SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu

SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu, Cultural Center, Kk plaza, Kota Kinabalu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada:๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—— ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—–๐—›๐—˜ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐—ž๐—œatas pelantikan rasmi sebagai:๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ผ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป...
10/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada:

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—— ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—–๐—›๐—˜ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐—ž๐—œ

atas pelantikan rasmi sebagai:

๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ผ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ & ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป
๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ž

berkuat kuasa pada 9 Mei 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen serta semangat perpaduan demi terus memartabatkan sukan, seni dan kebudayaan dalam kalangan warga PERAKAN KK.

Selamat menjalankan tugas dan terus maju jaya dalam membawa inspirasi serta kecemerlangan organisasi. ๐Ÿ’ชโœจ

โœจ SEKALUNG PENGHARGAAN โœจSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฌ๐—จ...
10/05/2026

โœจ SEKALUNG PENGHARGAAN โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:

๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—ข๐—™๐—™

atas jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang memegang jawatan sebagai:

๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ผ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ & ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป
๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ž
๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€“ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Terima kasih atas segala usaha, idea dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi memeriahkan serta mengharumkan nama organisasi. Semoga segala jasa dan bakti sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.

โ€œJasa dikenang, bakti disanjung.โ€ โค๏ธ๐Ÿค

9 Mei 2026 | Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Makan Malam anjuran PERAKAN Kota Kinabalu bagi meraikan Ahli Jawata...
09/05/2026

9 Mei 2026 | Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Makan Malam anjuran PERAKAN Kota Kinabalu bagi meraikan Ahli Jawatankuasa yang akan berpindah tempat bertugas.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah sebagai tanda penghargaan atas jasa serta komitmen sepanjang bersama dalam organisasi. Semoga En Bahar terus maju, dipermudahkan segala urusan dan sukses di tempat baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Mohd Ariff serta seluruh AJK PERAKAN Kota Kinabalu atas penganjuran majlis yang penuh bermakna ini. ๐Ÿคโœจ

Futsal Mingguan & Sesi Penyerahan Tugas โšฝ๏ธโšฝ๏ธโšฝ๏ธ๐Ÿ”ดโšช๏ธAlhamdulillah, perlawanan ukhuwah futsal Anak-Anak Kelantan KK (AKFC) s...
09/05/2026

Futsal Mingguan & Sesi Penyerahan Tugas โšฝ๏ธโšฝ๏ธโšฝ๏ธ๐Ÿ”ดโšช๏ธ

Alhamdulillah, perlawanan ukhuwah futsal Anak-Anak Kelantan KK (AKFC) semalam berlangsung dengan meriah dan penuh semangat persaudaraan. Aktiviti ini berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga Kelantan di perantauan sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Program turut dihadiri Ust Mohd Ariff selaku Presiden PERAKAN Malaysia yang hadir memberi sokongan dan semangat kepada komuniti AKFC agar terus aktif bersama.

Majlis juga menyaksikan sesi serahan tugas Ketua Biro Sukan, Seni & Rekreasi AKFC daripada En Bahar kepada En Matt Zulakiman sebagai kesinambungan kepimpinan dan aktiviti komuniti.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan secara mingguan demi mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan warga AKFC. โšฝ๐Ÿ’ช

Majlis Iftar Jamaโ€™ei PERAKAN Cawangan Kota Kinabalu telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 8 Mac 2026 (Ahad) ber...
08/03/2026

Majlis Iftar Jamaโ€™ei PERAKAN Cawangan Kota Kinabalu telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 8 Mac 2026 (Ahad) bermula jam 4.30 petang bertempat di Restoran Masyawi Tanjung Aru.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datoโ€™ Sri Amar Dโ€™Raja Datoโ€™ Hj Mohd Amar bin Abdullah, Speaker DUN Kelantan yang bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama komuniti anak Kelantan di perantauan.

Program ini menjadi platform mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama anak Kelantan di Sabah, di samping menghayati keberkatan bulan Ramadhan dalam suasana penuh kebersamaan.



