannya.

Address

Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50694

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Symphony Orchestra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to National Symphony Orchestra Malaysia:

Shortcuts

Share

Category