22/06/2026
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG MONTHLY GAMES COUPLE CHALLENGE 🎳📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera 📢🎳
Sebelum kami mengumumkan pemenang, pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau perkara yang kurang memuaskan sepanjang program berlangsung.
Untuk makluman semua peserta, setiap penilaian dan keputusan telah dibuat secara *adil, telus dan saksama berdasarkan syarat serta kriteria pertandingan yang telah ditetapkan*. Tiada unsur pilih kasih, dan semua peserta diberikan layanan yang sama rata.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas semangat kesukanan, kerjasama dan penyertaan daripada semua peserta. Menang atau kalah adalah lumrah pertandingan, dan kami berharap semua dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka.
Note: Untuk Menuntut Hadiah Boleh ambil selepas 3 hari bekerja ( tidak termasuk hari ahad ) . Boleh ambil terus di kaunter bowling 🙏 maaf atas sebarang kesulitan .