21/04/2021
Congratulation again to the winner of 2007 ,Bintang RTM Malaysia, Rey Kimara for his latest single "FANTASI CINTA" , whom we produced few months back...
More to come!
cheers amigos🍻
________________________________________
Kazalinah Kamaludin
[email protected]
IBARAT orang mengantuk disorongkan bantal, impian Juara Bintang RTM 2007 Reynaldo Raymond Paggie atau lebih dikenali sebagai Rey Kimara untuk berkolaborasi dengan penerbit, JUN dalam lagu akhirnya tercapai menerusi single terbaru, Fantasi Cinta.
Menurut penyanyi serba boleh itu, dia sudah
lama meminati hasil kerja JUN , yang banyak
menerbitkan lagu pop**ar, antaranya, Alfian
dendangan Esther Applunius yang dinobatkan Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) RTM 2018 dan Terbang nyanyian Felix Agus.
Membuka cerita, Rey memberitahu peluang
berkolaborasi itu datang sendiri menerusi Juntingzon Production pada November2020.
“Saya melihat JUN sebagai salah seorang pemain gitar dan penyusun lagu yang terbaik dinegeri ini. Bagi saya kualiti muzik, susunan laguyang dihasilkan serta idea Jun sentiasa memberi nafas baharu dalam sesebuah lagu yang diterbitkannya."
“Saya dan Jun pernah bekerjasama sebelum
ini pada 2015 tapi itu hanyalah kolaborasi di atas pentas di mana ketika itu saya membuat persembahan manakala dia p**a pemain gitar.Fantasi Cinta merupakan kerjasama pertama kami dalam lagu,” katanya kepada Hiburan Ekspres selepas majlis pelancaran single Fantasi Cinta di VOK Café, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim merasmikan pelancaran itu.
Rey yang juga Pengurus Stesen VOKfm Sabah berkata, dia mendengar ‘demo’ lagu Fantasi Cinta sebelum memberi persetujuan untuk bekerjasama.
“Saya tidak terus bersetuju. Sebaliknya, sesuatu lagu perlu dinilai terlebih dulu sama ada lagu terbabit boleh pergi jauh atau tidak.
Sebaik mendengar ‘demo’ diberi, saya tidak
nafikan Fantasi Cinta sedap dan mampu menonjolkan kekuatan vokal saya,” katanya.
Fantasi Cinta, ciptaan sepenuhnya Don,
mengetengahkan genre rock.
Walaupun ini bukanlah percubaan perta-
manya menyampaikan lagu rock, Rey berkata, Fantasi Cinta mempunyai kekuatan sendiri.
“Keunikan Fantasi Cinta tidak hanya terletak
pada vokal, lirik, melodi dan muzik semata-mata tetapi juga pada karakter saya sendiri yang seakan sebati dengan lagu ini.
Saya sebelum ini memang mempunyai be-
berapa buah lagu rock tetapi Fantasi Cinta lebih mencerminkan karakter ‘rocker’ yang sedia ada dalam diri."
"Terima kasih kepada JUN yang berjaya mengesan kualiti yang ada pada saya untuk
disesuaikan dengan lagu ini,” katanya lagi.
Rey berkata, proses rakaman Fantasi Cinta disempurnakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lalu, dalam tempoh tidak sampai satu jam.
“Fantasi Cinta dihasilkan beberapa bulan lalu
pada awal tahun ini.“Pelancaran (lagu) dilaksanakan seperti perancangan awal walaupun ada penangguhan dari
segi masa dan tarikh demi mematuhi SOP
(Prosedur Operasi Standard) semasa. Namun,kami tetap bersyukur dapat melancarkannya,”katanya.
Ditanya mengenai impak pandemik Covid-19
ke atas karier seninya, Rey berkata dia bersyukur kerana dapat mengeluarkan dua single pada tahun lalu iaitu Angan, sebuah lagu Murut ciptaan Ronnie Bahan dan lagu Dusun Miampun Kitoo Nodaa ciptaan Jack KDM Studio.
“Saya gembira dengan kolaborasi ini kerana
teknologi tidak menghalang untuk saya
berkarya.“Tidak dinafikan sebagai seorang pengusahasistem bunyi dan selalu terlibat dalam persembahan nyanyian dan pengacaraan, memang saya terkesan untuk mendapatkan pendapatan aktif.
“Tapi, mujurlah saya dapat mengenali sebuah perniagaan kesihatan. Jauh di sudut hati saya, saya bersyukur walaupun pandemik saya tetap dapat mencuba satu cabang perniagaan yang
baharu.
“Selain itu, saya juga membantu adik saya
Rhowell untuk menguruskan sekolah muzik Fortissimo di Tuaran, yang menawarkan kelas vokal
dan kelas instrumen seperti gitar, piano, key-
board dan banyak lagi,” katanya.
Single Fantasi Cinta, yang menceritakan tentang angan seorang lelaki untuk memiliki
wanita pujaannya, boleh dinikmati menerusi
platform penstriman muzik terpilih seperti
Apple Music, JOOX, Spotify, YouTube dan
YouTube MusiC.