Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu

Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu No. Pendaftaran: PPM-010-12-11092024

Memartabatkan warisan, bahasa dan budaya Tombonuo di Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Bersatu demi identiti dan generasi akan datang.

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 ✨🌾Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, tetapi lambang kesyukura...
30/05/2026

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 ✨🌾

Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan keharmonian yang menyatukan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya nenek moyang, memperkukuhkan persaudaraan serta memelihara nilai-nilai kebersamaan demi masa depan yang lebih gemilang.

🌾 Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian 🌾

Semoga Pesta Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada seluruh keluarga serta komuniti.

✨ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026! ✨

Ikhlas daripada,
Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu






Isu dadah di Kota Marudu & Pitas bukan lagi kes terpencil—ini krisis sebenar.Setiap tahun tangkap, tapi rangkaian tetap ...
05/05/2026

Isu dadah di Kota Marudu & Pitas bukan lagi kes terpencil—ini krisis sebenar.

Setiap tahun tangkap, tapi rangkaian tetap hidup.
Soalan paling besar: siapa lindungi dalang sebenar?

Kalau kita terus diam, generasi muda akan jadi mangsa seterusnya.

Jangan tunggu—lapor, lawan, selamatkan komuniti.

Rangkaian Dadah Kian Kukuh di Kota Marudu & Pitas: Siapa Dalang Sebenar?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daerah Kota Marudu dan Pitas dilihat semakin dibelenggu oleh masalah penyalahgunaan serta pengedaran dadah, khususnya melibatkan syabu. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan apabila trend kes menunjukkan peningkatan, seolah-olah rangkaian pengedaran semakin tersusun, manakala jumlah pengguna p**a terus bertambah.

Pada tahun 2021, beberapa siri tangkapan telah direkodkan di kedua-dua daerah ini. Pada September, seramai tujuh individu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berumur antara 24 hingga 53 tahun ditahan dalam tempoh enam hari. Operasi melibatkan serbuan di premis seperti kedai cuci kereta dan kenderaan yang disyaki menjadi lokasi aktiviti pengedaran, dengan rampasan syabu dalam jumlah puluhan gram. Pada Disember p**a, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di Kampung Ranggu, Pitas bersama lebih 81 gram syabu, wang tunai sekitar RM8,000 serta sebuah kenderaan, dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Memasuki tahun 2022, kegiatan ini masih berterusan. Pada Februari, sepasang kekasih ditahan kerana disyaki mengedar dadah. Sekitar Mac hingga April, beberapa individu yang dipercayai “tokan” turut diberkas, termasuk satu kes di Kampung Gailun Laut, Pitas melibatkan rampasan 53.4 gram syabu. Penahanan berulang individu dengan rekod lampau menunjukkan kitaran jenayah ini sukar diputuskan sepenuhnya.

Situasi ini tidak menunjukkan tanda reda pada tahun-tahun berikutnya. Pada Mac 2024, seorang lelaki berusia 30-an ditahan di Kampung Kandawayon dengan 74.33 gram syabu yang dibungkus dalam 239 paket kecil, dipercayai untuk pengedaran. Siasatan mendapati bekalan kemungkinan diperoleh dari Kota Kinabalu, sekali gus menggambarkan wujudnya rangkaian antara daerah.

Pada Ogos 2025, kegiatan pengedaran semakin tersusun apabila dua lelaki dan seorang wanita ditahan di Kampung Togop. Mereka dipercayai menggunakan kaedah COD (cash on delivery) serta menerima pelanggan terus ke rumah. Rampasan melibatkan lebih 112 gram syabu, menunjukkan operasi yang semakin berani dan terbuka.

