Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak

Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak DSSM Perak ditubuhkan secara rasmi pada 4 Oktober 2019 dengan nombor pendaftaran ROS PPM-010-08-04102019. ads

Permanently closed.

DSSM Perak bermatlamat menghimpumkan seluruh Perguruan Seni Silat di Negeri Perak dan bersama dalam memelihara seni silat serta adat istiadat Melayu

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapanKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-P...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Daulat Tuanku!

Sembah Takzim daripada,

Yang Di-Pertua DSSM, Barisan Kepimpinan Tertinggi DSSM dan Seluruh perguruan,Ahli DSSM Negeri Perak.

Selamat Hari Lahir YBrs. Tuan Mohamad Zuraimi Razali , Yang Di-Pertua Persatuan Dunia Persatuan Dunia Seni Silat Melayu ...
29/05/2026

Selamat Hari Lahir YBrs. Tuan Mohamad Zuraimi Razali , Yang Di-Pertua Persatuan Dunia Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah

Aidiladha bukan sekadar peristiwa korban. Tetapi ibrah dalam pengorbanan dan keikhlasan daripada diri kepada Allah. Semo...
25/05/2026

Aidiladha bukan sekadar peristiwa korban. Tetapi ibrah dalam pengorbanan dan keikhlasan daripada diri kepada Allah.

Semoga Korban dan Pengorbanan yang kita lakukan, mendapat rahmat serta diterima disisi Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd ❤

Selamat Menyambut Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dengan pe...
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh hikmah serta membimbing anak bangsa dengan keikhlasan dan kasih sayang.

Sesungguhnya, jasa seorang guru bukan sekadar terpahat di lembaran kejayaan akademik, bahkan terpahat dalam pembentukan akhlak, sahsiah dan masa depan ummah. Dalam lembut nasihatnya terselit doa, dalam tegas didikannya tersimpan kasih, dan dalam setiap pengorbanannya lahirlah generasi yang mengenal adab serta menghargai ilmu.

Pepatah Melayu menyebut, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Maka guru p**a meninggalkan warisan paling berharga — ilmu yang terus mengalir manfaatnya sepanjang zaman.

Semoga segala penat lelah, pengorbanan dan jasa para pendidik dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT serta terus diberikan kekuatan dalam mendidik generasi pewaris agama, bangsa dan negara. Terima kasih guru. Jasamu sentiasa dikenang, budimu sentiasa dijulang

Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belak...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan dan kemajuan negara.
Segala usaha, dedikasi dan pengorbanan anda adalah pemangkin kepada kestabilan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

“Penggerak Kemajuan Negara” bukan sekadar kata-kata, tetapi lambang semangat dan komitmen setiap insan yang bekerja dengan penuh amanah dan integriti.
Semoga segala jasa dan penat lelah anda diberkati serta terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Ikhlas daripada,

MOHAMAD ZURAIMI BIN RAZALI P.J.K, P.P.T
Yang Dipertua Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak
Timbalan Presiden Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia

DSSM PERAK TERUS AKTIF MEMPERKASA UKHWAH & WARISAN SILAT MELAYUPada malam Sabtu, 25 April 2026 (malam Ahad), Dunia Senu ...
26/04/2026

DSSM PERAK TERUS AKTIF MEMPERKASA UKHWAH & WARISAN SILAT MELAYU

Pada malam Sabtu, 25 April 2026 (malam Ahad), Dunia Senu Silat Melayu Malaysia Negeri Perak (DSSM) Perak telah menerima tiga jemputan khas serentak bagi menghadiri majlis-majlis berprestij yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar negeri Perak.

Antara majlis yang berlangsung adalah:

1. Malam Temasya Pendekar Melayu Raya di Kota Astaka Nilam, Selabak, Teluk Intan

2. Majlis Sambutan Hari Raya Perguruan Seni Silat Cekak Pusaka bersama TAPA Malaysia di Kampar, yang turut dihadiri oleh YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, En. Azman Bin Dato' Seri Yeop Junior ( Orang Besar Jajahan Kampar)

3. Majlis Pembukaan Gelanggang Baharu Seni Silat Gayung Sri Gemuruh serta penyampaian surat sokongan DSSM Perak di Kampung Bor, Lenggong

Bagi memastikan kehadiran dan sokongan berterusan, Jawatankuasa DSSM Perak telah membahagikan tugasan secara tersusun:

📍 Teluk Intan – Dihadiri oleh Ketua Hulubalang, Penolong Setiausaha serta beberapa ahli dari perguruan berhampiran
📍 Kampar – Dihadiri oleh Ketua Penerangan, Ahli Jawatankuasa DSSM Perak serta ahli-ahli berdekatan
📍 Lenggong – Dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua (YDP DSSM Negeri Perak), diiringi oleh Guru Sesepuh, Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli DSSM Perak

Komitmen ini mencerminkan kesungguhan DSSM Perak dalam memperkukuh jaringan silaturrahim, memperkasa warisan seni silat Melayu serta menyemarakkan semangat persaudaraan dalam kalangan penggiat silat.

Semoga ukhwah dan “SILATturrahim” terus kukuh, mekar dan mewangi di bumi Perak Darul Ridzuan.

Address

Kuala Kangsar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Negeri Perak:

Share