13/10/2026
KREATIF SABAH berpandangan bahawa usaha memperkukuh industri kreatif Sabah perlu dimulakan melalui pendekatan mikro yang praktikal, berfasa dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek, sementara cadangan berskala mega memerlukan tempoh perancangan serta pelaksanaan sekitar tiga hingga empat tahun.
Sebagai langkah permulaan, KREATIF SABAH mencadangkan agar inisiatif pemerkasaan industri kreatif dimulakan di peringkat kerajaan tempatan, khususnya melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Penubuhan Hab Kreatif Bandaraya dilihat sebagai langkah strategik untuk menyediakan ruang pembangunan bakat, penghasilan karya, jaringan kerjasama serta peluang ekonomi kepada penggiat industri kreatif tempatan.
Hab ini berpotensi menjadi model perintis yang boleh dinilai, ditambah baik dan seterusnya dijadikan penanda aras bagi pelaksanaan inisiatif serupa oleh majlis perbandaran dan pihak berkuasa daerah di seluruh Sabah.
Pendekatan ini bukan sahaja membolehkan pembangunan industri kreatif dimulakan dengan lebih segera, malah mewujudkan asas yang kukuh untuk menyokong pelaksanaan inisiatif berskala besar pada masa hadapan.
Kota Kinabalu: Sabah’s arts and creative industry players have been urged to tap into the more than RM130 million allocation under Budget 2027 to strengthen the local film, music and creative co