Sehingga tahun 2026 (setakat Mei), beberapa kes masih direkodkan di sekitar Kota Marudu dan Pitas. Pada Januari, seorang lelaki warga asing ditahan di Jalan Ranau selepas didapati positif methamphetamine dan amphetamine serta dikaitkan dengan barangan curi. Pada Mac, tiga lelaki muda berumur antara 21 hingga 25 tahun ditahan dalam operasi kes curi kabel di Kampung Tagas dan semuanya positif dadah. Dalam bulan yang sama, dua lagi lelaki ditahan di Kampung Telaga dengan rampasan sekitar 53 gram syabu.

Kes-kes ini menunjukkan bahawa masalah dadah di kedua-dua daerah ini bukan lagi isu terpencil, tetapi telah berkembang menjadi satu krisis sosial yang serius. Ia memberi kesan besar kepada masyarakat, termasuk peningkatan jenayah seperti kecurian, keruntuhan institusi keluarga, serta penularan gejala sosial dalam kalangan belia.

Dalam masa sama, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat: mengapa dalang utama atau “raja dadah” masih sukar ditumpaskan sepenuhnya? Bagaimana rangkaian ini terus berkembang sehingga ada yang dipercayai semakin kaya, sedangkan masyarakat setempat menanggung kesannya?

Di peringkat akar umbi, peranan komuniti tidak boleh dipandang ringan. Ketua Kampung, JPKK/JKKK serta Rukun Tetangga (KRT) perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam membanteras kegiatan ini. Sikap berdiam diri hanya akan membuka ruang kepada kegiatan ini terus berleluasa dan merosakkan masyarakat. Tindakan menutup mata atau tidak melaporkan sebarang maklumat juga boleh dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap komuniti, seolah-olah melindungi kegiatan yang jelas membawa mudarat kepada generasi akan datang.

- Marudu News

24/04/2026

perarakan berkenaan akan melibatkan seramai 560 peserta termasuk 182 presiden persatuan etnik dan badan kebudayaan, mewakili 35 etnik utama di negeri ini.

Pautan berita penuh diruangan komen

08/03/2026

6 Mac 2026PAITAN: Penduduk Kampung Binanjar Baru, di sini, yang menjadi mangsa banjir, baru-baru ini, terus mendapat perhatian apabila menerima bantuan daripada pelbagai pihak.Bantuan terbaru disampaikan Ketua CLC UPKO Sugut, Juli Apang yang turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 3...

Perjalanan jauh, tapi demi membantu komuniti… semuanya berbaloi. 🤝Program Misi Bantu Paitan di Kg Binanjar berjaya dilak...
06/03/2026

Perjalanan jauh, tapi demi membantu komuniti… semuanya berbaloi. 🤝

Program Misi Bantu Paitan di Kg Binanjar berjaya dilaksanakan hasil kerjasama
Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu, CLC UPKO Sugut dan TANTARU TAGAP Adventure Club.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini. ❤️





03/03/2026
25/12/2025

Alhamdulilah masih diteruskan 👏👏

Bermula 11 January 2026, RM150 bantuan persekolah akan diberikan kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 6. Seramai 5.2 juta murid sekolah bakal mendapat bantuan persekolah bagi meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan.

🔥 SABAH BOLEH! 🔥Jom pigi Tenom! 🌿✨📍 Karnival Momogun 2025🗓️ 20 September 2025 (Sabtu)⏰ 8 pagi – 6 petang🏛️ Pusat Kebuday...
12/09/2025

🔥 SABAH BOLEH! 🔥

Jom pigi Tenom! 🌿✨
📍 Karnival Momogun 2025
🗓️ 20 September 2025 (Sabtu)
⏰ 8 pagi – 6 petang
🏛️ Pusat Kebudayaan Murut Sabah

Semuanya ada 👉 Tarian tradisi 💃, pakaian etnik 👑, makanan asli 🍲 & persembahan budaya penuh warna-warni! 🌈

💡 Tema tahun ini: “Memupuk Perpaduan Melalui Kebudayaan” ✨

Mai sama-sama kita raikan budaya, raikan perpaduan! ❤️




Address

Kota Kinabalu
88500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Persatuan Tombonuo Kota Kinabalu:

Share