Rumah Rakit Ikhwan

Rumah Rakit Ikhwan Lokasi percutian keluarga/berkumpulan. Bersantai sambil nikmati panorama semulajadi yang segar tanpa gangguan kesibukan bandar.

Di sini juga sesuai untuk mengadakan majlis seperti keraian, mesyuarat, kenduri, tahlil, acara motivasi dan rekreasi.

13/11/2024

Kerajaan Malaysia, melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan petisyen penggulungan terhadap Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tindakan ini dilakukan di bawah Seksyen 465(1)(e) Akta Syarikat 2016, dengan tujuan untuk membubar...

13/11/2024

CUKUPLAH SAMPAI DI SINI SAYA BUAT BISNES HARTANAH LOT.

Berat untuk menyatakan, namun saya nyatakan dengan jelas bahawa kini saya sudah tidak berminat lagi meneruskan jualan hartanah lot dan ingin mengakhiri bisnes hartanah lot yang sudah 10 tahun saya menceburinya.

Antara sebab ialah, ramai yang iri hati dan hasad melihat pencapaian saya dalam bidang hartanah lot sehingga mendorong mereka memfitnah serta melakukan pelbagai ' serangan ' di media masa bagi menjatuhkan imej saya dengan konspirasi terancang termasuk ' pembunuhan karakter '.

Jujur saya katakan, ianya turut didalangi oleh individu individu serta pihak pihak tertentu yang juga terlibat dalam industri hartanah.

Saya tak mahu cerita detail siapa mereka, tapi cukuplah saya katakan bahawa kemunculan saya dalam bidang hartanah yang memperkenalkan jualan hartanah secara ansuran tanpa riba turut mempengaruhi wujudnya konspirasi terancang terhadap saya kerana dikhuatiri menjejaskan perniagaan mereka.

Sesetengah daripada individu ini, sekarang sudah berdepan saman fitnah oleh saya kerana komen komen serta tulisan jahat berunsur fitnah terhadap saya.

Penguduran dalam bidang atau perniagaan hartanah lot bukanlah bermakna saya mengalah atau menyerah , cuma saya tidak mahu membuang masa melayani kerenah golongan golongan ini yang rendah moralnya serta prinsip hidup mereka.

Sepatutnya , kita sama sama berganding bahu membantu masyarakat kurang berkemampuan memiliki hartanah sendiri dencan cara mampu milik, bukannya saling menjatuhkan sesama kita.

Antara lain yang turut mengecewakan saya ialah, segelintir bekas bekas pembeli tanah saya yang menjadi talibarut kepada team pemfitnah di dalam cubaan menjatuhkan saya.

Saya dapat maklumat , ada pembeli pembeli ini ditawarkan sejumlah wang supaya membatalkan jualbeli dengan saya seterusnya mencipta pelbagai persepsi buruk terhadap perniagaan saya.

Alangkah buruk dan jahatnya pakatan pakatan jahat ini di dalam menjatuhkan perniagaan orang lain.

Tidak lain tidak bukan, semuanya berpunca daripada hati yang hasad lagi dengki melihat kemajuan perniagaan orang lain, sedangkan hakikatnya rezeki setiap makhluk itu dalam perbendaharan kekayaan milik Allah semuanya.

Antara sebab lain yang turut mendorong keputusan saya menghentikan perniagaan hartanah lot ialah, saya kini sedang merancang pelbagai cabang perniagaan baru yang lebih berpotensi serta berdaya maju menjelang 2025 nanti.

Apa cabang bisnesnya, biarlah buat masa ini saya susun rapi setiap perancangannya dulu sebelum berkongsi dengan para follower saya di laman sosial.

Dan saya yakin, bisnes baru ini bakal menyumbang kepada sumber pendapatan baru syarikat syarikat kendalian saya dengan lebih mantap.

Sasaran saya ialah, cabang cabang perniagaan baru nanti dapat menyumbang aliran kewangan bernilai puluhan atau ratusan jutaan ringgit setahun, InsyaAllah.

Mungkin, saya akan mengambil masa selama tiga ( 3 ) tahun bermula sekarang untuk membuat jualan jualan penghabisan tanah tanah lot yang masih berbaki pada harga PROMOSI PENGHABISAN.

Dalam pada itu, saya akan uruskan dan kemaskini semua perkara berkaitan perniagaan sebelum ini sebaiknya. Ya, hanya urus selesaikan urusan hartanah sebelumnya, tanpa cadangan menerokai kawasan kawasan hartanah baru.

Dan selepas semuanya selesai , saya akan fokus kepada cabang cabang perniagaan baru yang sedang direncana sebaiknya kini.

Sudah tentu sepanjang 10 tahun menguruskan ribuan hartanah lot terutamanya yang dijual secara ansuran mudah tanpa interest terutamanya kepada golongan kurang berkemampuan, banyak kenangan atau pengalaman pahit manis yang saya lalui.

Pun begitu, dapat membantu orang orang susah memiliki hartanah sendiri melalui kaedah yang saya perkenalkan atau menjualnya pada harga murah sehingga mereka mampu beli, adalah ' keuntungan sebenar ' dan kepuasan terbesar saya. Ya, wang bukan segalanya walaupun segalanya perlukan wang.

Kepada anda semua yang sentiasa menyokong serta mendoakan saya , terima kasih di atas segalanya. Ada yang saya kenal, dan ada yang hanya di alam maya. Apepun, kita tetap bersatu dalam doa.

Semoga kita semua terus berjaya , dan terus terbang tinggi dengan hati tetap membumi!

12/11/2024

Tawaran ambil alih pengurusan atau jualbeli Rumah Rakit Ikhwan

Alhamdulillah rezeki..dapat siakap
07/12/2023

Alhamdulillah rezeki..dapat siakap

Alhamdulillah..rezeki
30/11/2023

Alhamdulillah..rezeki

Alhamdulillah..
24/11/2023

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..siakap dah datang..
09/10/2023

Alhamdulillah..siakap dah datang..

Siakap 4.5kg
09/08/2023

Siakap 4.5kg

Siakap merah datang menyerah..
09/08/2023

Siakap merah datang menyerah..

Pakej terkini di rakit ikhwan..-Memancing RM30 (12 tahun keatas)-Makan ala carte-Bilik standard RM90 (2 orang)-Bilik fam...
19/07/2023

Pakej terkini di rakit ikhwan..
-Memancing RM30 (12 tahun keatas)
-Makan ala carte
-Bilik standard RM90 (2 orang)
-Bilik family 1 RM180 (4 orang)
-Bilik family 2 RM140 (4 orang)
*tambahan bantal RM5/pcs
*Untuk tempahan jamuan/katering harga mengikut menu

Alhamdulillah.. Siakap datang menyerah..
19/07/2023

Alhamdulillah.. Siakap datang menyerah..

Address

Ladang Sg Papan, Sungai Lebam
Kota Tinggi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Rakit Ikhwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share