08/03/2026

Iftar di Bonduk 2.0

UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0Program Ukhuwah Ramadhan & Iftar Bonduk 2.0 telah berlangsung pada hari ini, 17 Ramad...
07/03/2026

UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0

Program Ukhuwah Ramadhan & Iftar Bonduk 2.0 telah berlangsung pada hari ini, 17 Ramadhan 1447 H bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam dengan penyertaan ahli dan rakan komuniti.

Program dimulakan dengan aktiviti pendakian ke puncak bukit yang mengambil masa kira-kira 50 minit. Pendakian ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta yang berpuasa dinbulan yang mulia ini, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan ukhuwah sesama peserta sepanjang perjalanan.

Setibanya di puncak, para peserta mengambil kesempatan menikmati suasana indah menjelang waktu berbuka puasa sebelum bersama-sama menjamah juadah iftar secara sederhana.

Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, sekali gus menyempurnakan pengisian rohani dalam suasana Ramadhan yang penuh keberkatan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengukuhkan ukhuwah, memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi, serta menghayati keberkatan bulan Ramadhan dalam suasana yang santai dan bermakna.

UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0Anjuran SORAK โ€“ Biro Sukan, Seni dan Rekreasi PERAKAN KKSORAK dengan sukacitanya menj...
05/03/2026

UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0

Anjuran SORAK โ€“ Biro Sukan, Seni dan Rekreasi PERAKAN KK

SORAK dengan sukacitanya menjemput semua Anak Kelantan di perantauan serta rakan-rakan yang berminat untuk menyertai program Ukhuwah Ramadhan & Iftar Bonduk 2.0 seperti ketetapan berikut:
๐Ÿ—“ Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 4.30 Petang โ€“ 9.00 Malam
๐Ÿ“ Lokasi: Bukit Botak, Sepanggar

Objektif Program:
โ€ข Mengeratkan silaturrahim Anak Kelantan di perantauan
โ€ข Menzahirkan semangat Muslim walaupun dalam suasana berpuasa
โ€ข Menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti hiking

Program ini menggabungkan elemen riadah santai dan kebersamaan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Diharapkan ia dapat menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

๐Ÿ“Œ Pendaftaran dibuka sekarang!
Imbas kod QR pada poster untuk mengisi borang penyertaan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ž Zahar โ€“ +60 18-463 5211
๐Ÿ“ž Bahar โ€“ +60 13-420 8384

Jumpa anda di puncak! ๐ŸŒ„





KOTA KINABALU, 12 Feb โ€“ Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERAKAN Sabah Kali Ke-11 telah berlangsung dengan jayanya pada mal...
12/02/2026

KOTA KINABALU, 12 Feb โ€“ Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERAKAN Sabah Kali Ke-11 telah berlangsung dengan jayanya pada malam Khamis bertempat di Sup Ikan Kudat, Kepayan, bermula jam 7.30 malam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Bentara Kanan Ustaz Datoโ€™ Haji Ahmad bin Yakob, mantan Menteri Besar Kelantan. Kehadiran beliau sebagai tetamu kehormat menyerikan lagi majlis serta memberi suntikan semangat kepada seluruh ahli yang hadir.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan ahli, pengukuhan organisasi serta peranan aktif persatuan dalam memperkasa komuniti, khususnya dalam aspek kebajikan dan pembangunan ummah. Beliau turut menggesa agar kepimpinan dan ahli terus komited dalam merancang program yang memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

AGM kali ini turut membentangkan laporan aktiviti tahunan, laporan kewangan serta perancangan program bagi tahun semasa. Perbincangan berjalan dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan. Secara keseluruhannya, AGM PERAKAN Sabah Ke-11 dilihat berjaya mencapai objektifnya serta memperkukuh lagi saf kepimpinan dan keahlian persatuan di negeri ini.

27 Jan 2026 | Mesyuarat PERAKAN Kota Kinabalu bertempat di Anak Mami Sembulan yang dipengerusikan oleh Al fadhli Ustaz M...
27/01/2026

27 Jan 2026 | Mesyuarat PERAKAN Kota Kinabalu bertempat di Anak Mami Sembulan yang dipengerusikan oleh Al fadhli Ustaz Mohd Ariff bin Yusoff, Presiden PERAKAN Sabah, Merangkap Pemangku Presiden PERAKAN Malaysia.

Address

Kk Plaza
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share