SK Tansau Putatan

SK Tansau Putatan 🏫 SK Tansau Putatan, Penampang, Sabah
πŸ“š Dedicated Towards Excellence

πŸŽ‰ CONGRATULATIONS, CHRISTABELLE CHASYA LORIK! SK Tansau has another reason to celebrate today! Kudos to our talented sto...
11/06/2026

πŸŽ‰ CONGRATULATIONS, CHRISTABELLE CHASYA LORIK!

SK Tansau has another reason to celebrate today! Kudos to our talented storyteller, Christabelle Chasya Lorik, for winning 1st Runner Up in the Storytelling Competition Penampang District Level 2026 (11th June 2026).

She gracefully brought the legendary cultural story of "Huminodun, The Sacrifice of Love" to life on stage and made the entire school proud. πŸŒΎπŸ†

Thank you to the school administration, teachers, and family for the unwavering support. Keep reaching for the stars, Christabelle! πŸ’ͺ✨

πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! βœ¨πŸ“šCuti telah berakhir, kini tiba masanya untuk kembali menimba ilmu dengan semangat dan a...
07/06/2026

πŸ“šβœ¨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! βœ¨πŸ“š

Cuti telah berakhir, kini tiba masanya untuk kembali menimba ilmu dengan semangat dan azam yang baharu.

Pastikan semua persiapan sekolah telah lengkap dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran dengan cemerlang.

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI PENANGGUHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TANSAU KALI KE-42, 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimak...
04/06/2026

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI PENANGGUHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TANSAU KALI KE-42, 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Tahunan SK Tansau Kali Ke-42, 2026 terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan murid serta kekangan ruang aktiviti berikutan pelaksanaan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 6 Bilik Darjah dan Kemudahan Lain SK Tansau.

πŸ“ Sepanjang tempoh ini:
βœ… Murid hadir ke sekolah seperti biasa.
βœ… Sesi PdP berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
βœ… Murid perlu membawa buku mengikut jadual waktu kelas.
βœ… Pakaian murid adalah seperti yang ditetapkan mengikut hari persekolahan.

πŸ“… Taklimat lengkap berkenaan perkara ini akan disampaikan kepada semua murid pada 8 Jun 2026 (Isnin).

Pihak sekolah memohon kerjasama dan pemahaman daripada semua ibu bapa, penjaga serta warga sekolah. Keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan kami.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

19/05/2026

πŸ† TAHNIAH SK TANSAU! πŸ†

πŸ† TAHNIAH SK TANSAU! πŸ†Tarikh : 14 Mei 2026Tempat: SK Kg Contoh PenampangSyabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bica...
19/05/2026

πŸ† TAHNIAH SK TANSAU! πŸ†

Tarikh : 14 Mei 2026
Tempat: SK Kg Contoh Penampang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bicara Berirama SK Tansau atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bicara Berirama 2026 (Sekolah Rendah) Peringkat Daerah Penampang. 🎀✨

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen dan semangat kerjasama murid serta bimbingan para guru yang tidak pernah mengenal penat lelah. 🌟

Guru Pembimbing :

πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Rosnie Sarabun
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Rasidah Binti Daugan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. πŸ’™πŸ’›

✨ Dedicated Towards Excellence ✨



πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ MSSD PENAMPANG 2026 πŸ…Tahniah dan selamat maju jaya kepada pasukan Tansaurian Athletics yang akan mewakili sekol...
19/05/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ MSSD PENAMPANG 2026 πŸ…

Tahniah dan selamat maju jaya kepada pasukan Tansaurian Athletics yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSD Penampang 2026. πŸ’ͺπŸ”₯

Tarikh kejohanan : 20-22 Mei 2026
Tempat : Kompleks Sukan Penampang

Semoga semua atlet diberikan kekuatan, semangat juang yang tinggi dan mencapai kejayaan yang membanggakan. Teruskan berusaha, berdisiplin dan berikan yang terbaik demi sekolah tercinta.

✨ β€œBerjuang dengan semangat, bertanding dengan maruah.” ✨



🌟 PERTANDINGAN PIDATO SR PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2026 🌟Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada adik Maziah...
19/05/2026

🌟 PERTANDINGAN PIDATO SR PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2026 🌟

Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada adik Maziah yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Pidato SR Peringkat Daerah Penampang 2026.

Semoga diberikan keyakinan, kelancaran dan kejayaan sepanjang pertandingan berlangsung. Teruskan berusaha dan berikan yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah. πŸ’ͺπŸ“š

πŸ€ Semoga Berjaya, Maziah! πŸ€

✨ Selamat Maju Jaya Pasukan Bicara Berirama SK Tansau! ✨Warga sekolah mendoakan kejayaan buat Pasukan Bicara Berirama SK...
13/05/2026

✨ Selamat Maju Jaya Pasukan Bicara Berirama SK Tansau! ✨

Warga sekolah mendoakan kejayaan buat Pasukan Bicara Berirama SK Tansau yang akan menyertai Pertandingan Bicara Berirama SR Peringkat Daerah Penampang 2026

πŸ“… Tarikh: 14 Mei 2026
πŸ“ Tempat: SK Kg Contoh, Penampang

Semoga semua peserta diberikan keyakinan, semangat dan kelancaran sepanjang pertandingan. Tampilkan persembahan terbaik dan terus mengharumkan nama SK Tansau! πŸ’œπŸ’›

Sekalung penghargaan kepada guru pembimbing:
🌟 Cikgu Rosnie S
🌟 Cikgu Rasidah D

β€œAll the Best Team Bicara Berirama SK Tansau!” πŸ’«




πŸ“’ Makluman Cuti SekolahSekolah akan bercuti pada:πŸ“… 02 April 2026 (Khamis) – Cuti PeristiwaπŸ“… 03 April 2026 (Jumaat) – Cut...
02/04/2026

πŸ“’ Makluman Cuti Sekolah

Sekolah akan bercuti pada:
πŸ“… 02 April 2026 (Khamis) – Cuti Peristiwa
πŸ“… 03 April 2026 (Jumaat) – Cuti Umum (Good Friday)

πŸ“ Murid akan kembali ke sekolah pada 06 April 2026 (Isnin).

Terima kasih.

Address

SK Tansau Putatan
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tansau Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share