12/12/2025
Sepanjang sesi full dress rehearsal Teater Mono 'JALAN MENUJU AKHIRAT', karya Dan arahan Roslee Mansor Al-Gemasi yang bakal dipersembahkan pada hari ini. Bah jangan kamu terlepas ya π
_______________________________________
JALAN MENUJU AKHIRAT
4 buah persembahan teater monolog / monodrama - 'MADANI' (watak Nasir), 'KUDUS' (watak Mona), 'NERAKA' (watak Salim) dan 'SIRNA' (watak Halim) ini berhak memilih samada ingin menuju jalan lurus atau sebaliknya.
Mona, dia terperangkap dalam gelas kehidupannya di Mambo Horse kerana peristiwa 21 tahun lalu telah meragut kedewasaannya. Dia bercinta dengan Karim pemuda kampung berusia 20 tahun. Dia ingin keluar daripada lembah dosa yang membelenggu.
Salim, seorang pelarian Rohingya berjuang nyawa untuk menyelamatkan agama dan kampung halaman. Rumahnya dibakar. Abang ditembak, isteri dirogol dan kedua dua ibubapa tidak dapat dikesan.
Nasir, walaupun dia telah banyak kali berjanji tidak mendera isteri tersayang, sifat panas baran tidak mampu dikawal. Isterinya lari meninggalkannya. Nasir kehilangan segala galanya.
Halim, seorang lelaki muflis ketika wabak covid melanda. Projek pembinaan terbengkalai. Dari status jutawan dia bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Dalam keadaan tersepit dengan kehidupan, inilah penentu jalan mana yang mereka pilih untuk masa depan - Jalan Menuju Akhirat βΌοΈ.
Dari tangan pengarah Bangsawan Payung Mahkota, kini Roslee Mansor membawa anda menonton sebuah teater yang mempunyai pelbagai rasa; Gembira, sedih, simpati, benci, geram, menyampah, menyesal, lalu berfikir tentang kehidupan mesti diuruskan sebaiknya.
> Teater Mono JALAN MENUJU AKHIRAT PADA
> 13 DISEMBER 2025
> BILIK SEMINAR JKKN KOTA KINABALU, SABAH
> 1.30 PETANG & 8.30 malam
Jalan MENUJU AKHIRAT diterbitkan oleh Pertubuhan Pembangunan Ehsan Dan Multimedia, disokong oleh MOTAC, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Negeri Sabah (JKKN) dan Kelab Anak Teater Sabah (KATS).
Sila buat tempahan tiket sekarang kerana kerusi menonton adalah terhad. Hubungi +60169520586 untuk keterangan lanjut
, , , , , , ,